Cerpen : Hadiah Terakhir


“Hadiah Terakhir”
Oleh, Asyraff Benjamin

“ Bunga bukan sekuntum ” , itulah ungkapan yang kita sering dengar bila orang berbicara tentang cinta. Memang bunga bukan sekuntum... tapi, bunga yang kita miliki takkan sama dengan bunga – bunga yang lain. Setiap manusia diciptakan Allah berbeza – beza, masing – masing memiliki kelebihan dan kelemahan. Bagi diriku, istilah bunga bukan sekuntum itu hanyalah sekadar permainan bahasa yang digunakan bagi memujuk hati yang sedang berduka disebabkan cinta yang tak pasti.
Mungkin aku belum cukup dewasa untuk merasakan nikmat cinta. Mungkin juga cinta yang hadir dalam hidup ini hanyalah cinta monyet semata. Namun, aku juga punya hati dan fikiran ke arah itu. Aku menyukai sesorang. Tapi perasaan malu masih lagi mengatasi rasa berani untuk aku menyatakan hasrat hati kepada dia. Aku lebih memilh untuk memendam, biarlah rasa itu aku simpan sebagai penghibur dihati. Rasa ini sering membuatkanku mengelamun sendiri, fikiranku asyik terkenangkan dia. Setiap langkah dan gerak – geriku sentiasa dibayangi olehnya. Semua tentangnya sungguh indah dimataku, senyumnya, santunnya, peribadinya, sentiasa membuatkanku jatuh cinta.
Zulaika, itulah insan yang aku dambakan selalu. Zulaika merupakan rakan sekelasku. Aku dan Zulaika boleh dikatakan rapat di dalam kelas. Zulaika selalu berguru denganku dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan aku pula selalu berguru dengannya dalam matapelajaran Matematik. Kami selalu belajar bersama – sama serta bertukar – tukar pendapat tentang pelajaran. Zulaika telah banyak membantuku dalam matapelajaran Matematik lebih – lebih lagi dalam meniti hari – hari terakhir sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Peperiksaan SPM hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi. Oleh itu, aku dan Zulaika semakin kerap melakukan study group bersama – sama.
Dalam kami bersama, disitu timbullah bibit – bibit cinta dalam hatiku. Oleh kerana jasa yang Zulaika taburi padaku telah menimbun setinggi bukit, aku menjadi semakin menghargainya. Rasa cinta dihati semakin menebal, aku bertambah sayang padanya. Kerana Zulaika aku telah berjaya lulus dan mendapat A dalam peperiksaan percubaan.
Tanggal peperiksaan SPM kian hampir, aku memang sudah cukup bersedia menghadapinya. Kehadiran Zulaika membuatkan keyakinan aku bertambah dan aku berazam untuk memberikan yang terbaik dalam peperiksaan ini. Dalam pada itu, doa dari kedua orang tua juga aku harapkan. Aku mengharapkan yang terbaik dapat aku sumbangkan dalam SPM ini. Aku ingin buktikan kepada semua yang aku boleh berjaya.
Hari ini, 23 november 2008. Kertas pertama yang akan aku duduki adalah Bahasa Melayu. Aku cukup yakin yang aku boleh skor dalam kertas ini. Cuma aku risaukan Zulaika yang agak lemah dalam Bahasa Melayu. Dapatkah dia menjawab soalan – soalan itu? Ah... ku biarkan perasaan itu berlalu, apa yang boleh ku lakukan hanyalah mendoakannya. Aku pun bertenang sambil bersedia untuk menjawab kertas peperiksaan tersebut. Selesai sahaja peperiksaan kertas Bahasa Melayu itu, aku pun pergi mendapatkan Zulaika. Namun, kelibat Zulaika tidak kelihatan pada pandanganku. Entah kemana tujunya Zulaika, ke kantin sudahku tuju, ke perpustakaan pun sudah, aku tak tahu kemana perginya dia. Kebiasaannya, perpustakaan dan kantinlah tempat yang kami selalu tujui. Tapi entah mengapa hari ini tiada.
Aku pun membiarkan sahaja. Aku pun melangkah balik ke asrama. Aku ingin berehat sebentar. Semalaman aku mengulangkaji pelajaran. Aku mahu menggantikan tidurku yang ku gunakan untuk belajar semalam dan juga sebagai bekalan untukku menghadapi kertas kedua pada petang itu.
