Pasukan hoki Institut Bahasa,Kuala Lumpur
Assalamualaikum,
Huhu...hari ini saya sungguh bahagia kerana telah berjaya mendapatkan apa yang saya idam-idamkan semenjak saya menetap di Institut Bahasa Melayu ini.Sebagai seorang pemain hoki Institut,saya telah lama membuat tinjauan ke beberapa kedai sukan lantaran saya ingin mendapatkan kayu hoki yang sesuai dengan diri saya.Akhirnya saya menemui kayu James Malik di kedai Malik Sport Worldwide berhampiran Stadium Hoki Kuala Lumpur.Harganya RM 320,namun demikian saya bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan lagi jalan saya untuk membeli kayu tersebut,mujur pada waktu itu,Malik Sport Worldwide sedang melakukan jualan murah dan saya mendapat diskaun hampir 70%,saya mendapat harga yang menarik untuk kayu tersebut dengan hanya RM 150.Dengan gembiranya saya mengeluarkan duit dari dompet dan terus membelinya.Saya berharap kayu ini akan serasi dengan saya seperti kayu-kayu hoki saya yang sebelumnya iaitu Grays Axis dan Grays wave.Saya gembira dengan kayu baru saya dan tidak sabar untuk menggunakannya masa latihan. :D
Sekian cerita kayu hokiku...
brand ape yang paling okey erk? :)
ReplyDeletekalau bg saya...brand yg paling okey adalah tk,grays dan malik nie...lau tk tu sedap utk buat fliks...lau grays ngn malik nie best utk wat dribble n hitting...
ReplyDeleteKayu yg dlm gambar tuh jea kea yg jual ?
ReplyDeletebgi alamat penoh kedai tu
ReplyDelete