Teater Babak Terakhir

Assalamualaikum...

Pada malam ini berakhirlah penantian saya yang menanti - nantikan pementasan TEATER BABAK TERAKHIR yang dipersembahkan oleh Produksi Lantai Putih dan diarahkan oleh Qiu Aril. TEATER BABAK TERAKHIR ini pada saya memang sangat memberi makna serta menyampaikan mesej untuk menyedarkan kita tentang apa yang kita lakukan secara tidak disedari. Pementasannya memang memberi kesan kepada penonton yang menyaksikan pementasannya. Dengan menggunakan muzikal sebagi elemen dalam menyampaikan mesej, ia amat berkesan dan begitu membekas di hati saya. Dalam pada itu, lagu - lagu yang dipilih adalah sangat berkait rapat dengan apa yang ingin disampaikan. Baiklah, tujuan sebenar saya menulis ini adalah untuk membuat review tentang teater ini. Mari kita pergi dari babak ke babak.



BABAK PERTAMA:
Menampilakan lagu Bismillah - Raihan sebagai pembuka persembahan. 

BABAK KEDUA : 
Menceritakan tentang masa. Hargailah masa dengan sebaiknya. Semakin lama masa berlalu, semakin tinggi usia kita. Masa kita di dunia kian suntuk keran dunia hanya persinggahan sementara. Dalam babak ini, lagu Hanyut - Faizal Tahir telah diubah liriknya untuk menyampaikan mesej tentang menghargai masa.

BABAK KETIGA :
Babak ketiga ini menampilakan lagu Dunia - Bunkface sebagai latarnya. Babak ini membentangkan tentang bermacam dugaan dunia yang wujud dalam kehidupan kita dan juga bagaimana kita mengawal diri untuk menghadapi dugaan dunia ini. Satu penyelesaiannya adalah cuba kita menganggap dunia ini sebagai satu sistem, pasti kita akan mudah untuk menghadapi panorama dunia seperti yang kita lihat pada masa kini. Kita juga harus berwaspada pada syaitan kerana syaitanlah yang menjauhkan dunia  dari akhirat. Bersyukur juga turut ditekan dalam babak ini. Sejauh manakah kita bersyukur pada nikmat dunia yang kita kecapi??? Babak ini juga menceritakan satu kisah dari Al - Quran iaitu bagaimana penciptaan nafsu oleh ALLAH. Oleh itu, gunalah akal untuk mencari akhirat dan bukannya dengan nafsu.

BABAK KEEMPAT :
Pada babak ketiga ini, adegannya adalah ulangan kepada sketsa MERDEKAKAH KITA??? yang dipersembahkan oleh Qiu , Put , dan Fahmi semasa Sambutan Kemerdekaan ke 54 tahun lalu. Dalam babak ini telah membahaskan tentang gejala pembuangan bayi, gejala sosial, rasuah, pengurusan elaun bagi pelajar IPG, hukum hudud, dan politik. Mesej utama yang hendak disampaikan dalam babak ini adalah MANUSIA  HARUS BIJAK MENGIMBANGKAN KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT. Babak ini telah menggunakan lagu Panik - Bunkface sebagai gambaran pada apa yang hendak disampaikan.

BABAK KELIMA :
Babak keempat menerangkan tentang apa yang sebenarnya kita cari dalam dunia ini. Seterusnya membicarakan tentang nikmat fizikal yang kita kecapi di dunia. Dalam mengecapi nikmat tersebut, adakah kita bersyukur? adakah kita ingat siapa yang memberi kita kehidupan? adakah kita berdoa dan bertawakal pada pencipta kita? Seterusnya pula adalah  tentang kejadian manusia. Babak ini telah menerangkan proses kejadian penciptaan manusia. Babak ini juga turut menyelitkan tentang apakah makanan yang terbaik untuk jasad dan roh. Mesej utama pada babak ini adalah, SEMAKIN BANYAK YANG KITA BELAJAR, SEMAKIN KERDIL KITA PADA ALLAH. Babak ini juga turut menampilakn satu kejutan dengan kemunculan lagu baru iaitu lagu BABAK TERAKHIR ciptaan bersama Faza dan Qiu. 

BABAK KEENAM :
Babak ini menceritakan tentang JASAD. Jasad adalah satu alat supaya kita dapat memberikan makan pada roh. Selain itu, ia juga memberitahu bahawa apa yang telah berlaku tak kan dapat diubah kembali. Mesej utama dalam babak ini adalah, " MANUSIA YANG MELAKUKAN KESILAPAN HENDAKLAH BERTAUBAT KEPADA ALLAH. babak ini menampilkan lagu Air Mata Kuala Lumpur - Puan Sri Saloma, Beribu Sesalan - 3 Suara dan Rapuh - Opick sebagai penyampai kepada apa yang hendak disampaikan.