Ring... ring... ring... jam penggeraku pun berbunyi menunjukkan jam 12 tengah hari, aku pun bangun dari tidurku, aku bangkit... “ huuhhh... seronoknya tidur waktu begini, rasa nak sambung lagi lah... ” ungkapku dalam hati. Tetapi, aku mesti bangun juga, peperiksaan ini harus ku tempuhi, ini merupakan perjuangan hidupku, aku takkan sia – siakan apa yang aku pelajari selama 11 tahun di bangku sekolah. Semangatku mula naik, aku seperti tidak sabar untuk menjawab kertas seterusnya.
Setelah selesai makan tengah hari di dewan makan asrama, aku pun bersedia untuk kertas seterunya. aku membaca sedikit doa sebagai pengiring kepada usahaku selama ini. Masih ku ingat lagi kata – kata Ustaz Adni yang mengajarku semasa di tingkatan 4, “ usaha tanpa doa adalah sombong, doa tanpa usaha adalah malas ” , aku ingin usahaku diiringi bersama restu Allah, aku tidak mahu digolongkan dalam kategori orang yang sombong dan malas.
“ Aku sudah bersedia!!! ” , itulah jeritan tanpa suaraku di dalam hati. Aku pun turun menuju ke dewan peperiksaan dengan begitu bersemangat.
Entah mengapa aku begitu bersemangat pada hari itu, semua perkara bagaikan dilupa olehku. Apa yang aku sasarkan hanyalah kejayaan dalam peperiksaan. Itu adalah segala – galanya bagiku sekarang.
Selesai sahaja peperiksaan pada petang itu, aku pun mencari Zulaika lagi, tapi masih tidak ku temui. Aku mula tertanya – tanya, kemanakah hilangnya Zulaika, adakah dia mengambil peperiksaan ataupun tidak. Aku pun melangkah balik kehampaan.
Dalam perjalanan balik, aku cuba bertanya pada rakan – rakan tentang Zulaika. Tetapi semuanya tidak tahu akan keberadaan Zulaika. Aku pun mencari Farahani. Farahani merupakan rakan karib kepada Zulaika. Zulaika dan Farahani memang sangat akrab sehingga ada cikgu yang menggelarkan mereka sebagai adik – beradik kembar.
Aku cuba mendapatkan Farahani. Aku menyapanya dari belakang, “ Assalamualaikum Hani ” tegurku... “ Waalaikumsalam ” jawabnya, Farahani pun berpaling ke arahku, wajahnya seakan menanggung kesedihan. Matanya seperti baru lepas  menangis. Aku kehairanan, “ kenapa pula si Hani ni macam orang kematian suami ” bisikku di dalam hati. Aku membiarkan sahaja, lalu aku terus kepada tujuan utamaku bertemunya. Aku pun bertanyakan padanya tentang Zulaika. “ Hani, awak ada jumpa Zu tak? Saya cari – cari dia dari pagi lagi, tapi tak jumpa. Awak tahu tak dia pergi mana? ” . “ Tak tahu pula, saya pun tak jumpa dia hari ini ” jawab Farahani dengan suara yang sayu. Aku mengucapkan terima kasih padanya lalu beredar.
Aku cuba menenangkan diriku. Aku cuba memadamkan perkara yang bermain di fikiranku. Aku menyibukkan diriku dengan mengulangkaji. “ Baru 2 paper yang lepas, ada banyak lagi nak kena jawab ” aku bermonolog sendiri. “ Baik aku belajar, SPM cuma sekali seumur hidup ” sambungku lagi. Aku pun terus belajar.
Kertas demi kertas telahku lalui, tapi Zulaika masih tak ku temui. “ Mengapa tiba – tiba dia menghilang ? ”. Aku tertanya – tanya. “ Mengapa dia tidak menduduki peperiksaan ini, sedangkan SPM merupakan perkara yang dia nanti – nantikan dalam hidupnya ”.
Sekarang 6 kertas telah selesai, tinggal hanya 3 sahaja lagi. Perasaanku bercampur suka dan duka.
