Karya Pertamaku #SesudahItu #3101


Assalamualaikum...

Pertama dan selamanya aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana apa yang aku usahakan selama ini telah pun berjaya aku siapkan. Catatan yang mulai ku tulisi sejak april 2012 ini merupakan kisah perjalanan cintaku semasa aku masih lagi berada dalam program foundation pengajianku, semua catatan yang tercatat di dalamnya merupakan suka duka yang ku lalui bersama si dia yang pernah bertapak di hatiku.

Akhir kata buat si dia, nantikan novel ini berada di tanganmu kerana itu janjiku padamu dahulu. Semoga  ceritera indah kita bersama tak akan pernah terpadam.

Sekian.

Cerpen : Andai Jodoh Milik Kita


Suatu hari aku mengikuti rakan-rakanku melakukan kerja part time di sebuah majlis perkahwinan sebagai pelayan tetamu dan juga pekerja katering. Kerjaku mudah, melakukan pembersihan meja dan juga menghidangkan makan di atas meja. Pulangannya memang agak lumayan, berbaloilah dengan kerja yang kami lakukan. Tujuanku hanyalah untuk mendapatkan pendapatan sampingan atau dalam bahasa popularnya side income. Maklumlah, hidup di kotaraya seperti Kuala Lumpur pastinya memerlukan kos yang tinggi lebih-lebih lagi bagi golongan mahasiswa yang tidak mewmpunyai pendapatan seperti aku.
            Hari itu aku diarahkan bertugas bersama-sama kawan baik ku Nashrin di stesen yang sama. Orang baharu seperti kami biasanya ditugaskan di tempat makan orang biasa. Maklumlah, kami masih mentah dan tidak berpengalaman untuk menguruskan meja makan bagi orang kenamaan atau lebih gemar dipanggil dengan gelaran VIP di Malaysia.
            Aku menjalankan kerjaku seperti yang ditaklimatkan oleh penyelia kami. Aku mengangkat dan mengemaskan meja setelah tetamu yang hadir selesai makan. Setelah beberapa kali aku menyertai pekerjaan ini, berbagai jenis dan ragam manusia yang telah aku temui. Ada antarnya yang cerewet, ada antaranya yang demand seperti dia orang besar, dan tidak kurangnya ada juga yang seperti dialah tuan rumah, dalam kata lainnya, dia lebih over dari tuan rumah. Kita sebagai pekerja terpaksalah menurut dan melayani kerenah mereka itu. Kadangkala ada juga tersemat rasa marah dan geram dalam hatiku terhadap mereka. Apa yang boleh aku buat hanyalah bersabar. Aku mendapat tips dari abang Hafiz yang turut bersama-sama kami dalam profesion sampingan ini, katanya, “Kalau orang yang datang tu pandang rendah kat kita, kita fikir je macam ni, kuli kuli aku pun, aku ada ijazah, ada pendidikan.”. Kata-kata abang Hafiz itu membuatkan aku lebih kental dalam menghadapi cabaran semasa bekerja.
            Pekerjaanku pada hari itu menambahkan lagi pengalaman diriku. Melaluinya aku dapat merasai betapa susahnya hidup mencari wang lebih-lebih lagi pada zaman millennium seperti sekarang, bak kata mat salleh, money not everything, but everything need money. Pengalaman ini cukup mendewasakanku dalam mengenal erti kehidupan.
            Peristiwa yang ku lalui hari ini sangat memberiku pengalaman dan pedoman. Dalam ketekunan aku melakukan tugasanku, mataku tertarik kepada seorang gadis yang hadir pada majlis tersebut. Gadis itu begitu ayu dan anggun ditambah lagi dengan baju kurung berwarna ungu muda yang dipakainya. Pada mulanya, aku hanya memandang dari jauh sahaja. Tiba-tiba Nashrin memegang sikuku dan berkata seraya mengusik, “Oi... kau tengok apa? usha awek ey?”. Aku segera memandangnya lalu menafikan kata-katanya itu, “Ish kau ni, mana ada, aku tengah tengok kalau-kalau ada meja yang perlu dikemas.”. “Eleh, ye la tu, kau memang nak kemas meja hujung tu je kan.” balas Nashrin lagi. Aku membidas, “Maksud kau?”. “Aku tahu kau asyik usha meja tu je... aku perhatikan kau la dari tadi.” jawabnya padaku. Aku pun memberitahunya perkara sebenar sambil mengangkat bahuku, “Yes... memang aku usha awek tu, tapi kite ni kerja Nash. Manalah orang nak pandang kita yang jadi tukang angkat sisa makanan ni.”. Mendengar kata-kataku, Nashrin pun menepuk bahuku dan berkata, “Kau ni lembab la, pergi je la try... kau kan bijak mengayat.” Aku memandangnya, “Manalah aku pandai...” jawabku. Nashrin pun mengiyakan sahaja apa yang aku perkatakan dan kemudiannya beredar untuk melakukan tugasnya. Aku pun turut beredar dan menjalankan tugasku.
