Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Hari ini tanggal 1 Januari, lembaran baru pun bermula. 2012... satu nombor yang cantik, sebab ada dua nombor 2 kat situ... hehe, hmm... keluar topik lah pula, baiklah...bukan nak cerita pasal nombor tu, tapi nak cerita tentang ceritera kepulangan saya ke Kuala Lumpur hari ini.*TU PUN NAK CERITA KE???


1 Januari, awal kot saya balik? Tapi apa boleh buatlah, dah beli tiket pada tarikh ni, tiket kapal terbang bukan senang nak tukar macam tiket bas, kalau senang, saya nak lah juga tukar ke hari esok, esok ramailah juga teman yang balik. Tambahan pula tiket harga dia berapi lah... balik ni saja pun dah hampir 300 ringgit... duit elaun bulan Disember memang tak puas makan. Semuanya pergi ke tiket. Tapi tak apa, anggaplah itu sebagai pengorbanan untuk menuntut ilmu. Nanti dah posting lumayan pulangannya. Bukan setakat makan duit 430 ringgit seperti elaun masa PPISMP ni, tapi beribu... haha,kejap... kenapa saya melalut pasal duit pula ni? Hmm...kembali ke fokus utama...

Perjalanan saya hari ini adalah pada jam 1020 pagi dengan pesawat Air Asia AK 5191 dan insyaAllah akan sampai di Kuala Lumpur pada jam 1215 tengah hari nanti. Doakan keselamatan perjalanan saya ya.

Hehe... saya dah boarding sekarang ni, tinggal nak pergi airport saja lagi, saya guna web check - in . 
Hmm.. nak tahu cara web check - in??? Baiklah nanti Asyraff akan buat tutorial ya. Jadi bolehlah jimat duit check - in kawan - kawan. 10 ringgit tu...macam - macam boleh beli...hehe..*KEDEKUT JUGA ASYRAFF NI...

Alang - alang dah cerita tentang flight ni, Asyraff nak promosikanlah juga business Asyraff, kat Institut Bahasa, Asyraff ada buka perkhidmatan menempah tiket penerbangan, dan Asyraff kenakan caj sebanyak 5 ringgit. Sesama kawan, tu la bagi 5 ringgit... haha...baiklah, kalau ada nak tempah tiket bolehlah hubungi saya. 

Ok lah, sampai disini sajalah ya, saya nak bersiap... penerbangan 10.20 pagi ni, bye ... jumpa di Kuala Lumpur *_^

Penafian

Segala isi kandungan yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik peribadi termasuk hasil karya, pendapat dan gambar. Sebarang pengambilan bahan dalam blog ini perlulah dimaklumkan terlebih dahulu atau diletakkan sumber rujukan. Penulisan dalan blog ini juga hanya menggunakan bahasa yang santai dan kadang kala terdapat penggunaan bahasa pasar dan percampuran bahasa.

Saya tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
 

©Abang Asyraff. 2010

Pengertian Sumber Sejarah

Assalamualaikum...

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, pelbagai peristiwa pahit manis yang kita lalui, namun sedarkah kita bahawa setiap apa yang telah berlaku adalah sejarah. Seperti yang kita faham, setiap peristiwa yang telah berlaku adalah sejarah. Setiap kita memiliki sejarah hidup kita yang tersendiri. Begitu juga dengan negara kita ini. Malaysia mempunyai sejarahnya tersendiri. Bermula dari detik Parameswara membuka kota Melaka sehinggalah ke tampuk pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak ini. Semuanya adalah sejarah, banyak peristiwa pahit manis yang telah kita tempuhi bersama. Namun fokus utama interpretasi ini bukanlah mengenai sejarah negara mahupun sejarah hidup saya. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Pengertian Sumber Sejarah. Saya ingin memetik kata - kata tokoh sejarawan ulung iaitu George Santayana dalam karyanya The Life Of Reason. Volume 1 :1905 yang mengatakan bahawa, "Those who cannot remember the pass are condemned to repeat it". Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya, jadi adalah menjadi kepentingan kita untuk mempelajarinya. Baiklah, marilah kita menjurus ke arah fokus utama penulisan ini.


Menurut Muhd. Yusuf Ibrahim, apa yang dimaksudkan dengan sumber adalah, sesuatu yang mungkin atau boleh mendatangkan idea mahupun lahiran pemikiran kepada penulisan dan juga teori pemikiran. Dalam erti kata yang lebih mudahnya, sumber merupakan suatu bahan rujukan untuk menghasilkan penulisan atau sebelum mengemukan teori.
             
Istilah sumber sejarah juga sering didefinisikan sebagai “punca”, “dokumen”, atau “rekod”.  Menurut kamus Enggeris Oxford, sumber diertikan sebagai, sebuah karya yang menyediakan maklumat atau bukti yang berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau perkara. Menurut Kamus Dewan pula sumber sejarah merupakan keterangan atau bukti yang bertulis mahupun bercetak iaitu seperti surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti misalnya surat beranak,surat nikah dan surat perjanjian. Sumber sejarah dapat dibahagi kepada tiga bentuk, iaitu Sumber Lisan (Oral), Sumber Tertulis (Dokumen) dan Sumber Benda (Artifak).
             
Sumber merupakan kumpulan bahan yang tersimpan di tempat simpanan yang khusus seperti arkib, muzium, perpustakaan, pejabat rekod, istana, galeri mahupun rumah individu perseorangan  yang ada menyimpan bahan-bahan sejarah seperti artifak lama dan dokumen – dokumen lama.
             
Dalam pada itu, sumber juga boleh diertikan  sebagai bahan rujukan dan panduan bagi kegunaan bidang penyelidikan ilmiah. Bagi sejarawan, mereka memerlukan suatu sumber yang berkaitan dan saling berhubung kait dengan bidang mereka. Dalam bidang sejarah, sumber terbahagi kepada dua, yakni sumber primer dan sumber sekunder. Antara jenis sumber ini adalah sumber lisan yang diperolehi dari temubual terhadap individu yang terlibat dalam sesuatu perisitwa sejarah. Seterusnya adalah artifak serta tinggalan zaman silam.

Inilah sedikit sebanyak pengertian sumber sejarah yang saya dapat kongsikan kepada anda. Semoga ia memberi pengetahuan dan membantu anda mengenali sejarah. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan, ilmu saya tidaklah setinggi mana, ini hanyalah sebahagian kecil ilmu sejarah yang ada dalam dunia ini. Sekian sahaja perkongsian dari saya. Terima kasih = ="

Bibliografi :

Muhd. Yusof Ibrahim (2000). Ilmu Sejarah Falsafah,Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sejarah Seni Teater Melayu

Assalamualaikum...

