Laksa Sarawak

Assalamualaikum...
Kali ini saya ingin berbicara sedikit mengenai makanan tradisi setiap masyarakat di Malaysia. Umumnya kita mengetahui bahawa laksa amat popular di Malaysia. Setiap negeri pasti ada mempunyai resipi laksanya yang tersendiri seperti Laksa Sarawak,Laksa Penang,Laksa Perak dan Laksa Johor. Setiap resipi laksa ini mempunyai perbezaannya. Perbezaan ini adalah dari segi cara masakan,mee yang digunakan,kuah dan bahan - bahannya.

Laksa Johor (sumber dari The Star )

Laksa Penang ( sumber dari google )

Berbalik pada fokus utama,iaitu Laksa Sarawak, saya ingin mengupas sedikit mengenai laksa ini. Laksa Sarawak merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat negeri Sarawak. Laksa ini biasanya disajikan di majlis - majlis mahupun sebagai juadah harian. Laksa Sarawak juga telah dikomersialkan dengan adanya penjualan Sambal Laksa Sarawak di pasaran. Laksa Sarawak juga sangat laris jualannya di restoran - restoran di negeri ini sehinggakan ada satu restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menyajikan Laksa Sarawak sebagai menu di restoran tersebut.

Seterusnya, Laksa ini juga unpama komuniti bahasa, setiap laksa ini hanya digemari oleh penduduk di tempat itu sendiri. Kemana pun kita pergi, kita akan mengatakan bahawa laksa di negeri kitalah yang paling sedap dan berada di kedudukan nombor satu di lidah kita. Sebagai contoh, berdasarkan pengalaman saya yang telah merasa pelbagai laksa seperti Laksa Kedah, Penang dan Johor, tetap juga Laksa Sarawak menjadi pilihan. Perkara ini umpama hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri

Laksa Sarawak ( sumber dari google )


Sekianlah bual bicara saya mengenai laksa ini. Kepada yang belum pernah mencuba Laksa Sarawak, cubalah...sedap!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...