Lirik 1001 Makna

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Aku Tak Mampu Tanpamu...

Assalamualaikum...

Aku hanyalah seorang pencinta yang  hanya memiliki sebuah baldi kecil. Baldi kecilku hanya mampu membawa sedikit air buat mengairi serta menyuburi bibit - bibit cinta yang baru mekar hanya sekuntum. Sesungguhnya, baldi hatiku tidak mampu untuk menampung buih - buih cinta yang kian lewah akibat dari campuran baja - baja kasih darimu. Aku perlukan seorang insan sebagai peneman untukku menyirami sebuah pohon kasih sayang yang aku idam - idamkan selama ini. Aku mahukan kasih sayang itu tumbah dan membesar sehingga bila - bila, sehingga nafasku yang terakhir dan juga kelipan mataku yang terakhir. Sejujurnya, aku hanya seorang petani yang ketandusan dan kehausan hasil tanamanku, aku menunggu, menunggu dan terus menunggu, bilakah hasilnya boleh ku taui, bilakah hasilnya dapat ku nikmati, bilakah hasilnya dapatku kecapi... Oh kasih, sesungguhnya, pohon yang ku semai ini adalah satu luahan kasih yang tulus, satu rasa yang terbit dari jiwa, satu perasaan yang muncul dengan sendirinya, aku harap, kau akan mengerti, wahai pohon cinta yang tunggu - tunggu tumbuhmu, suburlah dikau, bercambah engkau, aku ingin melihat kau hidup segar bersama - sama harum kasturi, bersama - sama harum lavendar dan juga mawar merah. Akan tu hiasi tumbuhmu dengan mawar merah sebagai lambang cinta yang bersemi. Aku cinta Kamu.

Amali Permainan Kecil Semester 2

Assalamualaikum, hari ini PPISMP 2A telah selesai menjalankan Amali Permainan Kecil bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani untuk semester 2 pengajian PPISMP kami. Amali Permainan Kecil yang merupakan satu penilaian wajib dalam pengajian semester 2 PPISMP ini telah diadakan di Dewan Terbuka Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Antara permainan yang telah dipertandingkan dalam penilaian amali ini adalah Sponge Ball Batton, Botol Ajaib, Boom Boom Crocodile, Lembah Selamat, Baling Skitel dan Goal & Win.

Permainan Kecil PPISMP 2A

Sekitar Amali Pemainan Kecil PPISMP 2A :

 Sebelum permainan bermula

 Marian sedang membacakan peraturan permainan

Targetting on cone... *fokus tu penting :)

 Penjaga Gol Terbaik : Norsiti Along

 Rebut bola macam tangkap ayam 

 Blocking *Shafilah, wakil Sabah tu masa darjah 5
Mantap !!! like a rugby jumping *_^

 ball posession... Asyraff benjamin

 Pemenang Permainan Goal & Win

 Game Setting, untuk permainan Lembah Selamat

 Lompat si katak lompat !!!

 Syafiq main tipu tu,,, orang lain merangkak, dia berdiri

Touch the cone!!!

 Bendera putih!!! bukan la.. haha

 Lompat si katak  lompat !!!

 Ape yang ko tunjuk tu Khairul???

 Isi Isi Isi... Isi penuh - penuh...

 Air Air Air...

 Jangan menipu Syafiq!!!

 Mengimbang Pundi Kacang Di atas Kepala

 Pemenang Pertandingan Botol Ajaib

 Sempat pulak nak peas!!! haha

 Buaya tenggiling

Buaya Betina... hahaha,

Begitulah ceritera kami PPISMP 2A, ceria selalu ^^ . Sekian .

Aku Menjadi Lebih Matang

Assalamualaikum...



