Laksa Sarawak

Assalamualaikum...
Kali ini saya ingin berbicara sedikit mengenai makanan tradisi setiap masyarakat di Malaysia. Umumnya kita mengetahui bahawa laksa amat popular di Malaysia. Setiap negeri pasti ada mempunyai resipi laksanya yang tersendiri seperti Laksa Sarawak,Laksa Penang,Laksa Perak dan Laksa Johor. Setiap resipi laksa ini mempunyai perbezaannya. Perbezaan ini adalah dari segi cara masakan,mee yang digunakan,kuah dan bahan - bahannya.

Laksa Johor (sumber dari The Star )

Laksa Penang ( sumber dari google )

Berbalik pada fokus utama,iaitu Laksa Sarawak, saya ingin mengupas sedikit mengenai laksa ini. Laksa Sarawak merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat negeri Sarawak. Laksa ini biasanya disajikan di majlis - majlis mahupun sebagai juadah harian. Laksa Sarawak juga telah dikomersialkan dengan adanya penjualan Sambal Laksa Sarawak di pasaran. Laksa Sarawak juga sangat laris jualannya di restoran - restoran di negeri ini sehinggakan ada satu restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menyajikan Laksa Sarawak sebagai menu di restoran tersebut.

Seterusnya, Laksa ini juga unpama komuniti bahasa, setiap laksa ini hanya digemari oleh penduduk di tempat itu sendiri. Kemana pun kita pergi, kita akan mengatakan bahawa laksa di negeri kitalah yang paling sedap dan berada di kedudukan nombor satu di lidah kita. Sebagai contoh, berdasarkan pengalaman saya yang telah merasa pelbagai laksa seperti Laksa Kedah, Penang dan Johor, tetap juga Laksa Sarawak menjadi pilihan. Perkara ini umpama hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri

Laksa Sarawak ( sumber dari google )


Sekianlah bual bicara saya mengenai laksa ini. Kepada yang belum pernah mencuba Laksa Sarawak, cubalah...sedap!!!

Seminggu Bercuti Saya Rindu

Assalamualaikum...

Seminggu bercuti...adakala saya rasa bosan, ada kala saya rasa bebas,adakala saya rasa sunyi, adakala saya rasa rindu, adakala saya rasa gembira, adakala saya rasa seronok...tapi perasaan yang dominan dengan diri saya sekarang adalah nak balik Kuala Lumpur...Saya rindu teman - teman, saya rindu teman sebilik, saya rindu nak main hoki, saya rindu nak jalan - jalan dengan kawan - kawan, saya rindu nak karaoke bersama... memang benar kata pepatah...bila jauh baru dikenang, bila berjauhan begini barulah rasa tercari - cari...tambahan lagi saya memang rapat dengan kawan - kawan saya. Apa saja yang kami buat, pendek kata semuanya bersama, makan bersama, jalan - jalan bersama, menonton wayang bersama, karaoke bersama,joging bersama dan online bersama...hehe,memang terasa kehilanganlah bagi saya bila berjauhan dengan mereka. Saya rindu anda semua warga PPISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2011...

Candid Time Contest

Assalamualaikum...

Tik tok tik tok...jam berbunyi menunjukkan pukul 2.56 pagi, saya tengah update blog, tiba - tiba terlihat satu entri dari blog Kakak senior Institut Bahasa iaitu Kak Khalila Mohd Ishak, saya tertarik dengan entri beliau tentang Candid Time Contest di blog munalifestory.blogspot.com . Jadi saya mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan ini.

Ini banner yang munalifestory.blogspot.com syaratkan untuk penyertaan pertandingan ini :


Ewmmm...ini pula foto yang menjadi pertaruhan saya untuk pertandingan ini :

Photoshoot di tempat letak kereta apartment prisent 17 putrajaya. 
[ hak cipta terpelihara Asyraff Benjamin Pictures ]
Ok...teman yang saya nak tag dalam foto ini adalah :


[saya tag guna facebook saja, mereka tak ada blog, harap boleh lah ya Muna Rahimah... :) ]

Ok lah...setakat ini sajalah entri saya mengenai pertandingan ini. Harap ada rezeki nak menang. Sekian...

Saya budak baru belajar...




Interpretasi Kenangan

video

Memori Abadi 20 Jun 2011 hingga 18 November 2011

Berjuta Batu - Allycats

video

Video klip Berjuta Batu alaf baru hasil lakonan pelajar Institut Bahasa, Kuala Lumpur

Hasil inovasi Asyraff Benjamin bersama krew produksi PPISMP 1A yang  dianggotai Noradini Rosli, Mohd Elmin, Siti Rashidah Ramali, Nur Izzati Nan Azmi, Wira Mohd Jamal, Wyna Thomas, Nursuliana , Mardhiah Baharom, dan Siti Maridah. 