            Dalam aku menjalankan tugasku, aku terpandang gadis tadi duduk berseorangan. Pada masa yang sama aku teringat akan kata-kata Nashrin tadi. Aku berfikir sejenak, “Patutkah aku menghampirinya?”. Aku mulai berteka-teki dengan diriku. Beberapa ketika berfikir, aku pun memutuskan untuk ke meja tersebut.
            Kakiku melangkah yakin. “Boleh saya angkat ni cik adik manis?” tegurku padanya. Dia tersenyum. “Boleh” jawabnya kepadaku. Aku pun mengambil bekas cup cake yang terdapat di atas mejanya dan kemudiannya beredar. Dua langkah aku beredar, dia memanggilku semula, “Awak, mane nak dapat air mineral ye?”, aku pun menoleh ke belakang, “Air mineral ade kat tepi meja buffet tu cik. Cik nak saya ambil atau cik sendiri yang ambil?”. Gadis itu pun ketawa. Aku bertanya, “Kenapa cik?”, “Tak de pa-pe la, nanti saya ambil sendiri.” jawabnya padaku. Aku pun beredar dari situ. Dalam hatiku berkata, “Huh... comelnya senyuman awek tu,...”. Senyumannya itu mengingatkan aku pada Nina, sambil itu aku tersenyum sendiri tatkala mengenangkannya.
            Aku kemudiannya menyusun gelas di meja buffet yang telah berkurangan. Dalam aku sibuk menyusun gelas-gelas itu, datang seorang gadis kepadaku dan meminta sebotol air mineral, “Awak, nak air mineral satu boleh?”, aku pun menjawab tanpa menoleh, “Boleh”. “Eh, awak lagi?” suaraku setelah mendongak dan melihat wajah gadis yang meminta air daripadaku itu. Dia pun berkata, “Laaa... awak rupanya... nak air...”. Aku pun menjawab, “Ye saya... jap ey, saya ambilkan untuk awak.”. Dia hanya tersenyum dan menungguku mengambilkan air untuknya.
            “Ni airnya cik...” bicaraku sambil menghulurkan sebotol air mineral kepadanya. Dia mengucapkan terima kasih kepada, “Thanks ye awak.”. Aku senyum kepadanya dan berkata, “Sama-sama”. Dia bersuara lagi, “Lagi satu, awak ni formal sangat la, tak payah la nak bercik-cik dengan saya. Saya orang biasa je. Lagipun kite lebih kurang sebaya apa?”. Aku menjawabnya, “Saya ni bekerja, kena lah hormat kat tetamu.” Dia pun ketawa mendengar kata-kataku itu, “Awak ni kelakar lah.” Aku sekadar tersenyum. Dia berkata lagi, “By the way, nama saya Wani.” Aku senyum, “Oh, nice name... macam orangnya.” Dia ketawa mendengar kata-kataku, “Oh, pandai bodek ey.  Nama awak siapa?”. Aku menyahutnya, “Mana ada bodek, saya Amir.”. Dia memberi respon, “Oh, nice... macam Vanilla Coklat.” Aku ketawa mendengar kata-katanya itu dan berkata, “Rasanya awak lagi pandai membodek. Manalah saya ni sekacak macam Amir dalam Vanilla Coklat tu.”, dia menjawab lagi, “Haha... bukan itu maksud saya. Kalau awak nak tahu, fullname saya Nurzara Syazwani. Jadi Kena la kite.” Aku ketawa, “Laa.. ye ke? Zara dengan Amir... how sweet you” Aku dan dia pun terus berborak.
            Dalam pada itu, ku lihat Abang Hafiz mula menghampiriku, aku pun memberitahu Nurzara bahawa aku hendak menyambung tugasku. Kemudiannya aku pun beredar dari situ dan Nurzara juga begitu.
            Abang Hafiz menghampiriku, “Amboi, juai minyak nampak...” bicaranya kepadaku dalam loghat utara. Aku menyahutnya, “Mana ada... bagi air je lah.”. “Ye lah” jawabnya dengan nada seperti memerli. Aku pun tidak menghiraukan dan meneruskan kerjaku.