Sejarah Seni Teater Melayu...Tajuk macam ilmiah sikit kan, maklumlah ada melibatkan perkataan sejarah kan, jika ada sejarah,mesti ada fakta. Tapi usahlah bimbang, saya bukan nak mengajar sejarah di sini. Ini cuma sekadar perkongsian bersama. Bak kata Hang Tuah, "takkan hilang Melayu di dunia" , jadi adalah baiknya saya berkongsi sedikit mengenai kebudayaan kita iaitu seni teater dalam masyarakat kita. Sebenarnya ini adalah  tugasan atau assignment saya untuk matapelajaran Kemahiran Belajar (KB) pada semester 1 yang lepas di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Saya memilih tajuk ini kerana saya amat meminati bidang ini. Pendek kata, saya suka berlakonlah... sejak dari bangku sekolah lagi saya telah berjinak - jinak dalam bidang ini. Berbalik kepada fokus utama kita, adalah lebih baik saya mulakan perkongsian ini dengan memberikan sedikit pendahuluan.


Perkataan Teater dikatakan berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani purba iaitu theatron yang membawa maksud tempat duduk penonton atau stage. Perkataan drama pula dikatakan berasal dari perkataan dran yang bermaksud aksi atau lakonan. Manakala persembahan teater pula dipercayai berasal dari upacara yang berkembang menjadi natya dengan memasukkan beberapa unsur lain seperti nyanyian, tarian dan lakonan dalam upacara tersebut.
            
Mesir, Yunani dan India merupakan tempat terawal bermulanya sejarah teater dunia. Kemunculan teater berkait rapat dengan struktur kehidupan masyrakat setempat di Mesir, Yunani dan India. Sebagai contoh, upacara persembahan Dewata Dionysus di Greece lama-kelamaannya bertukar menjadi pesta drama. Begitu juga dengan upacara nrtta di India yang mengandungi unsur tarian, seterusnya berubah menjadi drama apabila dimasukkan gerak bebas yang membentuk aksi berlambang.
           
Seni teater merupakan suatu karya seni yang rumit dan kompleks, sehinggakan seni ini dijolok dengan istilah collective art atau synthetic art. Teater merupakan gabungan daripada pelbagai cabang seni seperti tarian, lakonan, nyanyian dan sedikit unsur lawak. Dalam pada itu, seni teater juga menggabungkan unsur-unsur audio, visual, dan kinestetik (gerak) yang meliputi bunyi, suara, muzik, gerak, bahasa badan serta seni rupa.

Seni teater merupakan suatu gabungan seni yang dicipta oleh penulis, sutradara, penata artistik, krew teknikal, dan seterusnya untuk diproduksikan. Sebagai seni kolektif, seni teater perlu dilakukan dengan penuh kerjasama supaya semuanya berjalan serentak dan seirama serta memerlukan harmonisasi dari keseluruhan krew kumpulan.

Baiklah, begitulah sedikit pengenalan tentang teater ini. Kita teruskan dengan kandungan utama entri ni iaitu Sejarah Seni Teater Melayu di Malaysia . 

Teater Melayu berkembang dalam empat generasi. Generasi pertama dalam teater Melayu adalah bangsawan, seterusnya diikuti oleh sandiwara, kemudiannya raelisme dan akhir sekali adalah taeter Melayu kontemporari. Setiap generasi ini mempunyai ciri yang berbeza-beza. Namun demikian, teater bangsawan merupakan titik tolak kepada penghapusan unsur ritual dan keagamaan dalam persembahan teater sebaliknya hanya menampilkan unsur hiburan semata-mata. Pementasan mula berkonsepkan komersial serta menuntut aspek pengurusan seperti iklan, gaji sewa dan promosi. Permulaan teater generasi pertama ini adalah zaman peralihan teater tradisional kepada teater moden.


Generasi pertama – Teater bangsawan
            
Teater bangsawan di tanah Melayu bermula pada tahun 1870-an. Sebuah rombongan seni drama dari India yang yang dikenali dengan nama Rombongan Wayang Parsi atau Mendu telah datang menunjukkan persembahan mereka di Pulau Pinang pada ketika itu. Setiap persembahan yang mereka lakukan sentiasa mendapat sambutan hangat oleh penduduk setempat.
             
Selain Pulau Pinang, Melaka dan Singapura juga turut menjadi tempat pengembangan budaya lantaran lokasi Melaka dan Singapura yang stratergik sebagai tempat persinggahan pedagang asing. Selain berdagang, mereka juga telah membawa perubahan sosial di Melaka dan Singapura dengan memperkenalkan kebudayaan mereka. Teater merupakan satu hiburan pedagang-pedagang yang menjadi aspirasi penduduk tempatan untuk mewujudkan satu bentuk hiburan yang serupa.
           
Perkataan baangsawan dalam istilah melayu berasal dari dua perkataan iaitu perkataan ‘Bangsa’ dan ‘Wan’. ‘Bangsa’ bermaksud berkumpulan atau segolongan manusia yang sudah bersatu sebagai satu kumpulan tertentu. ‘Wan’ pula ialah gelaran untuk orang kenamaan seperti raja-raja dan kerabatnya. Ini merujuk kepada persembahan untuk golongan atasan serta bersifat istimewa dan eksklusif. Namun demikian, setelah diaplikasikan keistimewaan bangsawan ini,ia menjadi bentuk hiburan yang diminati dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Teater bangsawan juga turut bertembung dengan pengaruh drama Barat, terutamanya cerita-cerita yang dikarang oleh Shakespeare yang kemudiannya diterap dalam drama bangsawan menjadikan drama bangsawan menjadi  lebih menarik. Hal ini telah menyebabkan munculnya istilah opera  dalam seni teater melayu.
             
Tahun 1915 dianggap sebagai zaman kemasyuran teater bangsawan Melayu. Pengaruh opera Barat adalah selari dengan penjajahan Barat di Timur serta kesedaran tentang pendidikan dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, pengertian opera dalam seni teater Melayu adalah berbeza dengan pengertian opera Barat yang bererti pertunjukkan yang semata-mata dalam bentuk nyanyian. Sebaliknya, opera Melayu atau teater Melayu banyak disulami dengan lagu-lagu sedih dan gembira tetapi dialog masih penting serta lagu-lagu hanyalah sebagai selingan dalam penceritaan dalam teater melayu.
             
Bangsawan juga mula menggunakan alat muzik moden seperti piano, biola dan alat-alat muzik lain sebagai muzik iringan yang mengiringi lagu yang dinyanyikan oleh pelakon dalam sesuatu pementasan.
           
