Kertas Peperiksaan Pertama Di Institut Pendidikan Guru


Assalamualaikum...
Tarikh 9 November 2011 adalah hari yang kali pertamanya saya menduduki peperiksaan sebagai pelajar dan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Kertas Pertama yang saya duduki adalah kertas Pengantar Sejarah SJH1101 yang merupakan matapelajaran minor saya. Tidak dinafikan perasaan saat menduduki kerusi di bilik peperiksaan amatlah gementar dan gugup. Namun demikian, bak kata pepatah "Pengalaman mendewasakan kita" , saya menggunakan pengalaman yang telah saya lalui selama 11 tahun di peringkat sekolah dalam menghadapi peperiksaan. Saya melakukan seperti kebiasaan yangg saya lakukan dahulu, tenang, berdoa dan bertawakal. Saya teringat pesan Cikgu saya dahulu, "untuk menghadapi peperiksaan harus tenang,barulah segala apa yang dipelajari tidak hilang" dan saya juga teringat kata- kata pensyarah saya "jangan risau, peperiksaan IPG tak susah". Berbekalkan kata mereka itu, saya cuba membohongi perasaan saya yang gugup untuk menghadapi kertas sejarah ini. Cerita pula ketika dimana saya membuka kertas soalan pada tepat jam 2.30 petang, soalan bukan main susah, hampir patah semangat dibuatnya. Namun, demi masa depan dan pointer saya cuba menjawab kertas tersebut dengan sebaiknya. segala yang terlintas dalam ingatan dan fikiran saya interpretasikan ke dalam kertas jawapan kerana pengawas peperiksaan tersebut ada berkata, "Pemeriksa akan tolong awak jika awak cuba nak jawab", sejuklah sikit rasa hati mendengar ungkapan itu. Saya terus mencuba dengan sehabis baik. Akhirnya pada saya berjaya juga menghabiskan kertas tersebut. Sekarang tinggal untuk berdoa semoga mendapat markah yang baik dan mendapat pointer yang tinggi.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...