Larian Guru IPG Kampus Bahasa Melayu 2013

Aku sedang menghabiskan sisa-sisa larian.
photo credit to Maizatul Nabilah

Setelah berhempas-pulas, dan dileher itu ganjarannya.
photo credit to Hafiza Kamaluddin

Alhamdulillah, biarpun kian merosot saban tahun, tapi tempat ketiga masih okay kan?.

Larian Guru 2013 telah melabuhkan tirainya, yang menjadi pertaruhan sekarang adalah Larian Guru 2014. Rasa-rasa aku boleh menang tak?

Okay lah, kita tunggu dan lihat tahun depan okay, tapi kalau ikut aku yang dengan lutut dah kurang greasing ni, aku rasa nak pencen awal, malas dah nak pulun sangat, cukuplah sijil-sijil yang dah ada tu sabagai bekalan temuduga SPP tahun 2017 nanti. 

So, bergembiralah. 

Puisi : Jangan Kau Layu



Wahai bunga,

Kuntum - kuntummu mewarnai hidupku,

Wangianmu menceriakan hidupku,

Indahnya dirimu menyerikan hidupku,

Kaulah penghias figura hayatku...



Wahai bunga,

Mengapa kini engkau layu,

Adakah kerana kurangnya cahaya,

Adakah kerana kurangnya air,

Katakan padaku apa yang kurang,

Agar bisa ku adakan apa yang tiada,

Supaya kau bisa mekar sepanjang zaman...



Wahai bunga,

Takkan aku biarkan kau layu,

Takkan aku biarkan tumbuhmu suram,

Akan aku sirami kau dengan titis - titis embun,

Akan ku pancarkanmu dengan cahaya,

Agar kau sentiasa mekar,

Untuk menghiasi hari - hari dalam hidupku...



Wahai bunga,

Aku tak ingin hidup mu layu,

Aku tak ingin melihatmu mati,

Aku tak ingin melihatmu kekeringan,

Aku mahukan kumtummu mekar,

Aku mahukan tumbuhmu segar,

Aku mahukan wangimu mengharum,



Wahai bunga,

Tumbuhlah selamanya,

Kerana kau aku bernyawa,

Kerana kau hidupku berseri,

Kaulah bunga hatiku...

Abang Asyraff
Lembah Pantai

Sumber foto : chojoohyuunniieeseokyubi.wordpress.com

Surat Terbuka Kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Bin Jusoh

Surat Terbuka Kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Bin Jusoh

Ke hadapan Y.B. Datuk Seri Idris Bin Jusoh,

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah atas perlantikan Datuk Seri sebagai Menteri Pendidikan II pasca PRU 13. Saya juga mengucapkan terima kasih di atas kesudian Datuk Seri menjayakan Majlis Konvokesyen IPGM Kali Ketiga.

Datuk Seri, merujuk kepada petikan akhbar yang memetik kenyataan Datuk Seri bertarikh 28 Mei 2013, ada menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Awam (IPTA) bagi memastikan hanya pelatih berkualiti ditawarkan jawatan sebagai guru di sekolah.

Saya menyambut baik hasrat murni Datuk Seri dalam memartabatkan profesion perguruan di Malaysia. Sememangnya kualiti guru perlu dijaga dalam usaha Negara melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia selaras dengan hasrat murni falsafah pendidikan negara. Mari kita teliti petikan yang dikeutarakan oleh Nelson Mandela lewat kejayaannya memimpin perjuangan anti apartheid dan memacu pembangunan di Afrika Selatan. “Education is the most powerful weapon to change the world”- Nelson Mandela.