Menjelang tahun 1930-an ,bidang perfileman telah memberi saingan hebat kepada persembahan teater bangsawan di Tanah Melayu. Ramai pelakon bangsawan dipelawa untuk membintangi filem dengan tawaran yang lebih lumayan. Dalam pada itu, pendudukan tentera Jepun juga merupakan penyebab kepada kemerosotan teater bangsawan pada penghujung 1930-an.

Selain itu, terdapat juga faktor dalaman yang membawa kepada kemerosotan teater bangsawan di Tanah Melayu. Antaranya ialah persembahan bangsawan itu sendiri yang terlalu bergantung dengan pelakon utama bangsawan itu sendiri. Hal ini kerana penonton lebih memandang kepada kecantikan dan suara pelakon utama yang membintangi sesebuah bangsawan itu. Jalan cerita, mutu lakonan, bakat dan nilai estetika persembahan tidak begitu menjadi tumpuan penonton. Oleh itu, hanya bangsawan yang dibintangi oleh pelakon yang mempunyai pakej tersebut menjadi pujaan dan tontonan ramai.



Generasi kedua – Sandiwara

Teater sandiwara mula bertapak di tanah air hasil daripada pengaruh perkembangan drama yang dibawa masuk dari luar negara. Kedatangan teater sandiwara ke Tanah Melayu berkait rapat dengan kedatangan kumpulan Miss Ribut sekitar tahun 1930-an. Kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan sandiwara yang berpengaruh di Indonesia.
             
Kemunculan sandiwara di Tanah Melayu juga adalah kesan daripada arus pemodenan drama barat. Cerita yang paling popular pada ketika itu adalah drama nukilan Shakespeare. Pendedahan karya dan teknik pementasan Barat turut memberi pengaruh kepada perkembangan drama sandiwara.
             

Selain itu, Maktab Perguruan Sultan Idris yang merupakan satu-satunya pusat pengajian tinggi orang Melayu turut memainkan peranan penting dalam merancakkan suasana drama di Tanah Melayu. Za’ba (Zainal Abidin bin Ahmad) yang bertugas di maktab berkanaan turut memainkan peranan yang besar. Beliau mengambil berat akan perkembangan drama tanah air. Abdul Rahman Napiah menyimpulkan catatan  Za’ba sebagai induk kesusasteraan melayu dan kemudiannya mengemukakan teori sejatan atau saduran sekitar tahun 1924 hingga 1936. Antara drama yang disadur dari drama tulisan Shakespeare ialah The Black Mask yang dipersembahkan di Tanah Melayu dengan nama Topeng Hitam dengan menggunakan bahasa Melayu. 

Generasi ketiga – Realisme
             
Drama Malaysia mula menerima pengaruh realistik terutamanyaoleh arus yang dibawa oleh perkembangan drama di Indonesia. Pengaruh ini muncul selari dengan unsur perbandaran di Eropah sekitar abad ke-19. Ini ditambah lagi dengan kepesatan pendidikan dan seterusnya banyak melahirkan penulis-penulis elit yang mempelopori seni teater di Eropah.
             
Sebelum kemunculan teater realisik, seni teater Eropah ikuasai oleh lakonan yang bergaya iaitu unsur melebih-lebihkan gerakan badan, emosi serta peristiwa yang ajaib semasa pementasan. Ciri ini dikenali sebagai melodrama.
             
Kemunculan ilmu saintifik seperti sosiologi, antropologi dan psikologi turut membawa perubahan terhadap persepsi dan gaya penghasilan drama. Tafsiran dan pembaharuan mula dibuat dan drama dijadikan sebagai lambang kehidupan yang nyata. Pada ketika itulah drama realistik mula menguasai drama di dunia iaitu sekitar tahun 1920-an.
             
Di Malaysia, teater ini merupakan tahap kedua dalam arus pembaharuan seni teater Melayu. Bentuk teater ini menjadi asas sama seperti pada zaman teater sandiwara juga. Ciri-ciri asas ini adalah seperti sebuah pementasan yang mengambil masa antara satu hingga tiga jam. Konsep bersiri atau berepisod seperti drama bangsawan tidak lagi wujud.
             
Dialog juga memainakan peranan penting dalam menimbulkan unsur dramatic serta sebagai penggerak cerita. Penulis biasanya menggunakan bahasa mudah, bahasa pertuturan harian dengan tujuan untuk memudahkan audiens memahami watak serta jalan cerita sebuah pementasan. Bahasa dan puisi tidak lagi digunakan , sebaliknya terdapat sedikit bahasa simbolik yang tidak terlalu abstrak dan tidak begittu personal. Drama aliran realisme umumnya memaparkan mesej yang serius.

Generasi keempat – Teater Kontemporari
             
Teater ini juga dikenali sebagai teater experimental yang bermula pada tahun 1970-an. Perkembangan teater ini merujuk kepada keinginan dan kecenderungan penulis-penulis muda meneroka imaginasi, menjelajahi bentuk teater barat, mencipta sesuatu yang baru dan mencari sumber budaya asli.
             
Teater kontemporari mengutarakan beberapa ciri teater lama yang diubahsuai kepada bentuk baharu. Pengaruh teater kontemporari Melayu sebenarnya adalah pengaruh perkembangan teater kontemporari Barat yang sedang menular ke negara-negara timur.
             
Drama seharusnya membentuk plot yang mempunyai awalan, pertengahan dan pengakhirannya. Suatu situasi cerita dikembangkan oleh aksi tertentu dan situasi yang dirasakan benar-benar perlu sahaja.
             
Watak yang ditonjolkan dalam drama kontemporari tidak berkembang seperti struktur cerita realisme. Situasi ini menyebabkan konsep heroism seolah-olah terhapus. Peranan watak utama menjadi samar-samar  seperti dalam drama realisme sebelumnya.
             
Dialog dalam drama kontemporari adalah bersifat asumi. Sifat ini mengelirukan dan bertujuan untuk menerangkan peranan watak atau situasi dalam sesebuah cerita. Dialog ini merupakan permainan kata-kata, berunsurkan lirik, lebih puitis, dan bicara unik yang dikombinasikan dengan gaya prosa formal. Hal ini telah melahirkan satu stail baharu.

Hmm, itulah sedikit sebanyak perkongsian dari saya. Semoga ia membantu dan memberi pengetahuan kepada anda semua. Ingatlah kata pepatah, "biar mati anak, jangan mati anak" . Peliharalah kebudayaan dan kesenian kita ini. Kalau bukan kita, siapa lagi? *_^

Bibliografi :

Kamaluddin Abd. Rahman. (2007). Teater Melayu Suatu Risalah Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Apa Itu Torrent

Assalamualaikum...



