Pasar Malam Kerinchi

Assalamualaikum...
Seperti kebiasaan pada petang jumaat,budak-budak Institut Bahasa selalunya akan menjenguk ke Pasar Malam Kerinchi dek kerana ingin menukar selera yang seminggunya disaji dengan masakan Mak Cik kafe dan kantin. Pasar Malam Kerinchi menyajikan lebih banyak pilihan makanan.Tambahan pula,makanan di situ memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat kerana menjual pelbagai jenis makanan yang terdapat di seluruh pelosok tanah air seperti, Nasi Lemak,Nasi Dagang,Nasi Kukus,Nasi Ayam,Nasi Kerabu,Sate,Chickenchop,Kek,Cucur dan banyak lagi lah.Pada petang tadi,saya dan kawan-kawan pun mengambil kesempatan untuk pergi ke Pasar Malam Kerinchi untuk mencari juadah menjamu selera di sana.Kami masing-masing mencari makanan mengikut selera sendiri.Yang paling menang membeli adalah Izzati,bermacam lauk dia beli,macam nak makan setahun.Hehe,Bak kata Noradini,Muka orang kebulur.Hehe..Masa makan pula memang seronok,seperti biasa gurau senda menjadi selingan semasa makan.Macam-macam lah cerita yang keluar hinggakan formula sejarah pun menjadi bahan ketawa..."Terkesima" perkataan yang mengundang gelakan yang gemuruh...Huhu,hanya kami yang tahu makna perkataan itu.Huhu...memang seronok lah kawan-kawan saya ni,...SAYA SAYANG KAMU SEMUA!!

kenangan di Pasar Malam Kerinchi

gelagat semasa membeli makanan

Wyna memilih ayam

"yang mana saya nak beli ni???kecik lah ayam dia.."

sempat lagi nak posing...

ngeee...

GELAGAT SEMASA MAKAN





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...