Slack , Jeans dan Khakis

Assalamualaikum...

Hari ni saya ingin berbicara tentang fesyen. Jadi sesuailah saya melabelkan entri ini sebagai fesyen. Fokus utama adalah tentang seluar, jadi saya meletakkan tajuknya Slack , Jeans dan Khakis . Biarpun fokus entri ini berkisar tentang fesyen, tapi saya tidaklah begitu arif tentang semua ini. Cuma saya selalulah membaca majalah Maskulin. Jadi ada juga serba sedikit pengetahuan tentang fesyen ni. Bagi saya, fesyen ni terpulang kepada diri sendiri, ikut keselesaan dan kesesuaian. Keselesaan ini terbahagi kepada dua, keselesaan kita sendiri dan juga keselesaan persekitaran. Keselesaan persekitaran adalah keselesaan orang sekililing melihat gaya pemakaian kita. Hal ini bersangkut paut dengan kesesuaian juga. Kesesuaian disini adalah seperti, kesesuaian tempat, masa, acara, dan juga orang sekeliling. Jika kita ingin menghadiri sesuatu acara rasmi, kita perlulah berpakaian mengikut etika peradaban seperti menggunakan kemeja, tali leher dan seluar slack. Paling tidak pun, kita bolehlah menggunakan baju - T berkolar ( Baju Polo ).

Pemakaian Formal mengikut etika peradaban 

Baju - T berkolar yang sesuai untuk acara rasmi

Berbalik kepada tajuk utama entri ini, saya ingin bermula dengan slack ...

Seluar slack 

Kebiasaannya, seluar ini digunakan untuk situasi formal seperti ke pejabat, majlis formal, makan malam dan bekerja. Begitu juga bagi saya, sebagai seorang guru, kita perlu tampil kemas dan bergaya supaya menjadi ikutan kepada anak - anak murid. Pemakaian seluar ini perlulah dikenakan dengan baju kemeja untuk tampak lebih bergaya. Warna juga memainkan peranan dalam penggunaan seluar ini. Hitam adalah pilihan terbaik bagi lelaki kerana tampak kemas dan bergaya. Bak kata Rain dalam iklan syampu clear, "hitam nampak kemas" . Namun demikian  ada dalam kalangan lelaki yang menyukai warna - warna lain seperti kelabu atau coklat. Hal ini bergantung kepada citarasa tersendiri. Dalam simpanan saya pula ada 4, 2 bentop dan 2 crocodile .

Ok...seterusnya, seluar khakis... seluar ini adalah hasil inovasi pereka - pereka fesyen suatu ketika dahulu. Potongan seluar ini hampir sama dengan sesetengah seluar slack. Namun fabrik yang digunakan untuk khakis adalah berbeza dengan slack. Kebiasaannya, khakis dibuat dengan menggunakan kain kapas yang lebih tebal berbanding seluar slack . Saya pasti, ada antara anda yang merasakan seluar slack itu ringan dek kerana fabriknya. Bagi saya, saya lebih memilih untuk memakai khakis jika dibandingkan dengan slack , hal ini kerana, khakis tampak lebih ranggi untuk individu yang masih dalam kategori remaja. Perkara ini adalah disebabkan potongan khakis yang lebih fit kepada kaki kita. Citarasa saya lebih memilih untuk memakai seluar yang sedang - sedang. Tidak terlalu fit seperti skinny jeans dan tudak juga terlalu besar seperti slack yang berada di pasaran. Jenama khakis yang menjadi pilihan saya adalah docker dan pazze .
seluar khakis

Akhir sekali adalah jeans... dalam bab jeans ini mungkin tidak banyak yang saya dapat perkatakan kerana saya bukanlah peminat jeans kerana saya lebih suka akan khakis. Namun adalah serba sedikit yang ingin saya perkatakan tentang jeans ini, kita lihat pada masa sekarang, blue jeans tidaklah seberapa popular seperti dulu ataupun seperti di zaman cowboy dahulu, kini jeans hitam lebih menjadi pilihan kerana trend yang digunakan oleh artis -artis. Dalam pada itu, menurut pemerhatian saya, jeans cutting 501 tetap menjadi pilihan ramai kerana rekaan nya yang sesuai dikenakan walau dengan apa sekali pun baju yang digunakan . Ia nampak kemas dan maskulin. Saya pun adalah sedikit bibit - bibit minat terhadap cutting 501 ini. Tapi...kuranglah...haha, emm...dalam simpanan saya, saya cuma ada 3 jeans saja, 2 blue jeans (satu levis , satu bum )dan 1 black jeans (jenama Louis) .\

seluar jeans

Sekian cerita seluar ni, penat juga nak mengarang ni, heehee... Anda bagaimana pula? Sekian...




4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...