Apple Safari Browser untuk Windows 7

Assalamualaikum...

Kepada semua pembaca Blog Asyraff Benjamin ni, hari ini Asyraff nak berkongsi lagi kepada anda satu lagi perisian yang boleh meningkatkan prestasi komputer windows 7 anda. Perisian yang Asyraff nak kongsikan kali ini adalah pelayar web Apple Safari 3.2.7  untuk windows 7. Bagi pengguna Apple pastinya sudah sinonim dengan nama Safari ni. Safari merupakan default browser untuk semua komputer keluaran Apple. Disamping itu, Safari menjanjikan kelainan baik dari segi pandangan, kelajuan dan grafiknya. Safari merupakan sebuah browser pintar dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti berita, product update , Wikipedia dan Google Maps pada toolbar dan Rss feed . Dalam erti kata mudahnya, penggunaan Safari ini adalah lebih mudah berbanding enjin carian yang lain seperti Firefox, Chrome, ThunderBirds, SeaMonkey dan Internet Explorer kerana ia menjalinkan beberapa ciri dari pelayar web tersebut bersama - sama dengan ciri dari Apple.

Baiklah, berbalik kepada topik perkongsian tadi, Asyraff telah pun memuat naik Installer Apple Safari ini ke laman 4shared Asyraff dan anda boleh memuat turun untuk kegunaan komputer anda. ( Klik pada pautan di bawah untuk muat turun )


Baiklah, setelah anda muat turun installer tersebut, anda boleh memansangnya mengikut garis panduan yang seperti di bawah.

Langkah pertama adalah, double - click pada fail yang telah dimuat turun tadi untuk memulakan pemasangan.


Setelah anda membuka installer perisian ini, Proses pemasangan pun bermula dan akan muncul antarmuka selamat datang untuk memulakannya.


 Antarmuka selamat datang ini menyediakan sedikit maklumat mengenai perisian Apple Safari ini. Jika rajin bacalah. Seterusnya klik pada Next untuk ke langkah seterusnya.


Seperti setiap perisian, pasti ada licensed agreement kan, perisian ini pun ada. Jadi anda perlu terima untuk meneruskan pemasagan. Klik pada I accept the terms in the licensed agreement untuk setuju.


Seterusnya adalah muncul pula antarmuka untuk memilih lokasi pemasangan serta pemasangan dua add - ons lain bersama dengan Safari ini iaitu Bonjour dan kemas kini automatik untuk Safari dan produk - produk Apple. Setelah memilih lokasi pemasangan, klik pada Install untuk memulakan proses.


Proses pemasangan pun bermula. Tunggu hingga selesai. Setelah selesai klik pada Next untuk menamatkan proses pemasangan.


Proses pemasangan pun selesai. Klik pada Finish untuk keluar dari proses pemasangan. Pemasangan pun selesai dan anda boleh menikmati dan melayari internet menggunakan Safari ini. Di bawah merupakan gambaran bagaimana pelayar web Safari ini.


Baiklah, sekian perkongsian dari Asyraff buat kali ini. Semoga ia akan membantu anda untuk menikmati internet lebih pantas. Sekian. Selamat mencuba. *_^

Elaun Pertama 2012 : Nadi Baru Langkahku

Assalamualaikum...