Hari demi hari, umur kian bertambah, tahun ini umurku sudah menjangkau 19 tahun. Huh, hampir 2 abad sudah kehidupanku di dunia ini. Pelbagai dugaan, cabaran, kegembiraan,pahit manis telah ku lalui. Semua ini menjadikan aku lebih matang dan dewasa. Kini aku kenali erti sebuah kehidupan. Jika dahulu aku mempersoalkan mengapa Allah datangkan dugaan, jika dahulu aku bertanya mengapa ada duka, namun kini aku sedari, " langit tidak selalunya cerah" Allah mempunyai sebab mengapa dia menurunkan hujan tatkala panas menerik di pesada langit, kerana dia ingin mengurniakan kita pelangi indah. setiap yang berlakupasti ada hikmahnya. Justeru kita sebagai manusia seharusnya bersyukur dengan apa yang kita miliki di dunia ini. Sesungguhnya perjalanan di dunia ini masih lagi jauh, bak kata ilmuwan islam, " Kehidupan di dunia ibarat sebuah perjalanan yang jauh", perjalanan ini harus kita tempuh, jangan sesekali berpatah balik, kerana itu akan melambatkan perjalanan anda, jangan pernah menyesal kerana itu akan mematahkan semangat anda, jangan pernah ragu - ragu, kerana itu akan menjatuhkan keyakinan anda. Yakinlah akan apa pilihan kita, jika itu pilihan kita, teruskanlah tanpa ada rasa sesal, kerana sesalan itu akan membawa kita ke lembah kegagalan. jadi, tentukankan pilihan anda sebelum anda menyesal. Seperti pepatah melayu, " menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya " Tapi, persoalannya, adakah orang yang menyesal dahulu sebelum sesuatu perkara itu berlaku??? Jawapannya tidak, the point is kita seharusnya bijak dalam membuat pilihan agar tidak menyesal pada masa kelak. Kejayaan pada masa hadapan ditentukan dengan pilihan dan perancangan yang kita buat sekarang.

Sekian, itu cerita saya. ^^

Di Sebalik Lagu ( Part 1 )

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan menyiapkan assignment ni, sangat membosankan rasanya, jadi hanya lagulah yang jadi penghibur tatkala sedang menaip laporan tugasan yang berlambak dan berbaris untuk disiapkan. Bila dah boring kan, mulalah tangan gatal nak menyelongkar isi yang terdapat dalam external drive yang lagi bertimbun dari assignment yang ada sekarang. Saya pun pening bila tengok isi kandungan external saya yang tak teratur tu. Huhu... jadi, saya pun selongkar punya selongkar, terjumpa satu folder . " Sarawakian Song " Fuhh.. saya ingat lagi, masa saya form 5  dulu saya memang rajin download lagu - lagu INDEPENDENT Sarawak... memang banyak la. Tapi, entri ni bukan nak cerita pasal lagu - lagu tu, cuma nak cerita tentang satu lagu je, sesuai dengan tajuk entri ni DI SEBALIK LAGU. Lagu yang saya nak cerita ni adalah lagu KITAK POLAH MEK BAHAGIA by Mambang Records. Baiklah, tengok lirik di bawah ni ...

Hai kitak
Mek sayang gilak ngan kitak
Rindu iboh padah agik lah
Kitak, kitak tauk sik
Kitak jak pat polah mek senyum
Kitak polah mek bahagia tauk sik

Kmk teringin luah rasa hati
Hanya untuk kitak
Lamak mek impi
Untuk beduak
Kamek ngan kitak
Dah lamak kamek nantik

Adakah kitak yang kamek carik
Adakah kitak yang kamek tunggu
Selama tok kitak dah polah kamek tercarik - carik

Kenaklah kamek lambat nemu kitak dolok
Kenaklah kitak muncul waktu kamek cam tok
Kamek sik duli kamek sik kesah
Tetap juak mek nak madah

Ooo... kitak molah mek bahagia
Ooo...kitak hidup mek sempurna
Dengarlah hati kamek nak berkata
Peganglah kata janji manis kita selamanya...

Sik sangka kamek hati tok masih pitok
Hanya dengan kata ajak dapat molah mek terluka
Kitak lah nyawa mek
Kitak lah jiwa mek
Kitak sorang jak yang mengerti
Isi aty kamek
Dolok pey nektok
Udah kitak curi

Perlu ke nak describe??? tak payah lah... kalau nak faham, fahamkan sendiri la ye, atau nak dengar lagu ni?? Okay, kalau nak dengar, ni haa video die... tekan la butang play tu sendiri .. okay... Sekian.. ^^


bubbye...dengar2 la ye..:)