BABAK KETUJUH :
Babak ini menggunakan lagu Pokok - Hazama ft Meet Uncle Hussain sebagai gambaran kepada kealpaan manusia di muka bumi ini. Mengapa harus tanya sama pokok??? Sedangkan kita sendiri tahu jawapannya.

BABAK KELAPAN :
Babak ini mempersoalkan mengapa berlaku peperangan, kezaliman dan kekejaman??? Sedangkan dalam dunia ini kita bebas memili. Kehidupan di dunia umpama  permaianan. Bagaimana kita bermain, itulah hasilnya. Babak ini turut menyelitkan tentang fitnah yang kian berleluasa di akhir zaman. Babak ini telah menggunakan lagu Bebas - Butterfingers sebagai penguat kepada penyampaian mereka.

BABAK KESEMBILAN :
Babak ini menyuruh kita membuka mata kita seluas - luasnya. Lihatlah kebesaran Allah di dunia ini. Lagu yang digunakan adalah lagu Open Your Eyes - Maher Zain yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

KESIMPULANNYA , Teater Babak Terakhir ini menampilkan banyak mesej tentang apa yang berlaku dalam dunia ini yang kita tidak sedari. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil sebagai iktibar dalam cerita ini. 

SYABAS & TAHNIAH saya ucapkan kepada Produksi Lantai Putih yang telah menjaya pementasan Teater ini. Semoga akan terus bergiat aktif dalam dunia teater. 

Sekian. 


Kolokium Sejarah Malaysia 2012

Assalamualaikum...

Pada 25 Februari yang lepas saya telah berpeluang untuk mengikuti kolokium sejarah yang diadakan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya. Program yang berlangsung dari 8 pagi dan berakhir 5 petang itu memang banyak memberi manfaat kepada saya. Tambahan pula, sebagai seorang pelajar pengajian Sejarah kolokium ini adalah wadah untuk menambahkan lagi pengetahuan berkaitan sejarah Malaysia dan tidak terbatas sekadar pada buku seperti yang kita pelajari di sekolah mahupun di IPT. Antara pengisian yang saya dapat adalah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pengertian Melayu serta bagaimana pembinaan negara bangsa Malaysia itu berlaku. Disamping itu, kolokium ini juga telah dapat mengubah persepsi kita terhadap kedatangan penjajah ke negara kita. Kehadiran penjajah mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Sebagai contoh, kehadiran Jepun memang mendatangkan banyak keburukan pada kita, namun demikian, kehadiran Jepun ke tanah air ini telah dapat membangkitkan semangat nasionalisme serta menjadi aspirasi bahawa kuasa barat boleh dikalahkan. Dalam pada itu, saya juga telah dapat mendengar pengalaman individu yang telah berjuang dalam mencapai kemerdekaan. Antara tokoh yang berkongsi pengalaman mereka pada kolokium tersebut adalah Datuk Kanang Anak Langkau, Tun Hanif Omar, Dato J.J. Raj dan ramai lagi. Tokoh - tokoh sejarawan juga turut terlibat dalam kolokium tersebut antaranya Datin Paduka Professor Dato Ramlah Adam dan Professor Yusof Ahmad. Pengalaman dan perkongsian mereka memang memberi 1001 ilmu kepada saya. Saya berharap program seperti ini akan diteruskan saban tahun. Sekian.


























Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT 2012 : Tahniah IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Assalamualaikum...

Pada malam 18 Februari Asyraff berpeluang menyaksikan pertandingan Akhir Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT 2012 anjuran Kolej Antarabangsa Ibu Zain yang dilangsungkan di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan akhir itu menemukan pasukan Inistitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (A). Pertandingan akhir tersebut memang menemukan buku dan ruas apabila kedua - dua pasukan menampilkan pasukan terbaik masing - masing. Namun kemenangan lebih menyebelahi pasukan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Syabas dan tahniah Asyraff ucapkan kepada Puan Zawiah Abdul Shukor dan Pasukan Pantun IPG Kampus Bahasa Melayu atas kemenangan pada pesta pantun ini. Sekalung Tahniah juga Asyraff tujukan buat Tuan Hafizullah Tuan Yunnus atas anugerah pemantun terbaik yang telah dimenangi. Sekian dari Asyraff, semoga akan terus mengekalkan kejayaan pada masa akan datang.