Pagi - pagi lagi saya telah menerima lima mesej yang mengatakan elaun dah masuk...alangkah gembiranya dapat berita tersebut. Syukur ke hadrat ilahi kerana doa dan penantian selama ini akhirnya termakbul juga. Hmm... biasalah, bila dah dapat duit ni, macam - macam nak beli, tapi.... pesanan Encik Selva yang lebih diutamakan. Encik Selva pesan, " Kalau dapat elaun, berkorbanlah sedikit, beli satu kasut yang baik untuk kaki kamu supaya tak effect di masa hadapan. " Seperti yang telah dirancang, saya and the gang, Wyna, Khairul, Rashidah, Noradini dan Elmin pun pergi membeli kasut baru. Jam 12, kami pun memulakan perjalanan, pertama sekali pergi ke Campbell Complex. Jalan punya jalan, tak ada yang berkenan dihati dek kerana bajet yang tidak mengizinkan. Selepas tu, pergi pula ke Pertama Complex, cari - cari tapi tiada. Agak mengecewakan, akhirnya semua mengambil keputusan untuk ke Mid Valley Mega Mall. Kedai pertama yang di singgah ialah Studio R. Ada yang cantik dan berkenan di hati. Tapi... harga yang menjadi penghalang, seterusnya pergi pula ke butik Puma. Bila dah namanya butik, memang mahal lah. Jadi sekadar cuci mata di situ. Kemudiannya pergi ke Sportsland. Tengok - tengok, bajet atas pagar juga, tiga ratus plus plus. Tiba - tiba pergi ke sudut kids size , ada yang bawah dua ratus, tapi tak cukup saiz pula dengan saya. Mujur pula bagi Wyna, Noradini dan Rashidah. Kaki mereka cukup dengan saiz tersebut, jadi mereka bertiga dah dapat kasut mereka, jadi mereka pun belilah. Wyna dan Noradini beli Nike Free Run, manakala Rashidah warna merah. Nak dijadikan cerita, ada pula satu pepatah baru yang tercipta semasa membeli kasut tadi, nak tahu tak apa? hehe... "biar papa asal bergaya, orang kaya tak beli di Bata " . Ok, selesai cerita kasut mereka, masing - masing dah beli kan, jadi tinggal saya seorang saja lagi yang belum. Saya pun terus mencari. Akhirnya saya pergi ke Royal Sporting House dan saya bertemu dengan kasut yang berkenan dihati. Bak kata Khairul, " jangan kasih lama bah " jadi saya pun beli saja lah, lagipun kasut tu limited edition masa tu, cuma tinggal satu saja lagi kat kedai tu. Jadi itulah yang menjadi pilihan saya. Berbaloilah mengeluarkan suku ribu ringgit untuk kasut tersebut. (suku ribu tu.. walhal RM 250 je...) Akhirnya semua dah dapat kasut, tinggal Elmin yang belum. Katanya nak beli yang lebih mahal dari kasut Free Run +2 Khairul. Jadi, kita tunggu saja lah. Hmm... itu sajalah yang saya nak tulis, saja ja nak tulis, sebagai kenangan, nanti boleh baca balik bila dah tua. Hehe... Ok, sekian...

Nadi baru langkahku...

Nike Dual Fusion St 2

Kasut baruku...

Banyaknya kasut... rambang mata dibuatnya...

Banyak pilihan... pening - pening...

Masa membeli...

Tera Copy 2.27 : Menyalin Fail Dengan Pantas

Assalamualaikum...

Tera Copy 2.27


Tera Copy, mungkin anda pernah mendengar perkataan itu. Tapi tahukah anda apakah itu Tera Copy? Baiklah, di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang Tera Copy ini. Tera Copy merupakan sebuah perisian atau program yang direka khas untuk menyalin dan memindahkan ( cut & copy ) fail pada kelajuan maksimum sekali gus mengurangkan masa menunggu proses penyalinan fail. Tera Copy menggunakan dinamik yang diselaraskan dengan panampaan untuk mengurangkan tempoh masa penyalinan fail. Antara kelebihan Tera Copy ini adalah memendekkan masa  penyalinan fail. Tera Copy ini menggunakan penampaan dinamik untuk mengurangkan seek timer . Selain itu, Tera Copy ini juga membolehkan anda menghentikan ( pause ) dan meneruskan ( resume ) proses penyalinan fail. Dengan Tera Copy ini anda boleh menghentikan proses penyalinan pada bila - bila masa. Sebagai contoh, semasa anda menjalankan proses penyalinan, anda menghadapi masalah kekurangan kapasiti pemacu, jadi anda boleh pause untuk memadam fail lain untuk melengkapkan proses penyalinan anda. Seterusnya, dengan menggunakan Tera Copy ini, ia boleh membetulkan ralat ( error recovery ) semasa proses penyalinan. Disamping itu, Tera Copy juga boleh menyenaraikan fail interaktif. Tera Copy akan menunjukkan, pemindahan fail yang gagal dilaksanakan dan membolehkan anda membetulkan masalah tersebut dan menyalin semula hanya fail yang terdapat masalah padanya. Akhir sekali adalah Tera Copy mempunyai sokongan unicode penuh.