Torrent File...pasti anda pernah mendengat ataupun terpandang perkataan ini kan? Perkataan Torrent File ini biasanya muncul apabila anda menjalankan aktiviti memuat turun fail seperti mp3 dan video. Baiklah, kita menjurus kepada definisi Torrent File ini, Torrent adalah sebuah protokol untuk pemindahan fail. Perkara yang memerlukan anda untuk memuat turun fail ini adalah jika anda menggunakan aplikasi Bit Torrent Client pada komputer anda. Dengan adanya Bit Torrent ini, kita boleh berkongsi dan memuat turun segala bentuk fail yang kita kehendaki tak apa pun format fail tersebut. Dalam erti kata mudahnya, Torrent adalah sebuah perisian yang membolehkan kita menghantar dan menerima fail dengan cepat dan pantas berdasar perkongsian bersama. Pada masa sekarang terdapat banyak laman web perkongsian bersama telah wujud. Antara laman - laman ini adalah seperti www.4shared.com dan www.mediafire.com . Di laman ini kita boleh memuat naik fail untuk dikongsikan bersama serta boleh memuat turun fail yang dikongsikan oleh orang lain. Inilah prisip Torrent File yang sebenarnya. Secara analoginya, Saya ada satu buku yang muka suratnya 100 muka surat. 10 orang rakan pula ingin menyalinnya secara serentak dalam satu masa. Jadi, saya akan bahagikan 100 muka surat tersebut kepada 10 bahagian dan dibahagikan kepada 10 orang tadi dan mereka akan menyalinnya. Setelah mereka selesai menyalin bahagian masing - masing, mereka akan bergilir menyalin bahagian yang belum mereka salin sehingga selesai 100 muka surat tersebut. Jadi saya boleh tinggalkan buku tersebut sehingga mereka menyalin 100 muka surat lengkap. Samalah seperti fail yang dikongsikan di internet, fail itu akan akan dibahagikan kepada pieces dan akan dihantar kepada setiap leecher yang berlainan. Tracker akan menyimpan track siapa yang ada pieces tersebut dan siapa yang belum mendapat pieces akan menunggu sehingga pieces itu lengkap menjadi satu fail.

Seterusnya, saya ingin kongsikan sekali istilah - istilah yang terdapat dalam Torrent ni.

1. Seeder - pengguna (user) , orang yang mempunyai fail lengkap dalam komputernya. Mungkin seorang uploader tetapi tidak semestinya seorang uploader.


2. Uploader - individu yang memuat naik fail ke laman perkongsian. Kebiasaanya uploader ini akan menjadi seeder utama.

3. Leecher - individu yang tidak memiliki fail lengkap / individu yang memuat turun fail dari seeder.


4. Tracker - Engine / script yang menyimpan track mereka yang memiliki seed , leech dan pieces yang ada.

Anda boleh memuat turun Bit Torrent ini untuk menggunakan kelebihan yang ditawarkan oleh protokol yang disediakan oleh Bit Torrent di http://www.utorrent.com .





Sekian perkongsian dari saya. Semoga ia membantu.


Berjaya Daftar Tonton.com.my

Assalamualaikum...

Tonton.com.my...mesti anda pernah dengar mengenai laman web ini kan? tonton.com.my ni adalah sebuah laman web yang membolehkan kita menonton drama - drama yang ditayangkan di rangkaian televisyen terbitan Media Prima seperti Tv3, Ntv7, 8tv dan Tv9.



Saya berasa amat gembira kerana telah berjaya mendaftar atau kata Orang Putehnya sign Up ke laman web ini. Mana tak nya, dengan adanya akaun pada laman ini, bolehlah saya meneruskan tabiat saya semasa cuti ini iaitu layan drama di Tv3. Sepanjang cuti ni, hampir semua drama yang dimainkan di Tv3 saya ikuti, Bermula dari isnin sampailah ahad, memang dramalah yang menjadi penghibur. Antara drama yang saya tak lepas tengok adalah Tentang Dhia, Bunga April, Vanilla Coklat, Dingin Lavenda, Santau Merasuk, Cerekarama, pendek kata semua drama lah saya layan.Tv3 memang jadi kegemaran sayalah cuti ni. Cerita gempak - gempak belaka. Jadi beratlah rasanya nak tinggalkan semua ni bila dah balik cuti ni. Nasib baiklah ada laman Tonton.com.my ni sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah saya ni.

Huhu, bila dah daftar ni, Asyraff rasa seronok sangat, tak risau lagi nak cari masa nak tengok drama - drama ni, tak kisah lah sibuk ke tak, boleh saja untuk saya tonton drama - drama ni.

Hmm..sekian ceritera saya tentang Tonton.com.my ni, kepada rakan - rakan IPG Kampus Bahasa Melayu yang kaki drama, bolehlah berkunjung ke bilik saya nombor 507 untuk tonton drama Tv3 di asrama nanti, free.... *_^

Dah Tak Lama

Assalamuailaikum...

Hari berganti hari, kalendar kian menghampiri bulan Januari tahun 2012, cuti pun hampir sampai ke penghujungnya, semester dua juga semakin hampir dalamku meniti pengajian untuk menjadi seorang guru. 1 haribulan ni, saya akan terbang semula kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian saya disana. Sebulan lebih bercuti cukup membosankan bagiku, terasa minda ini tak berkembang, tiada pengisian yang saya dapati sepanjang cuti ini, hanyalah sekadar pengisian jiwa melalui kuthbah Jumaat yang saya hadiri saban minggu.

Hati mula tak sabar untuk kembali kesana, namun perasaan bercampur baur pula, rasa berat untukku meninggalkan keluarga tersayang, tapi saya tetap berpegang kepada
 kata - kata hikmat, "perjuangan harus diteruskan " saya harus menempuh dugaan ini demi mencapai cita - cita murni sebagai pendidik bangsa.

Ok, tinggalkan bicara sedih, sebagai guru mestilah kuat semangat, tak siapa tahu dimana kita ditempatkan selepas tamat pengjian nanti, jadi anggaplah ini sebagai satu penyesuaian diri. ^_^

Memandangkan cuti kian melabuhkan tirainya, saya dah mula membuat persiapan untuk balik ke Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu . Saya dah mula packing barang - barang , pakaian dan semua keperluan untuk dibawa balik nanti, dan yang paling penting adalah kayu hoki saya. haha...*macamlah penting sangat binatang tu.

barang yang paling penting nak bawa balik

pakaianku...satu beg je,banyak yang tinggal kat stor IPG hari tu,

Hmm...tahun depan dah semester 2,eeehhhh...bukan tahun depan, minggu depan lah...semakin jauh pengajianku, umur pun meningkat, dah 19 tahun...huhu, fasa kematangan bakal menjelma, semoga saya tabah menghadapi dugaan hidup dan akan menjadi lebih dewasa.