Pasukan Pantun IPG Kampus Bahasa Melayu

Pentas Pantun Integrasi Budaya IPT 2012

Sekitar pertandiangan akhir antara IPG KBM dan UKM (A)

Selamat Hari Lahir Sahabatku Nursuliana

Assalamualaikum...

13 FEBRUARI 2012 merupakan hari ulangtahun kelahiran sahabatku a.k.a. KAKAK ku iaitu  SITI NORSULIANA BINTI NOOR AZRIE yang ke 19 tahun. Pada hari itu saya sengaja tidak wish pada dia pada tepat jam 12 tengah malam seperti kebiasaan pada hari lahir teman - teman yang lain. Jadi pada siangnya adalah yang memberitahu saya bahawa Sue menanti - nanti wish dari saya pada malam itu, memang nampaklah kekecewaan pada wajahnya tambahan lagi sambutan yang dia harap - harap tiada. Tapi, kami bersahabat telah merancang satu surprise party untuk dia pada malam itu. Kami pun senyap - senyap pergi membeli kek untuknya dan mengadakan jamuan pada malam itu. Perancangan awalnya kami ingin mengadakan jamuan tersebut di gelanggang futsal IPBMM, tapi hujan pula pada malam tersebut. Rancangan pun bertukar ke pelan B dan dijalankan di kelas. Memang happening lah pada malam itu, dengan muka yang tak boleh belahnya dia tertipu degan trick kami yang mengatakan bahawa ada mesyuarat kelas di kelas pada malam tersebut. Sampai - sampai saja dia di kelas, GELAP GELITA. Tapi dia dia tahu lagi apa yang ada disebalik suasana gelap tersebut. Kami yang telah stand - by di bahagian belakang kelas yang telah siap dengan lilin yang bernyala pada kek pun termengah - mengah bersiap. Mana tak nya, pelan hampir gagal, tiba - tiba pula dia membuka pintu belakang kelas, nasib baiklah kami memang dah bersedia awal, jadi pelan pun berjalan dengan lancar dan kejutan kami untuknya berhasil. Pada malam itu barulah saya wish HAPPY BIRTHDAY pada dia. Sebagai tanda ingatan, saya adalah merakam sedikit gambar dan video sambutan hari jadi tersebut. Jadi, saksikanlah wahai teman, sebagai tatapan kita bersama. ^^

video

SEKITAR SAMBUTAN HARI LAHIR SULIANA

kek yang kami beli untuk Sue, biarpun tak seberapa, tapi cukup bermakna, sebagai ingatan sahabat kepada sahabat

HB 19th YOL ----> Young Old Lady

Sue memotang kek hari lahirnya...

bajet!!!!

Birthday girl

Kenangan bersama KEK...

Birthday Kiss !!!

Nice =,=

Kenangan

nyum nyum

Sekian, kenangan PPISMP 2A.. ^^

Hanya Pada Allah Ku Berharap

Assalamualaikum....

Adalah lebih sesuai rasanya untuk saya menggunakan kata ganti nama diri "AKU" untuk entri ini dek kerana konteks "AKU" itu lebih sesuai dengan sang pencipta.

Hmmm... Hari demi hari, pelbagai suka - duka aku tempuhi selama menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini. Pahit dan manis semuanya ku telan, tiada daya untukku menolak pahit itu kerana semuanya telah tertulis untukku dan ku terima kemanisan itu sebagai satu nikmat dari - Nya. Namun, harus diingat, nikmat yang datang itu juga mungkin untuk menguji. Segalanya telah diatur oleh-Nya, kita sebagai hamba seharusnya bersyukur dan redha dengan ketentuannya kerana itulah ciri orang beriman.  Telah tersebut bahawa salah satu rukun iman adalah beriman kepada qadak dan qadar. Oleh itu, segalanya harus kita terima dengan hati yang terbuka tanpa merungat kepada-Nya. Ingatlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Pada diriku pula, pelbagai masalah yang aku hadapi buat masa ini. Memang cukup mengusutkan fikiran dan merunsingkan hati. Ya Allah, aku bermohon padaMu supaya kau mengurniakan petunjuk kepada hambamu yang lemah ini. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini, sesungguhnya apalah daya yang mampu aku lakukan jika itu yang telah engkau janjikan untukku. Cuma kekuatan yang aku harapkan untuk menghadapi dugaan darimu.

Ya Allah, sesungguhnya pada aku bergantung harap. Ku bermohon kau perkenankanlah segala permohonanku. Kau kabulkanlah segala doa ku di tikar sujudku. Inilah ikhtiar terakhirku setelah mencuba sehabis baik.