Baiklah, untuk memuat turun program Tera Copy ini anda boleh menekan pada ikon dibawah.

( klik untuk muat turun )

Seterusnya, setelah anda muat turun Installer , anda bolehlah memasang perisian ini ke komputer anda seperti biasa. 

Baiklah, ini pendapat Asyraff mengenai Tera Copy ini. Bagi Asyraff, program ini amat efisyen fungsinya dalam mempercepatkan proses penyalinan fail pada komputer. Bagi individu yang kaki download seperti Asyraff ni memang banyak melakukan penyalinan terhadap fail - fail sama ada pada komputer ataupun pada pemacu luaran. Mengikut pengalaman Asyraff yang telah menggunakan program ini selama 6 bulan, Tera Copy ini membantu menjimatkan kurang lebih 30% masa penyalinan berbanding dengan copy paste biasa yang terdapat pada OS Windows.

Di sini Asyraff sertakan sekali garis panduan pemasangan ( install ) Tera Copy pada komputer anda. Pertama sekali, double - click pada fail yang telah dimuat turun. Kemudiannya akan keluar antarmuka installer untuk program ini seperti di bawah :


Klik pada Next untuk meneruskan proses pemasangan. Seterusnya akan keluar licensed agreement untuk program ini. Anda perlu accept untuk meneruskan pemasangan program ini. 


Setelah anda accept the agreement , klik pada Next untuk ke langkah seterusnya.


Seterusnya, klik Next lagi untuk meneruskan pemasangan. Kemudiannya akan muncul lagi option untuk anda memilih lokasi folder untuk melakukan pemasangan. Sebagai contoh, seperti di bawah , C:\Program Files\TeraCopy.


Setelah memilih lokasi pemasangan yang anda kehendaki, klik Next. 


Kemudiannya, muncul pula option untuk menambah additional task kepada Tera Copy pada komputer anda. Anda boleh memilih sama ada mahu menggabung jalin Tera Copy anda dengan md5 files atau sfv files. Setelah selesai, klik Next dan proses pemasangan pun bermula.


Tunggu proses sehingga selesai. Setelah selesai, akan muncul pula informasi tentang pemasangan program ini seperti dalam rajah di bawah.


Berikut merupakan informasi penting pemasangan perisian ini. Saya mengesyorkan anda membaca untuk tujuan keselamatan. Setelah selesai membacanya, klik Next untuk menamatkan proses pemasangan.


Selesailah sudah proses pemasangan Tera Copy pada komputer anda. Akhir sekali klik pada Finish untuk keluar dari proses pemasangan tersebut. Semasa menamatkan pemasangan tersebut, anda boleh memilih untuk melancarkan Tera Copy terus sebaik sahaja tamat proses atau melancarkannya secara manual dan klik untuk mark pada launch Tera Copy.

Baiklah, Setelah selesai, anda bolehlah mengujinya dengan melakukan penyalinan fail di komputer anda. Selamat mencuba. Sekian *_^

Alienware Skin Pack untuk Windows 7

Assalamualaikum...

Kali ini Asyraff ingin berkongi lagi kepada anda satu lagi koleksi Skin pack yang Asyraff miliki. Baiklah, skin pack yang saya nak kongsikan kepada anda semua kali ini adalah Alienware skin pack ( for windows 7 only). Skin pack ini menyajikan rupa Alienware view untuk komputer windows 7 anda.

Baiklah, mari menjurus ke topik utama perkongsian ini. Untuk mendapatkan Alienware skin pack ini, anda boleh memuat turunnya di laman 4shared saya. Saya telah memuat naiknya dan anda boleh mendapatkannya secara percuma. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun.

http://www.4shared.com/file/JY6S5bio/Alienware_Skin_Pack_10-X86.html

Baiklah, setelah anda memuat turunnya, anda bolehlah install seperti biasa. 

