Fantasy Primier League

Assalamualaikum...

Dah tak ada cerita lain,, ni saya nak berkongsilah sedikit mengenai Fantasy Primier League. Saya ada lah juga mencuba - cuba untuk bermain permainan online ni. Meskipun saya kurang minat sangat dengan game - game yang ada kat internet, tapi, Fantasy Primier League ni buat saya tertarik pula. Macam best pula saya tengok.

Saya pun cubalah search kat google pasal Fantasy Primier League ni, akhirnya saya pun jumpa. Apa lagi, saya sign up lah...saya tertarik dengan permainan ini kerana ia menguji kebijaksanaan kita mengatur stratergi dalam permainan bola sepak. Pendek kata, kita jadi jurulatih lah.

Disamping itu, saya selaku guru pelatih yang mengambil subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, adalah amat penting juga bagi saya untuk belajar mengatur stratergi permainan. Manalah tahu suatu hari kelak boleh digunakan untuk melatih anak - anak murid di sekolah.

Untuk memulakan permainan Fantasy Primier League ini, kitap perlu membentuk satu pasukan bola sepak yang terdiri dari 15 pemain yang kita pilih sendiri dengan berbekalkan 100 mata untuk memilih pemain. Setiap pemain mempunyai nilainya sendiri dan kita harus memilih mengikut bajet mata yang kita ada iaitu 100 mata. Perkara ini umpama pengurus - pengurus pasukan membeli pemain kononnya.

Dengan itu, saya telah menggunakan 100 mata tersebut untuk memilih pemain saya. Berikut merupakan pemain - pemain untuk pasukan saya iaitu AsyraffBenjamin F.C.

Pasukan AsyraffBenjamin F.C

Senarai Pemain Pilihan Saya :

1) Penjaga Gol - Hart,Marshall
2)Pertahanan - Ashley Cole,Taylor,O'Shea,Ayala,Evra
3)Tengah - David Silva,Petrov,Frei,Whitehead,Nasri
4)Penyerang - Hernandez,Carrol,Anelka

Kesebelasan Utama saya pula adalah :

Kesebelasan Utama AsyraffBenjamin F.C.

Kesebelasan utama saya dibarisi oleh :

Hart (gk) , A.Cole (rb) , O'Shea & Taylor (cb) , Evra (lb), Whitehead (rmf) , Silva & Frei (cmf) , Nasri (lmf) , Hernandez & Carrol (cf)

Sekian, cerita Fantasy Primier League saya, harap boleh menang lah. :)

Saya Sokong Manchester City.
Saya Minat David Silva.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...