Kenangan Semester Satu Di Institut Bahasa

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik rupanya dah habis pengajian semester satuku di Institut Bahasa Melayu,Kuala Lumpur.Sekarang hanya tinggal untuk menghadapi peperiksaan dan untuk mendaftar ke semester kedua Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Waktu begitu cepat berlalu,biarpun hari-hariku di Institut Bahasa dihiasi rutin yang sama setiap hari,pergi kelas balik kelas,buat assignment,bermain,bergurau senda dengan rakan-rakan,namun banyak memori indah telah tercipta...bermacam ragam rakan-rakan telah ku lalui bersama selama kurang lebih enam bulan disini.Kenangan yang paling indah sekali adalah kami dapat hidup harmoni dalam satu komuniti iaitu PPISMP 1A.Biarpun sekali sekala tu ada lah seorang dua yang merajuk.Namun sikap saling memaafi yang kami terapkan amat menjaga keharmonian perhubungan kami.Antara kenangan yang telah kami lalui bersama adalah berbuka puasa bersama-sama,membuat persembahan human graphic semasa hari kemerdekaan yang ke 54,beraya di rumah abah Dr. Sabri,jalan-jalan di KLCC,Petrosains,Alamanda,Mid Valley,Pertama Complex,Masjid Jamek,Sungei Wang Plaza,Bukit Bintang,Lowyatt,Times Square,KL Central dan Amcorp Mall.

KENANGAN JALAN - JALAN BERSAMA RAKAN

Di sekitar taman KLCC

Di taman KLCC

Menunggu Tren di KL Central

Di KLCC

Kenangan Di Petrosains

Petrosains

KLCC

Makan bersama di KFC KLCC

Makan bersama di McDonald Mid Valley

Wyna dah kenyang

Membeli belah di Carrefour Mid Valley

Makan Donut di Dunkin Donut Mid Valley

Kenangan di hadapan Times Square

Ewm,tu cerita jalan-jalan,sekarang cerita pasal aktiviti yang kami adakan bersama sama pada semester ini.Antara aktiviti yang kami langsungkan adalah,Trip ke Rumah Abah,Majlis Berbuka 1A,Majlis Makan Malam Perdana Institut Bahasa,Birthday Stanly dan Persembahan Kemerdekaan Di Dataran Merdeka pada 16 September 2011.Aktiviti ini menjadi kenangan indah bagi kami,kerana bukan senang nak adakan berkumpul melakukan aktiviti bersama jika tidak mencuri kesempatan tatkala diri sibuk menyiapkan tugasan dan belajar.

KENANGAN AKTIVITI SEMESTER 1 JUN 2011

Birthday Stanly

Makan Malam Perdana

Makan Malam Perdana

Makan Malam Perdana

Makan Malam Perdana

Kenangan Makan Burger di Putrajaya

Kenangan Makan Burger di Putrajaya

Memori Dataran Merdeka

Memori Dataran Merdeka

Memori Dataran Merdeka

Majlis Berbuka 1A

Majlis Berbuka 1A

Itulah sekian kenagan semster satu saya bersama rakan-rakan.Sebenarnya Banyak lagi,tapi tak boleh lah nak cerita semua kat sini.Jenoh nak menaip dan tunggu memuat naik gambar.Hehe...Sekian :D










2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...