Seterusnya, berikut adalah sedikit gambaran untuk Alienware skin pack yang telah Asyraff install di komputer Asyraff. 


Seterusnya, adalah garis panduan pemasangan skin pack ini. Pertama, double - click pada fail yang telah anda muat turun tadi dan akan muncul antarmuka installer untuk skin pack seperti berikut :


Untuk meneruskan pemasangan ini, klik pada next untuk ke langkah seterusnya. Seperti biasalah, setiap software mesti ada licensed agreement, anda perlu accept untuk meneruskan pemasangan. dan kemudiannya klik pada next seperti di bawah :


Setelah itu, akan muncul pula antarmuka untuk install package yang terdapat dalam skin pack ini. Antara tambahan gajet yang terdapat dalam skin pack ini adalah UXTheme Patch, Aura dan Object Dock. Anda boleh memilih sama ada untuk memasangnya sekali atau tidak dengan klik untuk mark pada add - ons tersebut seperti dalam rajah di bawah.


Kemudian klik Install dan proses pemasangan pun bermula. Tunggu proses pemasangan sehingga selesai.




Seterusnya, setelah selesai, klik pada Next untuk menamatkan pemasangan. Untuk menamatkan pemasangan ini, ada perlu restart komputer anda. (ataupun anda boleh memilih untuk restart kemudiannya.) Akhir sekali, klik Finish. 


Baiklah, setakat ini sajalah perkongsian saya buat kali ini. Selamat mencuba. 

# Hasil bergantung pada spesifikasi komputer anda. ( Rujuk processer dan graphic card )

Hore - Hore Bergembira : PPISMP 2A Jun 2011

Assalamualaikum...

Dalam tak sedar sudah pun tiga minggu pengajian semester 2 Asyraff di IPG Kampus Bahasa Melayu ini. Banyak ragam teman - teman yang telah saya kenali dan dalami. Semuanya sudah bagaikan satu keluarga, sudah saling mengenali. Namun memori itu tidak akan manis tanpa ingatan, jadi Asyraff persembahkan kepada warga PPISMP 2A khususnya, sebuah videografi sebagai tanda ingatan. Terimalah...


Sekian, ceritera PPISMP 2A.

Cermin : Sebuah Apresiasi Untuk Cikgu


Cermin...
Hadirmu berkilau bersinar
Memantul cahaya cerah berwarna
Sebagai penyuluh
Ke ruang gelap
Di sudut sepi sebuah kamar
Usang tak bercahaya

Namun,
Kehadiran cahaya pantulanmu
Menerangi setiap inci spera bumi
Menghapus gelap dan juga malap
Memberi kerdipan indah berseri
Sebagai penerang sebuah perjalanan

Cermin...
Itulah analogi apresiasi untuk cikgu
Sebagai gambaran keringatmu mendidik bangsa
Kau pantulkan ilmu yang kau miliki
Kepada generasi penerus legasi
Untuk membina masa muka yang diimpi
Bagi mencapai puncak tertinggi di muka bumi

Tanpa jemu kau terus memberi
Seperti cermin yang takkan berhenti
Memantulkan cahayanya kepada bumi
Itulah pekertimu yang aku kagumi

Oh cikgu...
Kalungan jasamu tak ku lupai
Bahkan bersemi cinta abadi
Kaulah penerang jalan gelap
Menuju puncak abadi sebuah kehidupan azali
Terima kasih cikgu...


Asyraff Benjamin
Institut Bahasa Melayu Malaysia

StartOrbz Studio : Tukar Butang "Start Menu"

Assalamualaikum...

Seperti biasa, Asyraff suka melakukan blogwalking sesuai hobi saya dan juga fitrah seorang guru suka meneroka sesuatu yang baru untuk mendapatkan satu ilmu yang baru. Semasa saya melakukan rutin blogging saya pagi tadi semasa di dalam kelas, Asyraff telah menemui satu perisian yang menarik iaitu StartOrbz Studio. Perisian ini merupakan sejenis arts software. Perisian ini adalah untuk menukar atau dalam Bahasa Inggerisnya costumize start menu button. Baiklah, mari kita menjurus kepada fokus utama entri ini.