Aku pun berjalan keseorangan di ruang legar sekolah. aku tunduk menghadap jalan sambil memerhatikan langkah kakiku sendiri. Tiba – tiba bahuku di tepuk dari belakang. Aku terkejut lalu mendongak. Rupanya – rupanya Cikgu Normah. Cikgu Normah merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolahku. Cikgu Normah pun bertanya. “ Kenapa kamu macam orang ada masalah saja ni? ” aku menjawab, “ tak adalah cikgu , saya okay saja ”, Cikgu Normah menyambung lagi, “ kamu jangan tipu cikgu, cikgu banyak pengalaman, dari air muka kamu tu, cikgu boleh nampak kamu ada masalah ” . Aku pun tunduk, “ memang saya ada masalah cikgu ” “ kan betul kata cikgu ” jawab cikgu lagi. Aku terdiam. “ cuba ceritakan masalah kamu pada cikgu. ” tawar cikgu Normah lagi. “ saya mencari sahabat saya, Zulaika. Sudah seminggu lebih saya tidak bertemunya.” Jawabku pada cikgu Normah. Cikgu Normah terkedu sambil menggelengkan kepala. Cikgu Normah menjawab lagi, “ okay, itu rupanya masalah kamu. Cikgu rasa Cikgu boleh bantu kamu, tapi kamu mesti sabar dengan apa yang akan cikgu katakan ini. ” aku tercengang lalu berkata, “ kenapa pula cikgu? ”. Cikgu pun menangis teresak – esak. Cikgu Normah pun menceritakan kepadaku, “ sebenarnya, Zulaika sedang terlantar di hospital. Zulaika mengalami kemalangan dua hari sebelum SPM bermula. Pada petang itu, Zulaika dalam perjalanan untuk balik ke asrama bersama ayahnya. Tapi malang tidak berbau, kereta yang mereka naikki telah berlanggar dengan sebuah bas. Ayahnya meniggal dunia dan Zulaika koma. ” aku tergamam mendengar cerita cikgu Normah. Mulutku seakan – akan tidak boleh mengungkap apa – apa. Cikgu menyambung lagi, “ maafkan cikgu. Cikgu terpaksa merahsiakan perkara ini atas permintaan keluarga Zulaika. Cikgu harap kamu faham. ” 
Aku seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Lalu aku teringat, patutlah semasa aku bertanya tentang Zulaika kepada Farahani tempoh hari, Farahani nampak begitu sedih. Sekarang barulah aku tahu. “ Ya Allah... kuatkanlah semangatku ” doaku di dalam hati. Aku cuba meminta pertolongan dari cikgu Normah. Aku ingin menjenguk Zulaika di hospital. Cikgu Normah pun bersetuju membawaku ke hospital. Perasaanku bercampur baur. Kesedihan merajai di dalam hatiku. Fikiranku bercelaru. Aku hanya memikirkan tentang nasib Zulaika. Aku tidak putus – putus mendoakan Zulaika.
Sampai sahaja di hospital. Aku bersama cikgu Normah pun melangkah menuju ke wad dimana Zulaika ditempatkan. Bermacam label pada pintu wad yang aku lihat, wad kanak –kanak, wad ortopedik, wad pembedahan, wad ibu dan anak dsan banyak lagilah. Akhirnya kami sampai ke wad rawatan rapi. Cikgu Normah pun membawa aku masuk. Aku seakan takut, aku takut aku tidak kuat untuk melihat keadaan Zulaika. Aku keluar semula. Cikgu pun mengikutiku. Cikgu cuba menguatkan semangatku. Cikgu menasihatiku dan meberi sedikit kata semanat. Cikgu pun membawaku masuk. Aku melangkah lemah memasuki kawasan wad itu. Sampai sahaja di pintu bilik dimana Zulaika ditempatkan, alangkah terkejutnya aku, tubuh Zulaika telah diselimuti sepenuhnya. Keluarganya membacakan Surah Yassin. Ya Allah!!! Air mataku mengalir. Ibu Zulaika pun mendapatkan cikgu Normah lalu berkata. “ Zulaika dah tak ada ”. Cikgu Normah pun turut menangis.
Aku pun berjumpa ibu Zulaika untuk mengucapkan takziah dan memohon izin untuk melihat wajah Zulaika buat kali yang terakhir. Ibunya pun membuka selimut putih yang menutupi wajah Zulaika. Aku menguatkan diri untuk menatap wajah insan yang ku sayang itu buat terakhir kalinya. Alangkah sedihnya hatiku melihat wajah yang dulunya ceria bercanda bersamaku, kini kaku lesu tak bermaya. Ibunya pun menutup semula wajahnya. Hatiku semakin sedih.
Aku pun turut membaca Surah Yassin bersama ahli keluarga Zulaika. Moga – moga bacaan ini menjadi hadiah terakhirku buat Zulaika. Aku pun mendoakan kebahagaiaan dan kesejahteraannya di sana.
Setelah selesai urusan di hospital. Aku bersama cikgu Normah pun mengiringi keluarga Zulaika ke rumah untuk urusan pengurusan jenazah.
