Ketibaanku di Sarawak selepas tamatnya pengajian semester 1 program Ijazah Sarjana Muda Perguruan merupakan sesuatu yang aku nanti-natikan. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam seakan tidak terasa bagiku,kegembiraan jelas menguasai sanubari.Tiada apa-apa yang harus difikirkan lagi tatkala tamatnya semester ini.Huhu...tapi,saya bukan nak cerita tentang itu,fokus utama terarah kepada TEKSI...
Teksi,satu pengangkutan awam yang agak elegen berbanding bas dan kereta-kereta sewa.Pokok cerita saya adalah beza Teksi di Sarawak dengan di Semenanjung,Kuala Lumpur khususnya. Kebanjiran pengangkutan awam di Kuala Lumpur memang amat memudahkan kehidupan kita di bandar metropolitan itu. Lain pula di Sarawak, jumlah teksi amat kurang.Perkara ini menyukarkan kita untuk mendapatkan teksi untuk meneruskan perjalanan. Disamping itu, perkara yang paling mustahak adalah tambang. Di Kuala Lumpur,tambang teksi sangat berpatutan. Sebagai contoh,Dari KL Sentral ke Institut Bahasa,hanya RM 13,Dari Mid Valley ke Institut Bahasa kira-kira RM 5 hingga RM 6,kadar ini boleh dikatakan murahlah bagi kami golongan pelajar.Berbeza pula di Sarawak, tambang melambung tinggi, biarpun jarak perjalanan tak sampai pun 3 km, namun tambangnya mencecah RM 28,seperti tambang saya dari Lapangan Terbang Sibu ke Bandar Sibu Jaya. Memang cekik darahlah teksi di Sarawak.Bayangkan,jarak Mid Valley dengan Institut Bahasa lebih jauh berbanding jarak Sibu Jaya dan Lapangan Terbang Sibu.
Itulah saja yang saya nak tulis kali ini,sekadar interpretasi perasaan terhadap teksi di Sarawak...
Sekian...
No comments:
Post a Comment