Fokus entri ini adalah untuk berkongsikan perisian ini dan berkongsi bagaimana penggunaan perisian ini.

Pertama sekali, anda boleh memuat turun perisian ini yang telah saya muat naik ke laman 4shared saya. Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun StartOrbz Studio.


Seterusnya, kita beralih kepada cara penggunaan dan cara menukar start menu button komputer anda mengikut imej yang anda kehendaki. Langkah pertama adalah, buka fail perisian yang telah dimuat turun. Setelah anda membuka perisian tersebut, akan keluar antarmuka seperti berikut :


Seterusnya, untuk menukar atau memilih imej yang anda kehendaki untuk dijadikan start menu button anda. Sedikit peringatan disini, imej yang digunakan perlulah dalam format PNG. Anda boleh mendapatkan dan memuat turun imej - imej PNG ini di Google atau mana - mana search engine yang anda gunakan. Jika anda mahir menggunakan Photoshop, anda boleh membuat sendiri imej yang anda kehendaki dan save dalam format PNG. Berbalik kepada fokus utama, setelah membuka perisian tersebut, klik pada Create New Start Orb. 

Creat New Start Orb 

Setelah anda menekan pada Creat New Start Orb, akan muncul antarmuka untuk memilih imej yang anda kehendaki untuk dijadikan start menu button. 


Untuk memilih imej, klik pula pada ikon yang berbentuk folder pada antarmuka tersebut. 


Setelah itu, anda bolehlah memilih imej yang anda ingini untuk dijadikan start menu button seperti dibawah.


Pilih imej yang anda suka dan klik pada open. kemudiannya akan muncul pula antarmuka untuk costumize imej tersebut dan klik yes untuk proceed.


Kemudiannya, anda perlu adjust imej tersebut untuk mendapatkan hasil yang cantik dan memuaskan. Anda boleh meletakkan shadow, bevel, glow, adjust opacity dan emboss imej tersebut ini akan menjadikan start menu button anda lebih menarik.  Untuk melakukan klik sahaja pada kategori seperti dalam rajah di bawah.


Baiklah, setelah berpuas hati dengan pemilihan dan rupa bentuk start menu button anda, berikan nama kepada design yang anda hasilkan pada ruangan tittle di bahagian atas antarmuka perisian.


Setelah memberi nama tersebut, save imej yang telah anda buat tadi seperti dalam rajah di bawah ini.


Setelah save, hanya tinggal satu langkah sahaja lagi untuk menukarkan start menu button anda iaitu apply imej yang telah dipilih tadi, untuk apply imej ini mudah sahaja, cuma klik pada apply pada imej yang anda pilih.

Setelah apply, anda akan mendapat hasilnya seperti berikut :


Baiklah, asyraff telah selesai menukarkan start menu button komputer Asyraff kepada logo Harimau Malaya. Cantik kan? hehe... baiklah, sekian perkongsian dari saya, selamat mencuba semua. 

 

Windows 7 Boot Updater

Assalamualaikum...

Baiklah, tanpa berkias lagi, saya ingin berkongsi kepada anda satu perisian untuk menjadikan komputer Windows 7 anda lebih menarik dan lain dari yang lain. Perisian yang saya maksudkan adalah Windows 7 Boot Updater . Perisian ini membolehkan anda memilih sendiri boot image yang anda kehendaki sendiri untuk komputer anda. Sebagai contoh, saya telah mengubah atau customize boot image komputer saya kepada Mac OS.


inilah boot image komputer saya yang telah diubah.

Sedikit penerangan mengenai boot image . Boot image adalah antarmuka yang mula - mula sekali terpapar sebaik sahaja anda menghidupkan komputer anda. 