Datuk Seri, siswa guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan sekelompok pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang di dalam akademik sebelum diambil menjadi pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara. Malah, mereka perlu terlebih dahulu lulus ujian Inventory Sahsiah Keguruan (INSAK) dan temuduga yang diatur bagi menjamin kualiti bakal pelatih guru dalam memastikan mereka tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik bahkan turut bersahsiah mulia. Di Institut Pendidikan Guru, mereka ini dilatih secara khusus untuk berkhidmat sebagai guru di sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah vernakular diseluruh negara melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Di IPG, siswa guru ini telah didedahkan dengan dasar-dasar pendidikan negara samada yang terdahulu mahupun yang terkini. Terbaru, siswa guru diorientasikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pendedahan ini adalah bertujuan meningkatkan tahap kompetensi mereka sebagai bakal guru untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Ini membuktikan bahawa mereka sekurang-kurangnya setara dari segi ilmu jika dibandingkan dengan siswazah pendidikan di IPTA.

Sepanjang tempoh lima tahun setengah program PISMP ini mereka telah dilatih dan didedahkan dengan dasar pendidikan negara dan permasalahan di sekolah. Mereka menimba pengalaman dan pengetahuan secara ‘hands on’ di sekolah menerusi amalan professional yang diwajibkan oleh IPG seperti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship. Untuk makluman Datuk Seri, mereka menjalani semua peringkat amalan professional ini pada setiap semester dan bukannya bermusim seperti siswazah IPTA/IPTS.

Amalan Profesional adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan
praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima di dalam bilik kuliah ke situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah.

Seterusnya, pengalaman dan penglibatan guru Institut Pendidikan Guru adalah lebih baik dan aktif berbanding guru keluaran universiti di dalam bidang kokurikulum dan persatuan di sekolah hasil daripada pengalaman dan latihan yang diberi semasa menuntut di IPG. Mereka dilatih secara ‘hands on’ bagi menjadi pegawai-pegawai unit beruniform yang bertauliah dan mengendalikan program sukan dan rekreasi misalnya Kejohanan Olahraga Tahunan. Hal ini penting kerana tugas guru bukan hanya mengajar semata-mata di sekolah bahkan perlu mengendalikan aktiviti-aktiviti kokurikulum untuk pelajar.

Aspek disiplin dan sahsiah guru juga sentiasa dititikberatkan di IPG. Siswa guru IPG sentiasa dilatih dengan disiplin yang tinggi melalui peraturan pemakaian yang profesional, perhimpunan mingguan dan harian serta aktiviti penyuburan pembinaan karakter guru. Imej dan karakter guru yang diterapkan ke dalam diri siswa guru IPG sudah terbukti berkesan dalam melahirkan ramai guru yang cemerlang dari aspek akademik, disiplin tidak lupa juga sahsiah diri.

Datuk Seri, pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan IPG dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai penguasaam ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu mengaplikasikan segala yang dipelajari secara praktikal. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru.

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia kelima ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik. Menurut beliau lagi, penekanan menyeluruh haruslah diberi dari segi pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG telah dirancang untuk melahirkan modal insan berkualiti yang bergelar guru. Program ini mengandungi pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang bagi menerapkan insan guru secara menyeluruh dari semua aspek.

Seharusnya Bina Insan Guru menjadi elemen yang berkesan untuk memastikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

Saya sedar bahawa hasrat murni Datuk Seri itu benar dan penting selari dengan apa yang terdapat di dalam Pelan Strategik Interim Pendidikan KPM 2011-2020. Namun saya berharap agar wakil siswa guru IPG diberi peluang untuk terlibat di dalam sesi perbincangan dan proses membuat keputusan berkaitan dengan isu ini memandangkan mereka adalah pihak yang berkepentingan di dalam isu ini.

“SATU VISI SATU ASPIRASI”
“PELAJAR CEMERLANG, INSTITUT GEMILANG”

Yang Benar,
(MUHAMMAD SYAUQI BIN ZAMRY),
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.



