"POST" Paling Popular 21 novembar 2011


Post yang mencapai 41 likes dan 12 shares

Assalamualaikum...
Kekalahan Indonesia atau nama jolokannya Garuda menjadi bual bicara atau buah mulut rakyat Malaysia. Sebaik sahaja tamatnya perlawanan, bermacam spekulasi dari penyokong setia Garuda dapat dipadamkan. Mulut - mulut di Gelora Bungkarno seakan - akan terdiam dan berganti dengan tangisan. Puluhan ribu rakyat Indonesia kecewa dengan kekalahan negara mereka. Satu kebanggaan juga bagi kita Malaysia kerana dapat memalukan Indonesia di laman sendiri dengan perlawanan yang sungguh dramatik yang sekali - sekala mencemaskan. Biarpun Indonesia mendahului seawal minit ke lima memalui tandukan Gunawan menerusi sepakan sudut yang diambil oleh Okto namun itu tidak mematahkan semangat anak muda Harimau Malaya apabila Asrarudin berjaya menyamakan kedudukan juga melalui tandukan hasil hantaran oleh Baddrol Bakhtiar. Pujian seharusnya diberikan kepada Baddrol atas kerajianan yang ditunjukkan mengejar bola sehingga berjaya membuahkan gol. Perlawanan menjadi semakin rancak pada babak kedua dengan banyak peluang tercipta. Fakri Saarani seakan dibelenggu kemarau gol apabila gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan yang diperoleh. Saya ingin kongsikan apa yang dikatakan oleh Zainal Abidin Hassan yang mengatakan Fakri sekadar passenger dalam skuad Harimau Muda. Melihat kepada gaya permainannya, memang jelaslah beliau sekadar seperti apa yang dikatakan oleh Zainal itu. Namun demikian, pujian juga harus diberikan kepada semua pemain kerana telah berusaha sehabis baik dalam perlawanan tersebut serta berjaya membawa pulang emas ke Malaysia. Syabas Harimau Muda.


Barisan Wira Negara


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...