            Jam sudah menghampiri pukul 4.30 petang, kerja kami pun hampir selesai. Pada waktu inilah waktu yang paling sibuk kerana perlu mengemaskan kesemua barangan. Kuali, periuk, pinggan, gelas, semuanya perlu diangkat ke dalam lori untuk dibawa balik. Aku dan rakan-rakan pun menjalankan kerja kami sehingga selesai. Setelah selesai, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu masa pemberian gaji. Usai semuanya, kami pun berkemas untuk balik.
********************************************
            Aku pun sampai di bilik. Aku pun memberi lebihan makanan yang aku bungkus dari majlis tadi kepada Awi. “Awi, ni haa, ada lauk sikit, lebih katering tadi.”. Awi yang melihat bungkusan itu terus mengambilnya, “Begini la roommate, bawa makanan balik. Aku memang tengah lapar ni, tadi tengah hari aku tak makan.”. Aku menjawab, “Ye tahu... sebab tu lah aku bawa ni untuk kau, tapi tinggalkan untuk kita makan malam juga tau.”. “Okay bos...” jawab Awi lagi. Awi pun mengambil pinggan dan memakan makanan yang ku bawa tadi. Aku pula mencapai tuala dan pergi membasuh baju yang ku pakai tadi.
            Sampai di bilik basuhan, aku pun membasuh baju kameja putih dan seluar slack yang ku pakai tadi. Ketika aku sibuk memberus, aku teringat akan peristiwa yang berlaku semasa aku bekerja tadi. Aku ketawa sendiri. “Hai... luculah, macam mana pula aku boleh kenal dengan awek tadi.” bisikku di dalam hati. Aku pun terus tersenyum sambil membasuh pakaianku. Dalam pada itu aku terfikir, “kenapa aku tak mintak nombor contact awek tu tadi... aiyo... lembab lah kau ni.” Aku pun ketawa, hatiku berkata lagi, “Tak apa lah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi.”. Aku pun meneruskan basuhanku.
            Selesai membasuh, aku pun ke tangga keselamatan asrama untuk menyidai pakaianku. Sebelum itu aku singgah sebentar di bilik untuk mengambil hanger. Sesudah itu, aku pun menyidai pakaianku.
********************************************
            Selepas mandi, aku pun ke surau untuk melaksanakan tuntutan Allah iaitu menunaikan solat maghrib dan isyak. Usai melaksanakannya, aku pun kembali ke bilikku semula. Suasana pada malam itu sedikit dingin, anginnya pula bertiup sayu melewati tingkap bilikku yang terbuka luas menghadap kota cinta yang indah lagi bercahaya itu.
            Aku membuka laman facebook ku untuk mengisi kesunyian hatiku yang kini telah kosong tanpa berteman. Sementara itu, aku buka juga laman youtube untuk mendengar lagu-lagu baharu masa kini. maklumlah, bosan juga rasanya asyik mendengar lagu yang sama setiap hari, so aku pun memainkan beberapa lagu di laman youtube sebagai penghiburku.
            Aku pun beralih dari satu lagu ke satu lagu, sambil mendengar alunan muzik dan lirik, aku juga menghayati setiap naratif melalui video klip lagu-lagu yang ku dengar. Dalam keasyikan itu, aku tertarik dengan satu lagu nyanyian Judika. Lagu yang bertajuk Aku Yang Tersakiti itu sangat menyentuh hati dan sanubariku, aku merasakan seperti ada connection antara aku dan lagu itu. Lihat sahaja pada liriknya, memang mirip dengan kisahku.
            Aku pun memuat turun lagu tersebut ke komputerku, kemudiannya aku pun memainkannya. Aku tetapkan mod repeat pada Windows Media Player. Aku pun mendengar lagu tersebut berulang kali sehingga berjaya ku hafal pada malam itu juga. Pada masa yang sama, aku terus melayari laman facebook ku.
            Sedang aku asyik dengan facebook, tiba-tiba aku teringat akan gadis Vanilla Coklat yang ku jumpa semasa part time katering siang tadi. “Ya, kalau tak silap aku, budak tu ada sebut fullname dia siang tadi. Ape ye nama dia?”, aku pun cuba mengingati nama gadis itu. Beberapa ketika berfikir mengingati namanya, aku pun menemuinya, “Yes, baru aku ingat, Nurzara Syazwani, memang tak salah lagi.”
