SEMINIT



Seminit...
Satu detik yang amat berharga
Seminit...
Suatu harga yang tiada bandingannya
Seminit...
Membezakan cepat atau lambat
Seminit...
Antara sempat atau tidak

Seminit...
Suatu jangka yang tak terasa
Sekelip mata ia beredar
Sekelip mata ia menghilang
Namun
Hilangnya memberi makna yang membekas dalam
Andai seminit engkau lalai juga terleka
Itulah lewat itulah terlambat

Seminit...
Sambarlah ia umpama menyambar emas permata
Kejarlah ia dari awalan
Jangan engkau ketinggalan walau seminit
Kerana seminit
Lewat akan menghukum

Asyraff Benjamin,
Institut Bahasa Melayu,Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...