Minggu Belajar / Study Week



Assalamualaikum...
Minggu ini adalah minggu belajar bagi Institut Bahasa Melayu,Kuala Lumpur lantaran peperiksaan akhir yang tidak lama lagi menjelang.Saya berasa teruja untuk menghadapi peperiksaan ini,maklumlah pertama kali.Pelajar semester pertama lah katakan.Dalam fikiran saya tergambar bermacam gambaran tentang bagaimana kertas peperiksaan itu nanti.Dah lah subjek yang saya ambil agak susah,namun saya agak tenang untuk menghadapi peperiksaan ini,saya cuma risau dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ni,sebab kebanyakkan topik di dalamnya adalah berkaitan sains sukan,saya tak ada asas,"no basic" bak kata orang putih.Pendek kata saya hanya bersedia 55% sahaja untuk menghadapi peperiksaan ini. Sekarang, saya ingin menambahnya. Saya berharap saya akan dapat mengulangkaji dengan mudah dan mampu menghadapi peperiksaan dengan tenang kelak. Sekalung doa juga saya panjatkan kepada ilahi semoga memberkati perjuangan saya dalam peperiksaan ini. Terima kasih ya ALLAH kerana telah mempermudahkan perjalanan saya selama ini.Mungkin apa yang terjadi sebelum ini adalah suatu aturanmu.Sekian...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...