            Aku pun menaip nama Nurzara Syazwani di ruangan carian untuk mencari facebook nya. Sebaik sahaja menaip namanya, banyak nama-nama yang keluar, aku pun menjadi keliru melihat suasana itu. Aku pun terus kembali ke home.
            Aku masih tidak berputus asa, aku pun mencuba mencarinya di laman google pula. Seperti di facebook tadi, banyak nama yang keluar, aku pun meneliti satu per satu. Setelah meneliti satu persatu, aku short list kan link-link blog yang ku klasifikasi mempunyai probability yang tinggi sebagai dia. Aku pun membuka satu persatu link yang ku senaraikan itu. Blog pertama yang aku buka menghampakan, individu itu memang Nurzara Syazwani, tetapi bila melihat pada usianya, ternyata bukan. Nurzara Syazwani yang ku cari usianya hampir sebaya denganku, tetapi ini 31 tahun, jauh meleset. “Okay, yang ni reject...”.
            Tiba-tiba Awi menegurku, “Apa yang kau reject tu?”. Aku ketawa, “Hahaha... takde pa-pe lah...aku cari orang ni...”. Awi pun hanya mengangguk mendengar penjelasanku itu dan meneruskan kerjanya kembali dan aku pun meneruskan pencarianku.
            Aku pun membuka link yang seterusnya, jawapannya masih sama. Jika tadi berusia 31 tahun, yang ini pula lain ceritanya, Nurzara Syazwani yang ini merupakan orang Brunei. Dalam hatiku berkata, “Yang ni lagi impossible...”. Aku pun membuka link blog yang berikutnya. Blog itu sungguh menarik perhatianku dengan lagu Aku Yang Tersakiti sebagai muzik latarnya. Aku pun melihat pada ruangan About Me pada blog tersebut. Setelah menelitinya gambarnya, orangnya masih bukan Nurzara Syazwani yang ku cari.
            “Okay, next blog”, monologku sendirian. Aku pun meneroka blog tersebut. Aku pun membaca post nya yang seperti baru sahaja di update beberapa minit yang lalu. Tajuk post itu adalah Pertemuan Seketika. Saat aku membaca penulisan yang seakan-akan cerpen itu, aku yakin itu adalah Nurzara Syazwani yang kucari. Penulisannya yang berkisarkan pertemuan di sebuah majlis perkahwinan membuatkan aku yakin itu adalah dia. Meskipun begitu, aku masih tidak berpuas hati, aku pun membuka ruangan About Me blog tersebut untuk menyelidiki dengan lebih lanjut. “Ya... ini memang dia.” bisikku di dalam hati setelah meneliti data yang terdapat pada ruangan About Me nya.
            Aku pun follow blog tersebut.  Sebaiknya sahaja aku mengikuti blog tersebut, muncul pula suggestion dari pihak google mencadangkan untukku add Nurzara Syazwani di laman Google Plus. Melihat suggestion itu, aku tanpa berfikir panjang terus menambahnya sebagai kawan di Google Plus dengan menekan pada butang add to circle. Aku tersenyum gembira setelah berjaya menemui Nurzara Syazwani yang ku cari. Dalam pada itu, roommate ku menegurku, “Hoi... hoi... kau apesal? tersengih semacam je?”. Aku menoleh ke arahnya dan menjawab, “Saje, nak happy pun tak boleh ke?”. “Eleh budak ni, yelah tu...” jawabnya lagi. Aku pun ketawa dan terus menghadap skrin komputer ku semula.
            Aku pun terfikir untuk menghantar inbox kepada Nurzara Syazwani. Aku menekan button Message yang terdapat pada laman Google Plus itu dan menaip mesej kepadanya. Sebaik sahaja aku menghantar inbox kepadanya, dia terus membalasnya. “Aik... tengah online rupanya...”, fikirku setelah melihat mesej daripadanya. Kami pun terus berbalas mesej pada malam itu.
********************************************
Aku : Assalamualaikum... Hai, best la cerita Pertemuan Seketika kat blog awak tu. =)
Nurzara : Wassalam. Thanks, saje je tulis.
Aku : Ohh... by the way, macam hidup je watak dalam cerita awak tu.
Nurzara : Haha. :), tu bukan cerita la, itu diari saya.
Aku : Humm... kalau dah masuk blog tu, kira cerita la tu.
Nurzara : Mane ada. Suka-suka publish je tu.
Aku : Hoho...
Nurzara : Nape ler?