Sekian entri ini. Bye... Jumpa di Kuala Lumpur *_^

Ubuntu Skin Pack 8.0 Untuk Windows 7

Assalamualaikum...

Kali ini Asyraff nak berkongsi lagi kepada anda mengenai Skin Pack for Windows 7. Skin Pack membolehkan kita melakukan transformasi kepada komputer kita. Sebagai contoh, komputer Asyraff sekarang menggunakan Windows 7 Ultimate, namun demikian, dengan adanya skin pack ini, Asyraff boleh mengubah atau dalam Bahasa Inggerisnya costumize komputer anda kepada versi lain selain Windows 7 Ultimate. Asyraff boleh memilih berbagai rupa yang Asyraff inginkan seperti Os Mac, Anroid, Linux dan Ubuntu ini sendiri. Berbalik kepada fokus utama iaitu mengenai Ubuntu. Ubuntu seperti yang kita tahu adalah sebuah sistem operasi lengkap berasaskan Linux. Ubuntu ini samalah seperti Windows 7 juga, ia merupakan ibu perisian kepada komputer.

Kita tinggalkan cerita Ubuntu, dan mulakan bicara ke arah mendapatkan Ubuntu Skin Pack untuk Windows 7 anda. Asyraff telah memuat naik perisian pemasangan ( installer ) ini ke akaun 4shared Asyraff dan anda bolehlah memuat turun installer ini sendiri. Fail yang Asyraff muat naik ini telah Asyraff unzip dan anda boleh melakukan installation terus ke komputer anda. Caranya sama sahaja seperti cara install perisian - perisian lain.

www.4shared.com

Ok, saya ingin konsikan serba sedikit gambaran Ubuntu Skin Pack ini yang telah dipasang pada komputer saya.

Antarmuka yang lebih menarik. Bercirikan transparent dan ikon folder yang menarik.

Ikon folder

Ikon pautan yang telah diubahsuai

Header antarmuka yang bercirikan transparent

Desktop dan taskbar gaya Ubuntu

Hmm..itulah serba sedikit, untuk mengetahui lebih lanjut,  cubalah sendir dan anda akan berpuas hati dengannya. Selamat mencuba ^_^ . Sekian Perkongsian dari Asyraff 

Juga cuba :   Angry birds Skin Pack 1.0
          Windows 8 Skin Pack 4.0
                    ( Klik untuk muat turun )

Angry Birds Skin Pack Untuk Windows 7

Assalamualaikum...

Angry Birds... pasti anda pernah mendengar nama itu kan??? Emm... trend Angry Birds ini amat popular pada masa sekarang, dimana - mana saja, pasti kita akan menjumpai simbol - simbol atau ikon yang berkait dengannya. Hal ini menjadi kegilaan ramai sehingga membentuk satu fenomena. Fenomena ini telah menular dalam kalangan anak muda remaja dan juga kanak - kanak. Akibatnya, ia akan menyebabkan obses pada perkara tersebut. Ini akan mempengaruhi semua perkara terutamanya barang - barangan harian seperti beg, gelas, jam, selipar, baju dan banyak lagi. Bagi fenomena Angry Birds ini, telah wujud pelbagai barangan yang bertemakannya. Bermula dari baju,seterusnya selipar, mug , selipar,cadar tilam, kertas dinding, casing telefon bimbit, patung - patung, key - chain dan banyak lagi. Fenomena ini juga turut melanda alam maya dan elektronik. Telah wujud banyak benda yang bertemakan Angry Birds ini di alam maya. Antaranya, wallpaper untuk komputer dan telefon, theme telefon bimbit, game , cursor , gadget, widget dan turut tidak ketinggalan adalah templat untuk blogger ini sendiri. Kembali kepada tajuk utama entri ini, sebenarnya hari ini saya ingin berkongsi kepada anda Installer untuk Angry Birds Skin Pack for Windows 7 . Installer ini terdapat dalam 2 versi iaitu, untuk 32 bit dan 64 bit. Anda boleh memilih yang mana mengikut kesesuaian pada komputer anda. Dibawah adalah pautan untuk memuat turun Installer ini. Fail untuk installer ini adalah dalam bentuk zip file. Anda memerlukan WinZip atau WinRar untuk extract fail tersebut ke bentuk folder biasa. Jika tiada, muat turun juga Winzip atau Winrar tersebut pada pautan di bawah.




Inilah perkongsian dari Asyraff. Kepada peminat Angry Birds di luar sana, bolehlah mencuba skin pack ini. Asyraff dah mencuba dan hasilnya memuaskan. 

Seterusnya, Asyraff nak kongsikan cara nak extract file installer ni dan cara install skin pack ni. Firstly, double - click pada fail yang telah dimuat turun tadi. Selepas anda klik, akan muncul antarmuka perisian WinZip atau WinRar anda.


setelah muncul antarmuka ini, klik pada extract to seperti yang ditunjukkan oleh anak panah di atas. Seterusnya, akan muncul pula extracting path and option untuk extract fail tersebut.


Pada antarmuka extracting path and option tersebut, anda perlu klik pada display files in explorer untuk mendapatkan kandungan folder yang di extract tadi dan klik ok. Setelah selesai proses extract tersebut, fail tersebut akan menjadi seperti di bawah :


Inilah fail yang telah anda extract tadi, sesudah itu, double - click pada fail tersebut untuk memulakan installation


Seterusnya, klik next, dan akan muncul licensed greement untuk installer ni,


Klik pada I accept the terms of licensed Agreement...


Setelah anda klik agree pada licensed agreement, klik next ,


Seterusnya, akan muncul satu gadjet tambahan iaitu toolbar untuk facebook & Messenger bagi kegunaan google chrome. Ini terpulang kepada anda untuk install sekali bersama skin pack ni atau tidak. Jika mahu install sekali, klik pada 2 kotak yang terdapat pada antarmuka tersebut dan kemudian klik next intuk meneruskan installation.


Seterusnya akan keluar antarmuka terakhir sebelum proses installation bermula. Untuk memulakannya klik install dan proses installation pun bermula.





Proses installation pun berjalan. Tunggu sehingga installation selesai. Setelah selesai,klik pada next untuk menamatkan installation.


Installation pun selesai. Klik reboot now untuk restrat komputer anda serta merta atau klik I want to manually reboot later untuk restart komputer anda secara manual. Hasil installation hanya akan dapat dilihat setelah anda restart komputer anda. Dan inilah hasilnya...