Amali Pergerakan Asas Semester 2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... syukur, dah lega sedikit setelah selesai Ujian Amali Pergerakan Asas untuk subjek Pendidikan Jasmani Semester 2 ini. Amali Pergerakan Asas Semester 2 ni, agak mudah sedikit berbanding semester 1 dahulu. Jika semester 1 kena buat Pergerakan kreatif , semester ni mudah sedikit, sekadar melakukan pergerakan asas pada 12 stesen yang disediakan. Pergerakan asas tersebut melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Kami telah diminta untuk menjalani 12 stesen yang masing 6 stesen untuk lokomotor dan 6 stesen lagi untuk bukan lokomotor. 12 pergerakan yang pilih adalah, Skipping Dinamik, Lompat Bintang, Guling Hadapan, Bangkit Tubi, Mencongklang, Imbangan V, Roda Kereta, Tekan Tubi, Imbangan Titi, Imbangan Sebelah Kaki,Lompat Jauh Berdiri dan Skipping. Humm... selesai amali ni, senanglah hati, tinggal lagi untuk amali 2.4 pada april nanti. Azam untuk 2.4 kali ni, nak pecahkan rekod 10.3 yang saya buat pada semester lepas. Hihi, hidup ni, kenalah ada ansur maju, takkan nak kekal di takuk lama. :)

Guling Hadapan

Tekan Tubi Wanita

Melantun Bola

Imbangan Bangau

Larian Skip

Mencongklang

Guling Balak

Kilas Sisi

Imbangan Sisi

Imbangan Abdomen

Lompat Bintang

Guling Belakang

Larian Sisi

Imbangan V

Roda Kereta

Imbangan Titi

Imbangan Sebelah Kaki 

Sekain :)

Mengapa Saya Sayang Awak ( Babak 1 )

Assalamualaikum...



Mengapa saya sayang awak???
Humm... saya pun tak tahu apa sebabnya sebenarnya...
Rasa tu datang dengan sendirinya, tapi adalah sedikit agen penolak kepada perasaan sayang itu,
Nak tahu kenapa sayang itu datang pada saya??? *perlu ke nak bagi tahu...
Baiklah, saya sayang awak sabab ;

  • Senyum awak manis sangat . *siap ada lesung pipit lagi tu
  • Suara awak lembut sangat.
  • Perwatakan awak sedap mata memandang.
  • Saya dapat baca kejujuran awak.
  • Sebab awak perempuan pertama yang bagi makanan kat saya selepas MAK dan KELUARGA saya.
  • Sebab awak sweet.
  • Sebab awak susah untuk dimiliki.   
  • Ciri PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR tu ada pada awak.
  • Awak telah banyak mengajar saya erti kehidupan. Awak mengajar saya untuk be a humble person, awak ajar saya supaya tidak mudah mengeluh...
  • Selalu buat saya tersenyum keseorangan.
  • Awaklah teman dikala ramai dan sunyi. 
 Setakat ni sajalah part 1 ni, kbaii... ^.^

Kejohahan Olahraga Trek Dan Padang IPG Kampus Bahasa Melayu

Assalamualaikum...

1 Mac 2012, berakhirlah sudah Kejohanan Olahraga Trek dan Padang IPG Kampus Bahasa Melayu. Kejohanan yang dimulakan dengan acara sukantara yang diadakan bermula 22 Februari itu telah diadakan di Padang IPG Kampus Bahasa Melayu. Kemudiannya disusuli oleh acara Pra Kejohanan yang turut diadakan juga di Padang IPG Kampus Bahasa Melayu. 1 Mac merupakan acara kemuncak untuk Kejohanan Olahraga Trek dan Padang dan diadakan di Kompleks Sukan UPM. Perasmian kejohanan itu telah dirasmikan oleh Datuk S.K. Devamany iaitu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Berikut merupakan skeputusan rasmi kejohanan.

Keputusan Rasmi Kejohanan Olahraga Trek dan Balapan IPG KBM 2012 

1) Rumah Panglima : 621 Mata
2) Rumah Satria : 616 Mata
3) Rumah Perwira : 604 Mata
4) Rumah Pendekar : 600 Mata
5) Rumah Laksamana : 578 Mata
6) Rumah Pahlawan : 545 Mata

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA RUMAH PANGLIMA
*Rumah aku tuu.. ^_*

Olahragawan pula disandang oleh Muhd Afiq bin Ahmad ( Rumah Pendekar )
Olahragawati pula disandang oleh Priscilla David ( Rumah Pahlawan )

Rumah Juara : PANGLIMA

Selepas manamatkan acara 2000 berhalangan.

Perbarisan Pembukaan

Nombor aku 210

Satu - satunya pingat yang aku dapat. acara 110 pagar akhir, tempat kelima, 4x400 tempat keempat.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...