Lokasi penggambaran :
Amcorp Mall,Lembah Pantai,Universiti Malaya,Amjal,KL Sentral,Abdullah Hukum,Kerinchi dan dalam LRT

Bazaar Masjid Jamek

Assalamualaikum...
Dalam meniti hari terakhir semester 1 iaitu pada 18 november 2011, kami telah pergi berjalan - jalan bersama di Masjid Jamek , Kuala Lumpur. Seperti biasalah, saya akan ditemani oleh sahabat rapat PPISMP 1A saya iaitu, Nursuliyana , wyna , Rashidah , Marianshah , Noradini dan Aisyah . Tujuan berjalan ini adalah ingin mencari buah tangan untuk dibawa balik ke kampung halaman sebagai buah tangan kepada sanak saudara di sana.  Saksikanlah gelagat sahabat - sahabat saya membeli - belah

Memilih jam tangan

memilih beg sekolah untuk semester hadapan...

pilih barang hantaran ke???

haussss...

di depan Masjid India...

Suasana sibuk di Bazaar Masjid Jamek

Candid!!! menunggu Aishah yang hilang...

Candid!!! muka Rashidah kesusahan membuat panggilan kepada Aishah

pilih...pilih...pilih....

barangan berharga RM 25 saja yang mampu dibeli...

Candid!!! tapi Rashidah perasan pula...

"POST" Paling Popular 21 novembar 2011


Post yang mencapai 41 likes dan 12 shares

Assalamualaikum...
Kekalahan Indonesia atau nama jolokannya Garuda menjadi bual bicara atau buah mulut rakyat Malaysia. Sebaik sahaja tamatnya perlawanan, bermacam spekulasi dari penyokong setia Garuda dapat dipadamkan. Mulut - mulut di Gelora Bungkarno seakan - akan terdiam dan berganti dengan tangisan. Puluhan ribu rakyat Indonesia kecewa dengan kekalahan negara mereka. Satu kebanggaan juga bagi kita Malaysia kerana dapat memalukan Indonesia di laman sendiri dengan perlawanan yang sungguh dramatik yang sekali - sekala mencemaskan. Biarpun Indonesia mendahului seawal minit ke lima memalui tandukan Gunawan menerusi sepakan sudut yang diambil oleh Okto namun itu tidak mematahkan semangat anak muda Harimau Malaya apabila Asrarudin berjaya menyamakan kedudukan juga melalui tandukan hasil hantaran oleh Baddrol Bakhtiar. Pujian seharusnya diberikan kepada Baddrol atas kerajianan yang ditunjukkan mengejar bola sehingga berjaya membuahkan gol. Perlawanan menjadi semakin rancak pada babak kedua dengan banyak peluang tercipta. Fakri Saarani seakan dibelenggu kemarau gol apabila gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan yang diperoleh. Saya ingin kongsikan apa yang dikatakan oleh Zainal Abidin Hassan yang mengatakan Fakri sekadar passenger dalam skuad Harimau Muda. Melihat kepada gaya permainannya, memang jelaslah beliau sekadar seperti apa yang dikatakan oleh Zainal itu. Namun demikian, pujian juga harus diberikan kepada semua pemain kerana telah berusaha sehabis baik dalam perlawanan tersebut serta berjaya membawa pulang emas ke Malaysia. Syabas Harimau Muda.


Barisan Wira Negara


Sokonglah Pasukan Harimau Muda


Malaysia Tanah Tumpah Darahku...
Berikanlah sokongan penuh kepada pasukan kebangsaan dalam perlawanan akhir Sukan SEA.
Hidup HARIMAU MUDA...

Teksi oh Teksi...

Assalamualaikum....
Ketibaanku di Sarawak selepas tamatnya pengajian semester 1 program Ijazah Sarjana Muda Perguruan merupakan sesuatu yang aku nanti-natikan. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam seakan tidak terasa bagiku,kegembiraan jelas menguasai sanubari.Tiada apa-apa yang harus difikirkan lagi tatkala tamatnya semester ini.Huhu...tapi,saya bukan nak cerita tentang itu,fokus utama terarah kepada TEKSI...


Teksi,satu pengangkutan awam yang agak elegen berbanding bas dan kereta-kereta sewa.Pokok cerita saya   adalah beza Teksi di Sarawak dengan di Semenanjung,Kuala Lumpur khususnya. Kebanjiran pengangkutan awam di Kuala Lumpur memang amat memudahkan kehidupan kita di bandar metropolitan itu. Lain pula di Sarawak, jumlah teksi amat kurang.Perkara ini menyukarkan kita untuk mendapatkan teksi untuk meneruskan perjalanan. Disamping itu, perkara yang paling mustahak adalah tambang. Di Kuala Lumpur,tambang teksi sangat berpatutan. Sebagai contoh,Dari KL Sentral ke Institut Bahasa,hanya RM 13,Dari Mid Valley ke Institut Bahasa kira-kira RM 5 hingga RM 6,kadar ini boleh dikatakan murahlah bagi kami golongan pelajar.Berbeza pula di Sarawak, tambang melambung tinggi, biarpun jarak perjalanan tak sampai pun 3 km,  namun tambangnya mencecah RM 28,seperti tambang saya dari Lapangan Terbang Sibu ke Bandar Sibu Jaya. Memang cekik darahlah teksi di Sarawak.Bayangkan,jarak Mid Valley dengan Institut Bahasa lebih jauh berbanding jarak Sibu Jaya dan Lapangan Terbang Sibu.