Baiklah, mari kita menjurus kepada cara penggunaan perisian ini. Pertama nya anda perlulah memuat turun perisian ini. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun. 

http://www.4shared.com/file/1aWCmxbJ/Win7BootUpdater.html

Setelah selesai memuat turun fail tersebut, buka fail seperti biasa dan akan muncul antarmuka seperti dibawah : 


Setelah membuka perisian ini, anda bebas memilih apakah boot image yang anda kehendaki. Namun demikian, ada dua pilihan untuk kita memilih fail untuk dijadikan boot image ini. Pertama adalah static image dan kemudiannya animation . Anda boleh memilih option ini dengan klik pada Animation pada perisian tersebut. Di situlah anda boleh memilih boot image yang anda kehendaki.





Setelah itu, bolehlah anda memilih boot image mengikut kehendak anda. Jika anda menggunakan static image , anda perlulah menggunakan gambar yang berformat PNG. Hal ini kerana, kebiasaannya PNG image mempunyai backgroud yang transparent. Jadi, background ini takkan menjejaskan rupa boot image anda.
boot image yang tidak cantik, dek kerana background image yang digunakan tidak transparent.

Seterusnya, untuk option yang kedua iaitu animation . Tidak dinafikan, penggunaan animation ini menjanjikan hasil yang lebih cantik dan kemas. Namun demikian, penghasilannya agak sedikit rumit kerana anda perlu memuat turun terlebih dahulu fail animation tersebut. Disini saya ingin berkongsikan kepada anda beberapa koleksi boot image untuk Windows 7 bermula dari yang klasik hinggalah yang terbaharu. Antaranya adalah : 


Baiklah, setelah anda memuat turun boot image animation ini, anda perlulah extract fail tersebut kerana ia dalam format RAR. Setelah di extract, jadi bolehlah anda memilih image tersebut melalui option animation yang terdapat pada perisian tersebut dan lihatlah hasilnya. 

Baiklah, sekian perkongsian dari saya, selamat mencuba. *_^

Amjal Punya Cerita

Assalamualaikum...

Restoran Amjal, sebuah restoran yang amat sinonim dengan penduduk dan mahasiswa sekitar kawasan Lembah Pantai. Mana tidaknya, berkerumun Institut Pengajian Tinggi di sekitar Lembah Pantai ni, Bermula dari Universiti Malaya, seterusnya IPG Kampus Bahasa Melayu, kemudiannya IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan di hujung sekali Universiti Islam Antarabangsa. Berderet susunannya. Memang jadi serbuanlah restoran ini tatkala hujung minggu menjelang dek kerana kafeteria atau kantin IPT masing - masing tak beroperasi.

Begitu juga dengan kami, memang Amjal yang menjadi pilihan untuk menjamu selera. Makanan kat situ boleh tahan juga lah sedapnya. Terdapat tiga rangkaian restoran yang menyajikan hidangan di sekitar Amjal ini dan yang menjadi pilihan kami adalah restoran yang di sebelah kiri sekali. Nasi ayam kat situ sedap, harga pun berpatutan kerana menyediakan harga student package, jadi dapatlah murah sikit berbanding dengan orang biasa, al - maklumlah kita hidup bergantung dengan elaun dari Kementerian Pelajaran, mana cukup kalau nak makan mewah - mewah kan. Jadi penyelesaiannya adalah makan makanan student package la.

Restoran Amjal , Lembah Pantai , Kuala Lumpur

Haha... sekarang ni nak kongsikan pula gambar - gambar kami di Amjal. Bak kata Yuna, Setiap gambar ada cerita, jadi inilah cerita kami. :)

 Lapar ke Dini? tengah tunggu pesanan sampai...

Wyna Kehausan...

 
 Sue pula ketagih kamera... kenyang kena gambar...

 Siapa yang punya ni??? licin je...

 Masa ni Lee Chong Wei baru menang lawan Chen Long, jadi semua excited tengok TV

 mesej boyfriend la tu...

 kekenyangan sesudah makan

 Panorama indah menara TM

 Di hadapan IPG Kampus Bahasa Melayu, perjalan balik dari Amjal

 Nak buat DP katanya... apa entah DP tu, saya pun tak tahu..

Posing lah konon....

Itulah sekian cerita kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...