Puisi : Keduanya Sedang Menangis





Aku tunduk sendiri,
dalam suasana sepi dan sunyi,
dalam tundukku itu terselit bersama suatu tangisan,
tangisan kerana luka yang pedih yang perih,

Saat aku sedang mengesak,
kau hadir menyapaku,
aku mendongak dan melihat wajahmu,
namun kehadiranmu itu membuatku menjadi hairan,
kerana ku lihat dimatamu juga terkepil tangisan,
aku cuba bertanya mengapa kau juga menangis,
tapi kau tidak menjawab sebaliknya merahsiakan kesedihanmu itu,
dan aku hanya tersenyum menghormati pendirianmu itu,

Aku pun membuka bicara,
tujuanku untuk menghiburkan hatiku dan mungkin jua hatimu,
sambil itu aku titipkan sebatang gula-gula lilipop buatmu,
dan engkau membalasnya dengan sebiji gula-gula,
saat itu aku tersenyum lagi,
sambil benak akalku berkata,
Siapa tahu, dengan hanya sebiji gula-gula dapat memberikan kemanisan yang berpanjangan...
salam perkenalan buat dua insan yang sedang menangis.


Abang Asyraff
Antalogi Insan
Dewan Kuliah Sri Pahang IPGKBM

Langkah Pertama ke persada penulisan kreatif negara.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dalam kerancakan angin monsun PRU ke-13 ini aku masih lagi diberikan berita gembira. Yang aku takutkan, takut-takut kalau aku terkantoi ke, tertangkap ke, maklumlah, musim-musim ni aku memang aktif keluar menghadiri ceramah di pihak sebelah kiri. Okay, enough, itu sekadar selingan je, apa-apa pun undilah yang anda rasakan terbaik dan dapat membela nasib dan kehidupan anda.

The point that's i want to share is, karya aku terpilih untuk diterbitkan dalam Antalogi Cerpen Kedua Biji Press yang bertajuk NORMASIA.


Semoga jalan yang telah terbuka ini akan membantu aku bejalan lebih jauh lagi ke dalam persada penulisan kreatif tanah air. Kepada penyokong dan penggemar, jangan lupa beli antalogi NORMASIA yang bakal dikeluarkan pada pertengahan mei ini.


Sekian, perkongsian kegembiraan dariku. Assalamualaikum.


20th Birthday

Terima kasih sahabat-sahabatku, @suelieyana @stanlyjayatan khairul, syafiq, noradini, hidayah, rashidah, elmin. Kalian telah membuat hatiku terharu dan tergaru. #HappyBirthday #20 #428 #NabilaCorner #Sahabat #TerimaKasih #LoveYouAll


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...