Saya telah mencuba, dan hasilnya memang memuaskan. Angry Birds Skin Pack ini memberi wajah yang ceria kepada komputer saya. Anda ingin menyaksikannya sendiri? Cubalah...Sekian perkongsian dari saya...

Anda juga boleh mencuba Windows 8 skin pack 1.0 untuk mewujudkan wajah yang lebih canggih kepada komputer anda. Klik pautan di bawah untuk muat turun Windows 8 skin pack 1.0

Terhangat di Pasaran

Assalamualaikum...

Terhangat Di Pasaran... rasanya sesuailah kot tajuk ni untuk entri ni...hehe :)
hmm, hari ini... pagi - pagi lagi saya telah mendapat satu panggilan, nombor home line , bukan nombor telefon mudah alih, huh... berbelah bagi pula nak angkat, sebab tak tahu pun siapa yang call , tapi tiba - tiba rasa nak angkat pula, jadi saya pun tekan button hijau kat telefon saya. Nak tahu apa yang berlaku? Okey , lets see...(betul ke bahasa Inggeris aku ni?maklumlah, dah biasa tulis BM )

Hmm...panggilan tu sebenarnya adalah dari kolej PTPL kampus Sarawak, mereka nak tawarkan saya pengajian di sana. Mak ai!!! haha...dah tu pula, dalam bidang kejururawatan pula tu...dalam hati saya berkata, "aku nak jadi nurse ke???alamak..sorry to say la...mati pesakit aku kerjakan nanti" haha... saya pun menjawab dan memohon maaflah kepada mereka kerana terpaksa menolak tawaran tu. (terpaksa ke? haha...memang nak tolak pun, agakla...dah baik - baik masuk maktab nak jadi nurse pula ke?) Jadi sesuailah saya namakan entri ini sebagai Terhangat Di Pasaran kerana telah setahun saya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia, namun masih ada lagi pusat pengajian yang ingin menawarkan saya tempat. ( perasan la ko ni Asyraff !!! )

"Alang - alang menyeluk perkasam , biarlah sampai ke pangkal lengan " alang - alang dah cerita tentang tawaran pengajian ni, adalah baiknya saya berkongsi kepada anda mengenai tawaran yang pernah saya terima.

Pertama sekali, tawaran yang mula - mula sekali saya terima adalah tawaran ke Program Asasi dalam bidang Pendidikan awal kanak - kanak (open market) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) . Tawaran ini saya dapat semasa saya masih di tingkatan lima lagi di Sekolah Menengah Vokasional Matang . Tapi saya tolak tawaran  tersebut kerana, SPM pun saya belum lagi masa tu, tambahan pula, setelah mendapat nasihat daripada kaunselor sekolah yang mengatakan kepada kursus open market tidak menjamin pekerjaan di masa hadapan. Ia bergantung kepada kekosongan. Jadi saya tak ambil kisahlah tentang tawaran ini. Saya teruskan juga belajar untuk SPM.

Itu cerita tawaran yang saya dapat sebelum SPM, sekarang nak cerita tentang tawaran selepas SPM pula. Memang berlambaklah tawaran yang saya dapat, tak kira dari IPTA atau IPTS . Saban  hari ada saja surat yang dialamatkan kepada saya sampai ke rumah. Memang payahlah saya nak memilih. Akhirnya saya pilih Institut Pendidikan Guru , maklumlah...cita - cita saya memang nak jadi cikgu.

Okey , berbalik pada cerita tawaran selepas SPM tadi, kalau tak silap kiraan saya, ada dalam berbelas tawaran yang saya dapat. Emm...ok lah, pertamanya, saya dapat tawaran di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dalam bidang kejuruteraan. Dulu masa kat sekolah, saya ambil jurusan Automotif yang menjurus kepada bidang kejuruteraan mekanikal. Mungkin sebab tu lah saya ditawarkan kursus tersebut. Seterusnya, dapat tawaran untuk menjalani kursus penerbangan untuk jadi Juru terbang di Transair academy . Tapi tolaklah, yuran tinggi sangat, 18 ribu tu . Ishh, susahlah nak cerita satu - satu. Baiklah, saya cerita ikut bidang lah.  firstly bidang Kejuruteraan. Dalam bidang ni saya dapat tawaran. Tawaran yang saya dapat adalah di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu, seterusnya UiTM Kampus Samarahan, Universiti Malaysia Pahang, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) terengganu, Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU) , Universiti Teknologi Malaysia,Kolej Komuniti. Seterusnya pula dalam bidang perniagaan, saya ada dua tawaran. Tapi dari IPTS lah, pertamanya di Institut Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) dan kolej PolytechMara. Memang saya tolak teruslah kalau bidang perniagaan. Memang tak minat langsung. Bidang yang terakhir saya dapat tawaran adalah bidang Kejururawatan. Hahaha...memang saya ketawa bila memikirkan bagaimana boleh dapat tawaran jadi nurse ni...tawaran dalam nursing ni saya dapat dari Masterskill , Segi College, Kolej PTPL (PTPL ni dah tiga kali  offer saya), Kolej Laila Taib, Ita College.

Memang banyaklah tawaran yang saya dapat. Tapi semuanya saya tolak dan surat - suratnya semua ke tong sampah. Cuma satulah tawaran yang saya hampir terima iaitu tawaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di UiTM. Tapi nasib baiklah saya dapat tawaran Institu Pendidikan Guru. Jadi saya terima tawaran IPG dan sedang meniti pengajian di IPG Kampus Bahasa Melayu dalam program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pengkhususan Bahasa Melayu.

Setakat inilah sahaja rasanya yang saya nak kongsi hari ni. Hehe... tajuk entri bukan main gah lagi, tapi itu sekadar tajuk. Tak hangat pun di pasaran, perasan hangat ada lah.Haha.. Ok lah... Sekian...

Pemegang Rekod Ujian 2.4 PPISMP semester 1 IPGKBM 2011 Kembali Berlatih

Khamis, 22 disember - Pemegang rekod ujian 2.4 untuk PPISMP semester 1 IPG Kampus Bahasa Melayu, Asyraff Benjamin telah kembali menjalani latihan kecergasan....hahaha...apa yang saya melalut jadi pembaca berita ni??? Haha...berangan sikit kali ni,

Assalamualaikum...

