Nombor 5

Assalamualaikum...

Hari ini Asyraff nak cerita sedikit mengenai nombor. Nombor mungkin sinonim dengan Matematik. Tapi kali ni saya bukan nak cerita pasal Matematik, cuma nak cerita pasal nombor jersi kegemaran saya. Setiap orang mesti mempunyai aspirasi dan menjadikan seseorang sebagai pujaan. Sebagai contoh, mereka mungkin menjadikan pemain terkenal dalam sesuatu sukan sebagai aspirasi mereka seperti Lionel Messi, David Villa, Christiano Ronaldo, Kaka, Neymar atau mungkin Safee Sali. Itu untuk bola sepak, jika saya yang meminati sukan hoki ini saya memilih ketua pasukan Hoki Kebangsaan suatu ketika dahulu iaitu S. Kuhan sebagai aspirasi saya dalam sukan tersebut. Setiap pemain ini memiliki identiti sendiri iaitu nombor jersi yang dipakai. Nombor yang popular digunakan oleh bintang - bintang sukan adalah seperti nombor 7, 9, dan 10. Nombor itu menjadi suatu pujaan sekiranya seseorang pemain itu mencipta nama di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa. Contohnya, Nazmi Faiz Mansor yang mencipta nama apabila menjaringkan gol cantik semasa perlawanan kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrian. Nombor 12 yang digunakan beliau terus menjadi bualan dan banyak anak muda di negara ini yang menggunakan jersi beliau.

Kita tinggalkan cerita nombor 12, sekarang saya ingin berbicara tentang nombor kegemaran saya iaitu nombor 5. S. Kuhan merupakan bekas ketua pasukan hoki negara memang sangat popuar dengan nombor 5. Suatu ketika dahulu, kehebatan beliau dan pasukan hoki negara memang sangat terserlah apabila berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Semenjak itu saya meminati beliau dan saya menjadi nombor 5 sebagai nombor kegemaran saya dalam sukan hoki.

S. Kuhan - ketua pasukan Hoki Kebangsaan


Karier hoki saya bermula sejak saya di bangku sekolah rendah lagi. Saya mula mewakili sekolah ketika berada di tahun 4. Pada masa itu saya menggunakan nombor 4 kerana nombor 5 telah diambil oleh rakan saya. Maklumlah, peringkat sekolah rendah, siapa cepat dia dapat. Jadi dialah yang dapat nombor 5 tu. Saya tidak berputus asa, dan pada tahun hadapannya saya berjaya mendapatkan nombor 5 dan kekal menggunakan nombor tersebut sehingga ke tahun enam.

Di peringkat sekolah menengah pula, sesuatu perkara yang amat mengecewakan bagi saya di tingkatan 1 apabila saya gagal mewakili sekolah akibat kecederaan pada saat akhir ketika sesi latihan. Latihan di sekolah menengah agak berat kerana berlatih dengan senior - senior yang mempunyai jurang umur yang agak tinggi dengan saya. Kekecewaan itu tertebus di tingkatan 2 apabila saya berjaya menyertai skuad bawah 15 tahun sekolah dan disenaraikan jurulatih menggunakan nombor 5 dalam kejohanan hoki MSS Sibu. Pucuk dicita ulam mendatang, memang satu kegembiraan bagi saya mendapatkan apa yang saya inginkan. Seterusnya saya beraksi pula untuk pasukan sekolah ke kejohanan hoki remaja Anjuran PBB Sibu. Nombor 5 sekali lagi menjadi milik saya. Pada kejohan itu amat membanggakan bagi saya kerana telah menjaringkan gol pada kejohanan tersebut. Itulah gol pertama saya di peringkat sekolah menengah. Di tingkatan 3 pula saya pun bermain di peringkat MSS dan diserap dalam skuad utama bawah 18. Namun demikian, pemain - pemain senior lebih diberi keutamaan. Nombor 5 jatuh ke tangan pemain lain. Nombor saya 15. 15 pun 15 lah, ada juga 5 kat situ.

Di peringkat menengah atas pula adalah zaman kemuncak saya. Saya telah berpindah ke bahagian Kuching dan berjaya mewakili sekolah seterusnya peringkat Negeri dan Mewakili pasukan Sarawak ke peringkat kebangsaan primier cup Malaysia. Nombor 5 menjadi milik saya sehinggalah ke penghujung persekolahan saya.

Karier saya tidak berhenti di peringkat sekolah sahaja. Saya terus bermain di peringkat IPT dengan mewakili pasukan IPG saya. Nombor 5 sekali lagi menjadi milik saya.

Jersi ku di Institut Bahasa

Sekian cerita nombor 5....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...