Tentang Saya

Abang Asyraff.



Seorang anak jati Bumi Kenyalang yang berkelana di Ibu Negara. Dilahirkan di sebuah daerah kecil dalam Bahagian Kedua Negeri Sarawak pada 28 April 1993 atau dalam tahun binatangnya disebut sebagai tahun ayam. Merupakan hero sulung daripada empat hero dan heroin dalam kerabatnya. Memilih Pengajian Melayu sebagai laluan akedemiknya dan kini sedang menuntut dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Melayu, Persuratan Melayu dan Pendidikan Jasmani) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPG KBM); dahulunya dikenali sebagai Institut Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Bakat menulis mulai dikesan semasa di bangku sekolah lagi apabila beberapa hasil tulisannya dimuatkan di dalam Majalah Sekolah saban tahun dan kini mulai bergiat dalam arena penulisan alternatif negara. Antara karya atau hasil penulisannya adalah cerpen Kritik yang diterbitkan oleh Biji Press di dalam Antologi Normasia serta beberapa puisinya yang diterbitkan dalam Antologi Runtuhnya Empayar Cinta terbitan IPG KBM, Antologi Insan terbitan IPG KBM dan juga Antologi Pelacur Kata terbitan Press Aku.


Sekian, Salam perkenalan. 


Jangan lupa follow blog ini dan juga talian-talian berikut :

Twitter :
Instagram : @abangasyraff
Facebook : Amir Asyraff

2 comments:

  1. blog yg menarik, semoga sudi menjadi sahabat kami : http://baturakithomestay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. dont forget to activate the adsense, thank me later!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...