Aku : Takde, saje ketawa. ;)
Nurzara : Peliknya bunyi ketawa awak. Hoho... macam iklan Horlick pulak. Hihi. :P
Aku : Emmm... saje. Nak buat lain dari yang lain. Lagipun Horlick sedap ape...
Nurzara : Lucu ler awak ni...
Aku : Haha. Kat dunia ni, tak boleh serius sangat, sesekali kenalah kelakar juga.
Nurzara : Ye. Betul tu.
Aku : Humm... boleh berkenalan? :)
Nurzara : Erkkkk, boleh.... :)
Aku : Awak umur berape?
Nurzara : 20, peliklah awak ni, selalu orang tanya nama dulu, awak tanya umur lak.
Aku : Saya dah tahu nama awak dah.
Nurzara : Aik... How’s you know?
Aku : Ade ler.
Nurzara : Ummm... its okay, awak umur berapa?
Aku : Saya? sama dengan awak. Awak study lagi ke?
Nurzara : Ohh... ha ah. awak?
Aku : Saya pun masih belajar. Awak belajar kat mana?
Nurzara : Universiti Malaya. Awak?
Aku : Laaa... tak jauh la kite, saya kat IPG Kampus Bahasa Melayu.
Nurzara : Ohh.. patutlah sekejap je chat sampai. Emm... awak ni cikgu lah ni. Hihi
Aku : Haha... Ye. Awak ambil course apa kat UM?
Nurzara : Pengajian Melayu dengan Pendidikan. Awak course ape?
Aku : Humm... cikgu juga rupanya. Saya course BM, PJ dan Sejarah.
Nurzara : Wah... hebat.
Aku : Mana ada, Biasa-biasa je lah. Awak lagi hebat kot kat UM. Saya IPG je.
Nurzara : Tak la. IPG lagi hebat la.
Aku : Huuu...
Nurzara : Okay lah, saya minta diri dulu, Dah lewat ni, nak tidur...
Aku : Wah. Bagusnya awak. Tidur awal. Okay.
Nurzara : :), Okay lah, Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumsalam. Jumpa lagi.
Nurzara : Insyaallah.
Aku : :), Selamat malam.
Nurzara : Selamat malam juga.

********************************************
            Aku berasa sedikit senang hati pada malam itu, lukaku seperti telah terubat. Aku pun tersenyum sendirian apabila melihat kembali pebualanku bersama Nurzara Syazwani pada komputerku. Dalam pada itu, tiba-tiba hatiku berpesan kepadaku, “Ingat Mir, jangan terlalu mengharap. Sukailah dan cintailah sesuatu dengan sederhana, seperti cinta kayu kepada api yang menjadikannya bara.”. Aku pun menggosok-gosokkan keningku, hatiku berkata lagi. “Aku serahkan semuanya kepada Allah. Andai jodoh milik kita, InsyaAllah cinta kita akan bersatu.” Aku berkata demikian kerana aku tidak mahu sejarah cintaku yang lalu berulang kembali.
            Aku yang tadinya seakan telah lupa, kini teringat kembali akan Nina yang pernah mewarnai hidupku dahulu. Aku pun memejamkan mataku sambil bermonolog sendiri, “Tak pernahkah kau sedari, akulah yang kau sakiti, engkau pergi dengan janjimu yang telah engkau ingkari, oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku, aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia.”.
            Saat itu aku turut sedar, memang takkan mudah bagiku untuk lupakan semuanya,  justeru aku serahkan semua kepada Allah. Andai jodohku bersama Nina aku terima, dan andai jodohku bersama yang lain, aku juga terima.
********************************************
            Aku pergi berjogging sendirian di Tasik Cinta Universiti Malaya. Setelah mengelilingi tasik beberapa kali, aku pun berehat sebentar di pondok yang terdapat di sekitar tasik tersebut. Sambil itu, aku memerhatikan gelagat manusia di sekelilingnya.
            Aku kemudiannya memerhatikan orang-orang yang sedang berjoging yang lalu dihadapanku. Tiba-tiba pandangan seperti terlihat Nurzara Syazwani sedang berjoging bersama seorang lelaki disebelahnya. Kelihatan mereka begitu mesra seolah-olah pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Aku pun tidak memperdulikannya, mungkin itu perasaanku sahaja kataku di dalam hati.