Emm...dikala cuti kian menghampiri penghujungnya, hanya tinggal tak sampai pun 2 minggu saja lagi, saya merasakan, badan dah mendapat rehat yang secukupnya... jadi saya pun dah mula menjalani latihan kecergasan untuk mengembalikan stamina dan kecergasan yang mungkin telah hilang sepanjang 4 minggu cuti telah berlalu. Tambahan pula, awal semester ni akan ada pre test untuk matapelajaran PJK...jadi kena sedialah dari sekarang, bak kata pepatah, " sediakan payung sebelum hujan " jadi tepatlah masa sekarang ni saya manfaatkan untuk berlatih...emm, tapi, semasa saya jogging petang tadi, saya rasa stamina saya masih maintain . Tak semput pun (nada berlagak)...2 pusingan taman perumahan saya buat petang tadi, esok mungkin 3 kot..maklumlah...mempraktikan prinsip tambah beban seperti yang disarankan oleh pensyarah PJK.
Dalam pada itu, elemen kelenturan, kekuatan dan ketahanan juga perlu diambil kira... saya turut menjalani latihan - latihan tersebut namun dalam intensiti yang rendahlah...restart balik lah katakan...mestilah mulakan dengan sedikit demi sedikit barulah ada unsur ansur maju seperti dalam pelajaran PJK yang saya pelajari di Institut Bahasa. Bercerita pasal PJK dan ujian amalinya, saya bertekad untuk memperbaiki markah saya, dan seterusnya mempertahankan rekod 2.4 yang saya pegang sekarang ini.




kenangan PJ semester 1 - Pendidikan Pergerakan

Ok lah... setakat ni sajalah rasanya yang saya nak kongsi...
PJK oh PJK...nasib saya minat,kalau tak minat,memang fail lah subjek ni...
 Sekian..

PMR 2011... legasi diteruskan, Tahniah buat Aina Khairiyah

Assalamualaikum...

Hari ini keputusan PMR 2011 telah diumumkan...tiba -tiba kepala saya terlintas sesuatu..."siapa keluarga aku yang duduk PMR tahun nie eyk??? " Saya pun teringatlah kepada sepupu saya iaitu Aina Khairiyah , memandangkan telefon tak ada kredit, saya terus pergi kedai untuk top up , saja - saja nak tanya dia pasal keputusan PMR dia...hehe,

                                           Aina Khairiyah

Dah top up , saya pun call dia... tapi, cari - cari nombor telefon, tak ada pula dalam telefon saya, jadi... call nombor rumah dia saja lah...

On call : tut...tut...tut...tut... (call waiting)
              Hello....(suara budak kecik)..capa tok?? (atikah adik die yang jawab)
              Abang amey tok...ney mak kitak ne?? (bunyi kaki beredar kedengaran)
              Hello...sapa tok?? (suara tua sikit bertanya - Aina )
              Amey tok, apa oleh kau tek??
               owh...5 jak...(aku senyum).. haha, ok la, 5a, seri la kita, sik pat juak ko lawan aku..
              Haha..yla...
              Emm..tahniah lah...
              Mak seh...(aku pun tutup call)


Lepas tu, saya pun bagitahu kat mak saya, mak saya kata, " bagus olehnya...nang pande - pande keluarga kita tok " haha..mak saya puji di... lepas tu, saya kata...antara kami cucu - cucu nek wan, Saya , Aina dan Afifah yang ada hebat - hebat result . Emm...legasi kecemerlangan diteruskan.

By the way, tahniah buat Aina Khairiyah yang berjaya dapat 5A dalam PMR. Semoga akan berterusan untuk SPM dua tahun akan datang.

Sekian...kalungan tahniah dari saya...



Slack , Jeans dan Khakis

Assalamualaikum...

Hari ni saya ingin berbicara tentang fesyen. Jadi sesuailah saya melabelkan entri ini sebagai fesyen. Fokus utama adalah tentang seluar, jadi saya meletakkan tajuknya Slack , Jeans dan Khakis . Biarpun fokus entri ini berkisar tentang fesyen, tapi saya tidaklah begitu arif tentang semua ini. Cuma saya selalulah membaca majalah Maskulin. Jadi ada juga serba sedikit pengetahuan tentang fesyen ni. Bagi saya, fesyen ni terpulang kepada diri sendiri, ikut keselesaan dan kesesuaian. Keselesaan ini terbahagi kepada dua, keselesaan kita sendiri dan juga keselesaan persekitaran. Keselesaan persekitaran adalah keselesaan orang sekililing melihat gaya pemakaian kita. Hal ini bersangkut paut dengan kesesuaian juga. Kesesuaian disini adalah seperti, kesesuaian tempat, masa, acara, dan juga orang sekeliling. Jika kita ingin menghadiri sesuatu acara rasmi, kita perlulah berpakaian mengikut etika peradaban seperti menggunakan kemeja, tali leher dan seluar slack. Paling tidak pun, kita bolehlah menggunakan baju - T berkolar ( Baju Polo ).

Pemakaian Formal mengikut etika peradaban 

Baju - T berkolar yang sesuai untuk acara rasmi

Berbalik kepada tajuk utama entri ini, saya ingin bermula dengan slack ...

Seluar slack 

Kebiasaannya, seluar ini digunakan untuk situasi formal seperti ke pejabat, majlis formal, makan malam dan bekerja. Begitu juga bagi saya, sebagai seorang guru, kita perlu tampil kemas dan bergaya supaya menjadi ikutan kepada anak - anak murid. Pemakaian seluar ini perlulah dikenakan dengan baju kemeja untuk tampak lebih bergaya. Warna juga memainkan peranan dalam penggunaan seluar ini. Hitam adalah pilihan terbaik bagi lelaki kerana tampak kemas dan bergaya. Bak kata Rain dalam iklan syampu clear, "hitam nampak kemas" . Namun demikian  ada dalam kalangan lelaki yang menyukai warna - warna lain seperti kelabu atau coklat. Hal ini bergantung kepada citarasa tersendiri. Dalam simpanan saya pula ada 4, 2 bentop dan 2 crocodile .