Aku turut serta dalam solat jenazah. Aku ingin doaku mengiringinya hingga ke alam sana. Selesai sahaja semua urusan. Aku pun turut serta mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan.
Kehilangan Zulaika merupakan suatu yang berat bagiku. Banyak kenagan pahit manis yang kami lalui bersama. Semua itu akan menjadi memori abadi buatku. Aku tidak mahu menangisi kepergiannya lagi. Aku mahu meneruskan kehidupanku. Biarlah masa lalu menjadi kenangan. Yang pahit untuk dilalui, yang manis untuk dikenangi.
Aku berazam untuk memberikan yang terbaik dalam tiga lagi kertas terakhir. Aku ingin kejayaanku menjadi kejayaan bersama Zulaika meskipun zulaika telah tiada di dunia ini. dahulu Zulaika sangat mengimpikan kejayaan yang cemerlang dalam SPM. Kami sering bercita – cita untuk mendapat straight A’s dalam SPM. Namun Allah lebih menyayanginya. Sekarang tinggallah aku sendiri untuk meneruskan cita – cita murni kami itu.
Beberapa bulan kemudian, semua orang sibuk membicarakan tentang keputusan SPM. Tidak kira di akbar dan juga kaca televisyen. Pelbagai ura – ura tentang tarikh keputusan diumumkan kedengaran. Aku menjadi tidak sabar dibuatnya.
Akhirnya tarikh sebenar keputusan SPM diumumkan telah tiba. Aku telah bersiap ke sekolah seawal jam 8 pagi. Keputusan akan diumumkan bermula jam 10 pagi. Aku memang suka turun awal. Aku menggunakan masa yang terluang itu untuk bertemu cikgu – cikgu yang telah banyak berjasa padaku. Aku mahu menzahirkan apresiasiku kepada mereka.
Jam telahpun menunjukkan pukul sepuluh pagi, ketua unit peperiksaan mula menampal keputusan pada papan kenyataan sekolah. semua rakan – rakan berkerumun untuk mengetahui keputusan masing – masing. Aku mengambil keputusan untuk duduk dahulu. Aku malas hendak berhimpit disana. Cepat atau lambat, sama sahaja. Akan tahu juga keputusan kita. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat. Buat apa nak berhimpit – himpit. Malang tidak berbau, mungkin juga akan mengundang kecederaan. Jadi biarlah kita buat sesuatu perkara itu slow and steady.
Bila sudah lapang keadaan di hadapan papan kenyataan itu,aku pun pergi untuk mendapatkan keputusanku. Tiba – tiba aku terpandang nama Siti Zulaika binti Azri. Memoriku mula teringat kembali akan arwah Zulaika yang banyak menemaniku dahulu. Aku tersenyum keseorang mengingatkan telatah arwah semasa bersamaku dahulu. Aku mengalamun seketika. Tiba – tiba Farahani menyapaku, “ Assalamualaikum Faiz, awak dapat berapa A ? ” lamunan ku terhenti lalu memandang ke arah Farahani. “ eh Hani, Waalaikumsalam... saya tak tengok lagi keputusan saya.” Jawabku sambil tersenyum. “ laaaa... pergi la tengok ” jawab Farahani lagi. Aku pun mencari nama ku. Aku menjerit, “ yes !!! ” Farahani terkejut. Aku berkata pada Farahani. “ cuba awak lihat ni Hani, Faiz Zaquan Asyraff, semua matapelajaran mendapat A. ” Farahani memberi reaksi, “ tahniah Faiz... ” aku bertanya pula pada Farahani, “ awak dapat berapa pula? ” “ saya dapat 8A 1B saja, kalah satu dari awak, Matematik saya yang dapat B ” jawab Farahani. Mendengar sahaja tentang matapelajaran Matematik, hatiku terdetik lagi, aku berkata pada Farahani , “ Hani, dulu arwahlah yang banyak mengajar saya dalam matapelajaran Matematik ni. Kalau tak kerana arwah, mungkin saya tak dapat A ” Farahani tersenyum mendengar kata – kataku. Aku bercerita lagi pada Farahani, “ dahulu, kami selalu bercita – cita untuk mendapat straight A’s dalam SPM. Sekarang saya dah dapat, saya ingin hadiahkan kejayaan saya ini sebagai hadiah terakhir saya buatnya. ”