            Aku pun melakukan cooling down. Sedang aku melakukan cooling down, tiba-tiba aku ditegur oleh seorang perempuan. “Eh, awak...” kedengaran lembut suara datang dari hadapanku. Aku pun mendongak. “Aik... macam kenal lah?” jawabku yang sedang berpura-pura seperti tidak ingat. “Alaa... tak kan tak ingat saya. Vanilla Coklat.”, balasnya pula sambil tersenyum.” Aku berpura lagi, “Vanilla Coklat? Ohh... Nurzara Syazwani kan?”. “Haa... ingat pun. Awak buat apa kat sini.” balasnya keriangan. “Saya jogging ler...” terangku padanya. Dia bertanya lagi, “Humm... awak study sini juga ke?”. Aku ketawa, “Eh tak lah... saya study kat sebelah tu. Kat Institut  Bahasa.”. Dia kehairanan dan bertanya, “Institut Bahasa? Yang mana satu ye?”. Aku pun menerangkan kembali kepadanya, “Alaa... IPG Kampus Bahasa Melayu tu.”. “Ohh... cakap lah IPG, kan senang.” balasnya kembali. Aku ketawa lagi dan berkata, “Institut Bahasa tu sama la dengan IPG Kampus Bahasa Melayu.”. Dia menjawabku pula, “Ye tahu lah sama., tapi saya tak tahu lorr...”. Aku pun memberitahunya, “Humm... sekarang dah tahu kan...”.Dia kembali memberikan respon, “Ye... Humm, tak sangka pula awak ni cikgu...” katanya sambil ketawa. Aku segera membalas, “Humm... mesti ingat saya ni pelayan katering kan?”. “Ha ah...” jawabnya pula. Aku pun menerangkan kepadanya, “Saya part time je lah, biasalah kat KL ni... kena pandai cari duit.”. Dia pun mengangguk tanda faham, “Ohh... i see, eh... lupa pula nak kenalkan, ni Hadi boyfriend saya.” katanya pula. Aku pun menghulurkan tangan dan bersalam dengan teman lelakinya.
            Aku pun berborak-borak bersama Nurzara Syazwani dan Hadi di situ sambil melakukan cooling down bersama. Setelah selesai melakukan cooling down, aku pun meminta diri daripada mereka untuk pulang.
********************************************
            Aku pun berjalan menuju ke kampusku. Dalam perjalanan, aku terkenangkan akan pertemuanku dengan Nurzara Syazwani bersama boyfriend nya di Tasik Cinta tadi. Dalam hatiku berkata, “Huh... standard lah tu, perempuan cantik mesti dah ada yang punya.”. Aku ketawa sendirian mengenangkan perkara itu, aku juga berfikir, “Nasib baiklah aku tak terjebak dengan awek ni, kalau tak, dua kali kecewa aku dibuatnya.”.
Aku turut bernasib baik kerana Nurzara Syazwani tidak tahu yang Asyraff Benjamin yang dia kenali di blog dan Google Plus itu adalah aku. “Nasib baik aku tak cakap terus terang kat dia masa chat hari tu.” bisikku di dalam hati.
Aku berfikir lagi, “Segala yang berlaku ada hikmahnya”. Mungkin Allah aturkan semua ini untuk memberitahuku bahawa jodoh pertemuan itu semuanya terletak di tangan-Nya. Sesungguhnya ini semua petunjuk dari Allah untukku.
Aku pun meneruskan perjalananku. Sebaik sahaja memasuki simpang menuju ke kampusku, aku ternampak Nina bersama-sama Nora dan Ashna sedang berjalan menuju ke arahku. “Alamak, what should i do?” fikirku di dalam kepala. Aku seperti kematian akal, aku pun meneruskan sahaja perjalananku.
Aku pun bertembung dengan mereka, aku hanya tersenyum pada Nina dan langsung tidak bersuara. Nina pula ku lihat hanya tersenyum padaku, Nora dan Ashna pula sibuk berbual sesama mereka. Sebaik sahaja melalui mereka, aku berasa lega. Entah mengapa, sekarang aku menjadi begitu segan dan malu apabila berhadapan dengannya. Kekuatan untukku menatap wajahnya seakan menghilang dan aku rasa aku telah kembali ke zaman sebelum aku mengenalinya dahulu.
Aku pun melupakan tentang itu. Bagiku sekarang, jika Allah menentukan jodoh itu milik kami, aku percaya suatu hari nanti kami akan bersatu, bukan sekadar bersatu dalam hati, malahan bersatu dengan ikatan dan pertalian yang diberkati dan direstui Allah. Sesungguhnya puncak tertinggi penyatuan hati dua manusia adalah dengan ijab Kabul.
Aku pun meneruskan perjalananku balik ke kampus.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...