Ok...seterusnya, seluar khakis... seluar ini adalah hasil inovasi pereka - pereka fesyen suatu ketika dahulu. Potongan seluar ini hampir sama dengan sesetengah seluar slack. Namun fabrik yang digunakan untuk khakis adalah berbeza dengan slack. Kebiasaannya, khakis dibuat dengan menggunakan kain kapas yang lebih tebal berbanding seluar slack . Saya pasti, ada antara anda yang merasakan seluar slack itu ringan dek kerana fabriknya. Bagi saya, saya lebih memilih untuk memakai khakis jika dibandingkan dengan slack , hal ini kerana, khakis tampak lebih ranggi untuk individu yang masih dalam kategori remaja. Perkara ini adalah disebabkan potongan khakis yang lebih fit kepada kaki kita. Citarasa saya lebih memilih untuk memakai seluar yang sedang - sedang. Tidak terlalu fit seperti skinny jeans dan tudak juga terlalu besar seperti slack yang berada di pasaran. Jenama khakis yang menjadi pilihan saya adalah docker dan pazze .
seluar khakis

Akhir sekali adalah jeans... dalam bab jeans ini mungkin tidak banyak yang saya dapat perkatakan kerana saya bukanlah peminat jeans kerana saya lebih suka akan khakis. Namun adalah serba sedikit yang ingin saya perkatakan tentang jeans ini, kita lihat pada masa sekarang, blue jeans tidaklah seberapa popular seperti dulu ataupun seperti di zaman cowboy dahulu, kini jeans hitam lebih menjadi pilihan kerana trend yang digunakan oleh artis -artis. Dalam pada itu, menurut pemerhatian saya, jeans cutting 501 tetap menjadi pilihan ramai kerana rekaan nya yang sesuai dikenakan walau dengan apa sekali pun baju yang digunakan . Ia nampak kemas dan maskulin. Saya pun adalah sedikit bibit - bibit minat terhadap cutting 501 ini. Tapi...kuranglah...haha, emm...dalam simpanan saya, saya cuma ada 3 jeans saja, 2 blue jeans (satu levis , satu bum )dan 1 black jeans (jenama Louis) .\

seluar jeans

Sekian cerita seluar ni, penat juga nak mengarang ni, heehee... Anda bagaimana pula? Sekian...




20 Disember...Kenangan Abadi Persekolahan

Assalamualaikum...

Hari ini 20 Disember 2011, saya terdetik untuk menulis sesuatu pada detik ini kerana tarikh 20 disember ini memberi makna yang cukup mendalam bagi saya. 20 disember 2010 merupakan penamat zaman persekolahan saya selepas 11 tahun. 20 disember tahun lepas merupakan hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kini setahun telah berlalu saya meninggalkan sekolah. Sekolah Menengah Vokasional Matang (VOKMAT) merupakan sekolah terakhirku sebelum menamatkan persekolahan. Disini banyak memori tercipta. Berbagai suka duka saya tempuhi dan harungi. Bak kata pepatah "tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain" . VOKMAT menyimpan 1001 satu cerita saya bersama teman - teman khususnya teman seasrama yang begitu akrab sesama kami. Boleh dikata keseluruhan hidup saya adalah bersama mereka selama berada di asrama. Begitu juga dengan rakan sekelas. Kami ibarat satu keluarga.

Alang - alang dah buat entri ni, lebih baik saya kongsikan suka duka zaman persekolahan saya di VOKMAT.

Pertamanya, saya nak cerita tentang suka...perkara suka memang terlalu banyak saya lalui. Memang sayu rasa hati bila mengenangkan kembali rakan - rakan yang telah tidak bersama lagi. Namun satu kegembiraan bagi saya kerana semua rakan sekelas saya berjaya menyambung pelajaran. Ada yang ke Universiti, ada yang ke Institut Pendidikan Guru, ada yang ke Kolej Kesihatan Bersekutu, ada yang ke Politeknik dan paling kurang pun ke tingkatan enam. Terus terang, saya rindu kepada mereka semua. Suatu hari saya berharap dapat mengadakan reunion bersama mereka.

Inilah Rakan Sekelas saya semasa di tingkatan 5 [5auto2]

kenangan bersama Cikgu Bernedette 

yang ni, barisan pengawas kelas 5auto2

rakan - rakan yang saya rindui selalu...

ala - ala gangster la konon....

ni balik dari kelas Guru Sayang Pelajar..kira kelas tambahan la untuk spm

baca buku sebelum exam..tapi sempat juga bergambar

aktiviti wajib malam hari di asrama

gelagat teman - teman ku di asrama

Mordiah...teman yang selalu saya berkongsi cerita

masa wakil sekolah ke kejohanan olahraga MSSM 

MSSM Kuching 

Banyak lagi gambar yang menginterpretasi kenangan kami bersama...tapi, saja lah yang saya upload , kalau nak lagi...tengok lah sendiri kat link di bawah ni. Kepada kawan - kawan Auto...gambar kita, saya masih simpan...sebagai kenangan, kalau ada masa, tengoklah kembali kenangan kita, untuk mengimbau kenangan persahabatan kita...

Album Abadi Gambar - Gambar kita (Klik untuk tengok)


Ewm,pasal duka...nak cerita atau tidak??? Cerita saja lah...tapi yang memberi makna sajalah yang saya cerita. Pertama adalah, bergaduh dengan Dzulnur Wajdi pasal perempuan. Dah tu kena warning senior. Maklumlah, saya dulu Ketua Pengawas, ramai budak nakal yang anti saya. Yang paling malang bagi saya adalah telefon saya kena rampas pada malam terakhir sebelum cuti hari Raya Aidilfitri oleh Cikgu Sekeran. Memang putih matalah balik kampung tanpa telafon.

Sekianlah cerita zaman persekolahan saya. Nak tulis panjang - panjang tak guna, benda dah berlalu, biarlah foto yang menjadi pembingkai masa untuk kami mengimbau kembali kenangan bersama. Akhir kata, saya rindu anda semua. Teruslah berhubung sesama kita di Spanar Keras Community(Auto Pun) , AUTO A.K.A. CLASS SEKERAN , Auto Team , Thechasis Community , dan Alumni Vokmat 2009/2010.

Sekian. Coretan kenangan Abadi Asyraff Benjamin Untuk teman - teman. Medytany , Amirul Asyraff , Zamree , Mohd Syukri Kadir , Farizan , Mohd Hasif , Dehl Affie , Mohd Azizi , Dzulnur Wajdi , Ahmad Zuhaili , Iewison Banci , Rahmat , Mike Anderson , Pennymore , Mohd Syukri Ramli , Ronald  dan Chew Ping Ping





Selamat Datang 2646 Guru Sandaran Tidak Terlatih Ke IPGM 2012

Assalamualaikum...

Memetik dari Buletin Utama 19 Disember 2012, saya tertarik kepada pengumuman dari Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Dr Wee Kah Siong berhubung 7079 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang bakal ditempatkan mengikuti latihan perguruan dan seterusnya akan mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan sebahagiannya akan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Hal ini berikutan mereka akan ditempatkan di dua pusat pengajian iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Tujuan saya menulis entri ini adalah sekadar untuk mengucapkan SELAMAT DATANG kepada 2646 orang GSTT yang bakal menyertai IPGM pada 2012. Kepada GSTT yang bakal ditempatkan ke IPG KAMPUS BAHASA MELAYUSELAMAT DATANG  saya ucapkan dan selamat menjadi warga Institut Bahasa.

Sekian. Sekadan alu - aluan dari Asyraff. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...