Al - Quran Digital 2.1

Assalamualaikum.

Sekarang Asyraff nak berkongsi kepada anda semua satu perisian yang sungguh bermanfaat kepada kita semua. Bukan sekadar memberi manfaat duniawi malah manfaat ukhrawi. Perisian yang saya nak kongsikan di sini adalah Al - Quran Digital 2.1. InsyaAllah, anda semua boleh memuat turun perisian ini yang telah Asyraff muat naik di laman 4Shared saya. Setelah memuat turun anda bolehlah memasang ( install ) perisian ini pada komputer anda. Semoga perisian ini memberi manfaat kepada anda. Sekian, Assalamualaikum. :)

Antarmuka perisian Al - Quran Digital 2.1

Al - Quran Digital 2.1


Anda boleh memuat turun perisian ini pada pautan di bawah.

http://www.4shared.com/file/BnLoJHcd/Al-Quran_Digital_21.html?

@Hak Cipta Terpelihara Allah S.W.T.

Manisnya

Berkongsi sesuatu memang baik kan??? Orang putih pun cakap sharing is caring ,betul tak??? hihi. Sekarang saya nak kongsikan satu video untuk dihayati. Baiklah, ini videonya :


Ehhmmm... dah tengok dah??? video ni menampakkan bagaimana kehidupan pasangan suami isteri. Itulah gambaran susah senang dalam kehidupan yang dikongsikan di bawah satu ikatan perkahwinan. Sweet kan kalau macam ni??? Tapi video ini ada cerita disebaliknya. Kalau anda hayati lagu dan plot penceritaannya, anda akan faham apa yang ingin disampaikan. Setiap hari saya akan dengar dan tonton video ni sebelum saya tidur. Kerana cinta yang saya inginkan adalah cinta seperti dalam video tu. Saya ingin bercinta hingga ke syurga. InsyaAllah. Baiklah, itu doa saya, Semoga berbahagia hendaknya. "Andai takdir kita bersama lagi, ku ingin hidup bersamamu" ituah lirik yang sangat memberi kesan pada saya. Banyak makna disebaliknya. Baiklah, tekan play dan dengar ya. :) Sekian.

Sesudah itu.

Sesudah itu. Apa yang sudah??? aku teringat kata - kata pensyarahku, Encik Yusof Shamsudin, " Yang sudah tu sudah lah". Selepas tu dengar pula lagu Sudah cukup sudah. Semuanya sudah. Alamak, entah kenapa mood aku sekarang ni suka dengan perkataan sudah. Bercakap pun aku suka guna perkataan sudah. "Sudahlah tu", "Sudah tak bererti" , "sudah!!" ishhhh... aku pun tak tahu kenapa. Tapi yang aku tahu, sekarang sudah tak macam dulu, sekarang sudah lain. Banyak perubahan sudah berlaku. Sudah!!! apa yang terjadi sebenarnya ni?? aku sendiri confuse . Aku tak sudah sudah dengan confuse . Entah apa yang aku kelirukan. Okay, cerita pula pasal lagu, lagu yang famous sekarang Sudah cukup sudah kan?? Menang carta Hot FM 21 lagi lagu tu. Tapi bukan nak bincang tentang lagu tu, nak bincang tentang lagu Saleem ni. Sesudah aku kau miliki. Macam best je lagu ni... Okey lah, mari kita lihat sikit lirik lagu ni,

Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah dipandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar

Setelah aku kau miliki
Mana janjimu yang sejati
Segala bagai kiambang
Zahirnya nampak berkembangan
Akar tak jejak di dasaran
Terluka cintamu itu

Jelmaan yang mendatang
Meragut menggoda
Membenam binasa cinta
Aku di genggaman
Engkau lepaskan
Kerna memburu khayalanmu
Yang menjanjikan
Rembulan keribaanmu
Engkau kehancuran

Tidakku mampu membencimu
Biarpun cuba ku lepaskan
Tapi rantaimu mengunciku
Di kota cinta jelmaanmu
Tidakku rela dibinasa
Bersama cintamu itu

Macam mana dengan lagu ni??? sekarang minat aku telah beralih pada lagu ini. Setiap hari aku akan ulang - ulang lagu ni. Rasa macam lagu ni boleh menjadi ganti kepada ubat. Aku tak tahu aku sakit apa, tapi bila dengar aku rasa cool . Rasa semua masalah ku hilang. Okey , sudahlah tu. Tukar topik pula. Sudah lama aku hendak menyudahkan semua ini. Tapi bila dah tertangguh, aku malas sudah nak sambung. Biarlah. kita tengoklah apa kesudahannya. Aku sudah bosan. Aku sudah serik. Semuanya sudah aku rasa. Bila kenang semua ini, macam sudah berakhir je. Aku tak sudah sudah mencuba, tapi sudahnya begitu juga. Macam tiada kesudahan. Jadi baik aku yang bersudah. Bukan bermakna aku sudah berputus asa. Tapi memang sudah bukan rezekiku. Jadi wajarlah ini jadi kesudahanku. Yang sudah tu sudah. Itu memang sudah berlalu. Jadikan itu sebagai kenangan. Sudahlah, kita tukar topik lain. Setakat ni, sudah dua paper exam aku lepasi. Macam yang dijangka, soalan okey okey je. Tak susah. Yang penting sekarang ia sudah dijawab. Tak perlu nak risau lagi. Sekarang sudah 16 mei. Hari Guru lah. Selamat hari guru buat semua guru. Tak kira lah guru tadika, guru sekolah, guru mengaji, guru pelatih yang macam aku ni. Alahai, sudah jadi cikgu rupanya aku. Okey lah, sudah lah ni kot, cukuplah sudah rasanya. Sudah banyak abjad yang ku tekan di papan kekunci ni. Baiklah. Ini penyudahannya. Sekain. Sudah tamat penulisan saya. :)

Satu lagi memori abadi : Melaka - Hoki Piala Asia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, satu lagi memori telah tercipta. Saya telah berpeluang menyaksikan perlawanan Hoki Piala Asia yang menemukan pasukan Malaysia menentang pasukan Korea Selatan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka itu memang memberi makna kepada saya serta rakan - rakan pemain hoki IPG Kampus Bahasa Melayu. Perjalanan jauh yang kami tempuhi dari Kuala Lumpur berbaloi hasilnya apabila Malaysia menumpaskan Korea dengan jaringan 6 - 3. Syabas buat pasukan Malaysia. Semoga mampu merangkul kejuaraan dalam saingan Piala Asia ini. Akhir kata majulah Hoki untuk Malaysia amnya dan Majulah Hoki untuk IPG Kampus Bahasa Melayu khususnya. Malaysia Boleh!!! Institut Bahasa Boleh!!!

Sekian. ^^

Di hadapan Staduim Hoki Melaka

Hehe.. tengah menyokong...

Bendera Malaysia...

Malaysia Tanah Tumpah Darahku...

Saya sokong Malaysia

 Bersama pemain Hoki PPISMP 2A

Bersama penyerang kebangsaa... Faizal

Memori indah bersama pemain kebangsaan...Faizal

Bersama kapten Malaysia... Faeez

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...