Sumber : https://www.facebook.com/BeritaInstitutPendidikanGuru?directed_target_id=0

Puisi : Dataran Merdeka

Sumber foto : darisungaiderhaka.blogspot.com 

Tika siang aku hadir,
bersama cahaya yang melirik di langit kota,
dalam kerumunan berjuta manusia yang sedondon serona,
aku melangkah bersama,
langkahku bukan langkah kosong,
tapi langkahku adalah langkah untuk menuntut sebuat keadilan,
demi sistem provinsi yang lebih baik…


Tika malam pula aku hadir,
suasananya sunyi, gelap dan malap,
yang menyuluh hanyalah lampu-lampu jalan dan lampu bangunan seberang,
rasanya sungguh tenang dan nyaman,
udara bertiup lembut mengibarkan 14 panji-panji nusa yang berbaris menghias dataran,
tiba-tiba kedamaian itu diragut dan dirampas,
hati yang tadi tenang mulai bergoncang,
aku sungguh kecewa,
mengapa tempat bersejarah lagi bersignifikasi ini tercemar,
tercemar dengan tingkah anak muda yang melampaui batas,
bergaul bebas, berpegangan tangan dan ada antaranya berpeluk cium...


Saat itu aku bertanya,
mengapa tika aku hadir di siang hari dihalang?,
diletakkan duri, dilempar lakrimator dan disembur air berbisa,
sedangkan kehadiranku membawa tujuan yang murni,
dan mengapa tika malam aku hadir,
kerosakan generasi yang mencemar tanah bersejarah itu dibiar begitu sahaja?,
mengapa tidak diperlakukan seperti saat aku hadir disiang hari?


Wahai penguasa, wahai yang berkuasa dan wahai yang Maha Kuasa,
dengarlah rintihan hamba marhaen ini...
berilah kebebasan kepada kami,
berilah peluang kepada kami,
berilah keadilan kepada kami,
berilah ketelusan kepada kami,
dan berilah kemenangan kepada kami,
kerana kami sudah muak hidup sebegini,
dan kami ingin keluar dari kepompong,
serta ingin terbang bebas seperti rerama di Dataran Merdeka...


Abang Asyraff
Bukit Pantai, Kuala Lumpur

Sumber foto : www.theborneopost.com

Manuskrip ditolak? Perkara biasa bagi penulis, apa ada hal.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum pergi lebih jauh dan meleret-leret, apa hipotesis kalian tentang tajuk yang aku kemukakan di atas?

Baiklah, menjurus kepada fokus utama yang aku nak tulis, setiap penulis pastinya mempunyai hasrat, cita-cita, impian, angan-angan dan apa jua sekali pun kata-kata untuk menerangkan tentang keinginan memiliki sebuah buku atau karya sendiri. Begitu juga dengan aku, aku turut menanam impian untuk memiliki bukuku sendiri. Sebenarnya aku dah ada pun buku sendiri, #Normasia tajuknya. Tapi aku masih tak puas, aku mahukan buku solo; buku yang karya aku seorang sahaja ada di dalamnya. Jadinya aku pun tulislah satu cerita dalam bentuk novel. Lama jugalah masa yang aku ambil untuk siapkan manuskrip novel tu, dalam kurang lebih lapan bulan juga la. Novel tu aku beri nama Catatanku Sesudah Itu; aku siap design cover kot untuk novel ni. Lepas je siap manuskrip tu aku pun try lah cari penerbit; lebih kepada mencuba nasib sebenarnya.

Okay, ini sebenarnya isi penting cerita aku ni sebenarnya, yang perenggan atas tu mukadimmah je. Firstly aku hantar manuskrip tu ke Poket Press; sebuah rumah penerbitan Indie atau Alternatif. Lama juga lah aku tunggu respon dari Poket Press ni, dalam tiga ke empat hari jugalah. Nak tahu apa komen mereka tentang manuskrip aku tu?,*Alamak! Aku dah ter delete pulak emel tu*, humm... mereka kata kurang lebih macam ni lah :

Manuskrip bagus, jalan cerita menarik 
dan ada potensi untuk diterbitkan. 

