Kenangan Terakhir Bersama Di Blok Cyber - 14.12.2010



Ary tok mek org suma di suruh oleh cikgu sekeran angkat batu key molah tempat parking kereta kat blok mek org nak kacak tok bha…BLOK CYBER…haha(loba lyy jak er)cho..ng best ary ya…dlam mek org bekerja,sempat gk mek org nak berposing2 bgamba…n nak plg best lha..pat minum aek kelapa besama-sama…uww,ng best,tauk x tak org??ada x petua org lamak mdh mun ngupax kelapa mun aek nya mancit anak sulong nya kelak ya pempuan…adoiyaiiii,alu ya lha d pakey beselax ptg ya,uw kelapa aku dikpun pun mancit,eerrr…pempuan lha anak ku tok klak,(besadu…)hehe,nak plg bes lha,ada kwn ku sorg tok,kupax2…cek byk ly aek kuar,ya lu diselax mek org pondan anak nya klak,,,hahaha(Perey)Dillen jak lha ya,pa gk cikgu Sekeran ngujik nya..”anak Dillen ngan Suzie pondan”hahaha…p nak,syuk taf nang tere…x mancit lalu aek kelapa nya,ilex jak nya ngupax ya…kacak jak upa kelapa nya,anak laky wok…ee,jeles ku..huhuhu,pa2 pun nak..ary tok ng best..tok lha kenangan terakhir mekorg bersama…14.12.2010 kenangan nak plg best lha kt blok tok…Seronok(tune Auto)hahaha…bye,arap tak org suma x lupak suma tok keyh..


CINTA

                “Cinta” adalah ungkapan yang indah dalam kehidupan manusia.Dalam keindahannya,cinta juga boleh membuat kita menangis dikala memikirkannya.Lebih-lebih lagi cinta terlarang,setelah cinta disemai antara satu sama lain dan ia mula bersemi,tiba-tiba tak direstui oleh orang tua.Rasanya sungguh menyakitkan.Jadi benarlah kata orang bahawa cinta itu ketawa dan air mata.Namun kebanyakkan cinta boleh membawa kebahagian kepada kita.Oleh itu marilah kita kaji bagaimana cinta membuat kita bahagia.

                Cinta yang hadir dalam diri kita boleh membuat kita merasa lebih dihargai,dengan lebih dihargai,kehidupan kita akan menjadi lebih ceria sekali gus melahirkan kebahagiaan dalam diri.Contohnya,jika sepasang kekasih saling mencintai,mereka akan saling memerlukan antara satu sama lain,dengan ini mereka akan saling menghargai dan serta sanggup melakukan apa sahaja untuk menunjukkan cinta mereka.Maka jelaslah cinta boleh membuatkan kita bahagia.

                Selain itu,cinta juga boleh menghadirkan kebahagiaan dalam kehidupan apabila saling muafakat antara satu sama lain.Sepakat dalam percintaan boleh melahirkan keserasian dalam perhubungan.Dengan ada kewujudan keserasian dalam perhubungan,maka percintaan dapatlah dikekalkan dengan lama.Pepatah juga ada menyebut,”sepakat membawa berkat”.Maka terbuktilah cinta kebahagiaan dapat dicapai melalui cinta jika kita saling bermuafakat dalam perhubungan.

                Dalam pada itu,cinta juga boleh memupuk kasih sayang sesama insan.Dengan adanya perasaan sayang terhadap seseorang,kita akan merasa bahagia tidak mengira sama ada cinta kita berbalas ataupun tidak.Lirik lagu “kekasih gelapku” dendangan kumpulan ungu juga ada menyebut,”Ku mencintaimu,sedalam-dalam hatiku,meskipun engkau hanya kekasih gelapku.”Disitu jelas kelihatan bahawa mencintai seseorang sudah cukup untuk menghadirkan kebahagian kepada seseorang meskipun cinta tersebut tidak berbalas.Terbuktilah sudah cinta boleh melahirkan kebahagiaan dalam kehidupan kita.

                Kebahagiaan tidak sekadar hadir dengan cinta sesama manusia.Cinta yang abadi adalah cinta kepada yang maha esa iaitu pencipta kita.Cinta ini adalah segala-galanya dalam kehidupan kita,tanpa cinta kepada yang maha esa,hidup kita akan menjadi goyah.Iman kita menjadi lemah,kesabaran kian menipis,akhlak kian runtuh dan hidup kita akan terumbang-ambing tanpa arah tujuan.Jika perkara ini berlaku kepada kita,nescaya musnahlah kehidupan kita kerana telah melanggar prinsip ihsan yang dianjurkan oleh agama.Jadi,terserlahlah cinta kepada yang esa lebih besar dari segala kecintaan kita di dunia ini.Sekali lagi terlihatlah cinta mendatangkan kebahagiaan dalam kehidupan.

                Kebahagian juga boleh dicapai melalui cinta apabila cinta yang setelah sekian lama dipertahankan berakhir di jinjang pelamin.Disitu terlihatlah kebahagiaan antara pasangan.Kebahagian di jinjang pelamin merupakan kebahagian yang tidak dapat dilupakan dalam hidup.Maka tepatlah simpulan bahasa melayu yang menyatakan bahawa pasangan pengantin adalah raja sehari kerana kebahagiaan dikala melangsungkan perkahwinan merupakan satu kebahagiaan yang tiada tandingannya dalam percintaan.Perkara ini jelas membuktikan bahawa cinta membawa kebahagiaan dalam kehidupan.

                Maka jelaslah percintaan mendatangkan kebahagiaan dalam hidup kita.Tetapi harus diingat,segala perkara dalam dunia ini mempunyai batas.Begitu juga dengan cinta,kita juga perlu menjaga batas-batas dalam percintaan berlandaskan hukum yang telah ditetapkan oleh syarak.Dengan ini moleklah bagi kita untuk menjaga batas-batas dalam perhubungan untuk melahirkan kebahagiaan kerana hanya cinta yang tulus dapat melahirkan kebahagiaan hakiki dan bukannya cinta yang menurut nafsu.

Kenangan Manis AUTO2 SMT Matang 2009/2010

Tanggal 20 Disember 2010 jam 10.30 pagi sebaik saja tamatnya peperiksaan kertas Automotif Kenderaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010,maka tamatlah persekolahan buat semua warga kelas AUTO2 Smt Matang 2009/2010.Kenangan sepanjang persekolahah di Smt Matang selama 2 tahun itu sungguh sukar untuk dilupakan.Terlalu banyak kenangan telah kami lalui bersama,tidak kira suka mahupun duka.Tidak dinafikan memang ada berlaku perselisihan sesama kami,bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit",namun demikian semua itu telah pun dimaafkan.Diharap semua warga AUTO2 akan menjalani kehidupan yang sejahtera selepas tamat persekolahan nanti.Diharap juga kita tidak akan lupa sesama kita,Berhubunglah antara satu sama lain.Jika ada kelapangan,sama-sama lah kita mengadakan "Reunion" untuk mengenang kembali segala memori yang telah bersemadi di Smt Matang ini.Akhir kata,semoga semua akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia.Saya mendoakan anda semua.Jika ada kelapangan jenguk-jenguklah laman blog AUTO2.Sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...