Itulah saja yang saya nak tulis kali ini,sekadar interpretasi perasaan terhadap teksi di Sarawak...
Sekian...


24 Jam Terakhir Di Institut Bahasa

Assalamualaikum...
Meskipun masa kian menghampiri hari penamat sesi pengajian semester satu PPISMP di Institut Bahasa dan keesokkannya sudah bercuti,perasaan gembira hendak pulang ke kampung jelas bermain dalam fikiranku.Namun demikian,terasa berat pula hati ini untuk meninggalkan Institut Bahasa.Disinilah tempat bermain,menimba ilmu,dan tempat membina memori.Pelbagai rangkaian kenangan telah subur menjalar bersama rakan PPISMP 1A...mesti saya akan merindui semua ini pada masa cuti kelak.Pesanan saya kepada rakan-rakan,jangan lost ciontact nanti ya,kerap-keraplah buka facebook dan handphone ya,sebab saya rindu anda semua nanti.Akhir kata,SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN...

Fotografi terakhir 2011 - Lokasi IPG Bahasa Antarabangsa

WOW!!!!

Bekalan untuk balik Sarawak

Sweet... 

Best Friend Forever

Gang Of Five PPISMP 1A

Kenangan indah...

EEE...tak malu semua orang tengok dia...

Amir...berdoa ke???

Bini-biniku gangster

Rakan PPISMP yang paling BAHAGIA 2011 ~ Ferra Avila

Masa cuti mesti teringat dengan IB

<3... 

Baru saya tengok Siti Rashidah seperti PEREM****

Wyna dan Elmin... Retro pose...

Kenangan di menara TM

Bilik 507

Bas IPG Kampus Bahasa Melayu

 
Kenangan di IPG Bahasa Antarabangsa

lokasi fotografi : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan Kolej kediaman Adibah Amin

Kenangan Semester Satu Di Institut Bahasa

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik rupanya dah habis pengajian semester satuku di Institut Bahasa Melayu,Kuala Lumpur.Sekarang hanya tinggal untuk menghadapi peperiksaan dan untuk mendaftar ke semester kedua Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Waktu begitu cepat berlalu,biarpun hari-hariku di Institut Bahasa dihiasi rutin yang sama setiap hari,pergi kelas balik kelas,buat assignment,bermain,bergurau senda dengan rakan-rakan,namun banyak memori indah telah tercipta...bermacam ragam rakan-rakan telah ku lalui bersama selama kurang lebih enam bulan disini.Kenangan yang paling indah sekali adalah kami dapat hidup harmoni dalam satu komuniti iaitu PPISMP 1A.Biarpun sekali sekala tu ada lah seorang dua yang merajuk.Namun sikap saling memaafi yang kami terapkan amat menjaga keharmonian perhubungan kami.Antara kenangan yang telah kami lalui bersama adalah berbuka puasa bersama-sama,membuat persembahan human graphic semasa hari kemerdekaan yang ke 54,beraya di rumah abah Dr. Sabri,jalan-jalan di KLCC,Petrosains,Alamanda,Mid Valley,Pertama Complex,Masjid Jamek,Sungei Wang Plaza,Bukit Bintang,Lowyatt,Times Square,KL Central dan Amcorp Mall.

KENANGAN JALAN - JALAN BERSAMA RAKAN

Di sekitar taman KLCC

Di taman KLCC

Menunggu Tren di KL Central

Di KLCC

Kenangan Di Petrosains

Petrosains

KLCC

Makan bersama di KFC KLCC

Makan bersama di McDonald Mid Valley

Wyna dah kenyang

Membeli belah di Carrefour Mid Valley

Makan Donut di Dunkin Donut Mid Valley

Kenangan di hadapan Times Square

Ewm,tu cerita jalan-jalan,sekarang cerita pasal aktiviti yang kami adakan bersama sama pada semester ini.Antara aktiviti yang kami langsungkan adalah,Trip ke Rumah Abah,Majlis Berbuka 1A,Majlis Makan Malam Perdana Institut Bahasa,Birthday Stanly dan Persembahan Kemerdekaan Di Dataran Merdeka pada 16 September 2011.Aktiviti ini menjadi kenangan indah bagi kami,kerana bukan senang nak adakan berkumpul melakukan aktiviti bersama jika tidak mencuri kesempatan tatkala diri sibuk menyiapkan tugasan dan belajar.

KENANGAN AKTIVITI SEMESTER 1 JUN 2011

Birthday Stanly

Makan Malam Perdana

Makan Malam Perdana

Makan Malam Perdana

Makan Malam Perdana

Kenangan Makan Burger di Putrajaya

Kenangan Makan Burger di Putrajaya

Memori Dataran Merdeka

Memori Dataran Merdeka

Memori Dataran Merdeka

Majlis Berbuka 1A

Majlis Berbuka 1A

Itulah sekian kenagan semster satu saya bersama rakan-rakan.Sebenarnya Banyak lagi,tapi tak boleh lah nak cerita semua kat sini.Jenoh nak menaip dan tunggu memuat naik gambar.Hehe...Sekian :D










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...