Aku dah happy dah dengar apa yang mereka kata tu, tapi ada tapinya... nak tahu sambungan selepas tapi tu? Okay ini dia :

Tapi Poket Press tidak menerbitkan novel penuh, kami hanya menerbitkan karya yang bersifat novella; cerita yang 
jumlah patah perkataannya sekitar 18000 ke 22000 sahaja. 

Oleh sebab itu,  mengesyorkan kepada aku untuk mencuba nasib di rumah penerbitan yang lain yang lebih cenderung menerbitkan novel penuh seperti Merpati Jingga, Lejen Press, Terfaktab dan juga Dubook. So aku google lah pasal rumah-rumah penerbitan yang mereka cadangkan ni, dan aku decide hantar manuskrip tu ke Lejen Press. Haaaa.... kat Lejen Press ni lah aku kena banyak. Nak tahu apa Lejen-lejen ni kata? Okay aku printscreen jap.








Pedas kan? Pedas tak pedas, Haha. Tapi bagi aku semua ni adalah komen yang membangun, kalau mereka tak cakap macam ni, susahlah untuk aku nak improved kan. So apa ade hal?, jadi sekarang aku tengah nak repair manuskrip ni, nak repair? macam lain je bunyinya. Ya lah, aku sekarang ni tengah sibuk dengan manuskrip baharu iaitu #Marhaenis. Nanti bila #Marhaenis dah siap aku buat lah penambah baikan untuk #SesudahItu ni. Hihi.

Jadi inilah liku-liku yang aku hadapi sepanjang menceburi bidang ni. Okay, ni aku nak pesan sikit, kalau ada yang kena macam aku, buat relax dah ler. Setakat kena tolak ape ade hal. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Jangan putus asa dan teruskan berusaha.

Sekian. Wassalam.

Yang dah baca tu, jangan baca je, kliklah butang follow kat sebelah tu. Hihi

Antologi #Insan #PISMPAJanuari2013

Assalamualaikum.

Kali ini aku just nak bagi tahu yang aku baru siap menyunting karya-kayra rakan sekelasku; PISMP A Januari 2013. Oh ya, nak cerita sikit tentang kelas aku ni, kami merupakan satu-satunya kelas opsyen Bahasa Melayu untuk bacth Januari 2013. Jadinya, dengan beridentitikan Bahasa Melayu, kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan antologi Insan ini; idea asal daripada pensyarah matapelajaran Sintaksis kami iaitu Dr. Mashudi Bahari dan pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual iaitu Puan Sarimah Awang.

Antologi Insan menampilkan karya-karya yang bertemakan insan; itu sudah semestinya. Karya yang digarap dalam antologi ini mengetengahkan soal kehidupan, cinta, keazaman, pengalaman, dan bermacam lagilah yang berkaitan dengan keinsanan termasuklah soal agama.

Rencana untuk melancarkan buku Antologi ini adalah pada 6 atau 7 julai bersempena iFest; Festival Ekspresi Siswa Terulung anjuran IPG Kampus Bahasa Melayu. Jadi kalian doa-doakanlah buku ini akan mudah disiapkan; proses kod ISBN dan printing.

Jadi, ni aku nak release sikit cover dia. Nah... amek kau!


So, sekianlah buat kali ini, tak bolehlah nak bagi banyak sangat, nak tahu lagi, datanglah ke iFest; Festival Ekspresi Siswa Terulung pada 6 dan 7 julai nanti. 

CC: Sesiapa yang ingin membeli antologi #Normasia dan #Arjuni, bolehlah menempah daripada saya. 20RM untuk setiap buku (tambahan 5RM untuk kos penghantaran). Pembeli #Normasia bertuah akan mendapat tandatangan penulis. Cepat!  

Boleh contact aku di talian berikut untuk membeli :

Twitter :
Instagram : @abangasyraff
Facebook : Amir Asyraff
 
Atau daripada penulis-penulis yang lain seperti berikut (Akaun Twitter) :

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...