Sebuah Monolog Sepi


Sebuah monolog Sepi

Anganan dan khayalan,
Itulah simbolik sebuah kehidupan,
sebagai pembakar semangat sebuah perjuangan,
demi mencapai satu arah tujuan
ke arah satu kejayaan dan kegembiraan

Angananku ini sebuah monolog sepi,
Yang selalu ku dambakankan saban hari,
Mengharapkan suatu kebahagiaan hadir menjelma,
Dalam perjalananku meniti sebuah kehidupan ini,
Ku inginkan seorang peneman,
Sebagai penghiburku di jalanan ini,
Sebagai penghias penyeri hidupku ini,
Sebagai  pelengkap diriku menuju hari bahagia

Monolog ini aku tujukan untukmu,
Biarpun sepi namun bererti,
Itulah interpretasi kasihku untukmu,
Bukannya rintihan tapi luahan,
Sekadar mahukan sebuah pengertian,
Dan hanya itu ku mahukan,
Sekadar kau mengerti isi hati ini


 Asyraff Benjamin, Institut Bahasa Melayu Malaysia
2012

"BEST PHOTO CONTEST" by Akin Amar

Assalamualaikum...


Contest?? hmm... kali ini Asyraff nak sertai pertandingan pula. Bila Asyraff baca entri di blog Cik Lyeen, Asyraff tertarik nak sertai pertandingan ni. Mana tahu ada rezeki Asyraff di sini. Asyraff pun banyak juga koleksi gambar - gambar yang Asyraff rakam baik dengan kamera handphone mahupun DSLR. Memang banyak, jadi Asyraff nak lah juga mencuba nasib dengan mempertaruhkan gambar Asyraff untuk pertandingan ni. Baiklah mari kita menuju ke fokus utama. "Go straight to the point"

Pertama, Asyraff nak penuhi segala kriteria yang diminta oleh Akin Amar .Baiklah Syarat pertama adalah buat entri mengenai contest ini. Dah lepas dah syarat pertama. Seterusnya, syarat kedua pula, letak contest banner pada entri tersebut. Ni dia Asyraff letakkan...

hmm... nak komen sikit pasal banner ni, *comel la juga :P

Baiklah, kembali kepada fokus utama. Syarat kedua pun sudah, syarat ketiga pula ya. Syarat ketiga ni nak Gambar untuk penyertaan contest ni. Bailklah, setelah memilih beberapa gambar dalam album Asyraff, Asyraff membuat keputusan untuk mempertaruhkan gambar ni :


Hmm... slogan bagi gambar ni pula adalah :

"Saya rasa gambar saya best kerana gambar ini diambil sebaik sahaja kami tamat melakukan persembahan HUMAN L.E.D. semasa sambutan hari kemerdekaan ke 54. Gambar ini menggambarkan kepuasan kami setelah berjaya menyempurnakan satu tugas untuk Negara am nya dan untuk Institut Pendidikan Guru Malaysia khususnya."

Kita ke syarat yang seterusnya pula. Syarat ke empat pula suruh follow blog Akin Amar . Saya dah follow dah. Seterusnya pula, nak tag tiga orang yang ada dalam gambar ni... hmm, bawah ni senarai orang yang saya tag untuk gambar ini :

Khairul Bin Jusmin @ Abang Long IB

Hmm..dah tag dah, rasanya dah lengkap dah semua kriteria yang diminta. Baiklah, inilah penyertaan Asyraff untuk Best Photo Contest by Akin Amar ni. Bye... Sekian...

"Railway Photoshoot" by Lensa Asyraff

 
Keretapi Tanah Melayu - Stesen KTM Mid Valley

Suliana... angin meniup sepoi - sepoi bahasa...

Ferra Avila... macam korean girl kan??? hehe

nak pergi busking ke Khairul???

 
Barisan penunggu KTM Komuter...

candid...tapi Elmin perasan pula... :P

lamanya menunggu...

Asyraff ala - ala Azlan And The Typrwriter... *perasan

Shafilah kesejukan... kikiki :P

 Syafiq, Khairil... apa kau berdua buat tu???

 Nak tunjuk la dia pernah pergi Serdang...

 blurrr... rindu mama la tu...

 Menghayal keseorangan...

 Candid... Khairul termenung...tambah mengantuk

Noradini a.k.a. Yuna :P

Lokasi : Stesen KTM Mid Valley & KTM Serdang
Kamera : Canon EOS
Lensa : Canon Zoom Lens EF-S 18 - 55 mm 1 : 3 . 5 - 5 . 6 IS
Terima Kasih kepada semua warga PPISMP 2A JUN 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...