Roti Gardenia

Assalamualaikum...

Dua minggu cuti telah berlalu,tiba - tiba lidah terasa rindu nak makan roti Gardenia yang menjadi makanan ruji saya di asrama Institut Bahasa. Hampir  setiap hari saya mesti menjamah roti Gardenia tak kira sebagai pengalas perut mahupun makanan utama pada hari tersebut. Memang rasa kekurangan sedikitlah bila dah lama tak menjamah roti Gardenia ni, selalunya sebaik saja bangun tidur, saya akan mengambil roti Gardenia sebagai juadah sarapan. Di Sarawak juadah sarapan saya memang cukup berbeza, menu bertukar setiap hari. Tak seperti di Kuala Lumpur, hari - hari saya makan benda yang sama dan berintikan kaya atau mentega kacang. Tambahan pula, di Sarawak tak ada jual roti Gardenia. Kat sini ada roti biasa - biasa saja, roti buatan tempatan. Roti di sini memang cukup berbeza dengan Gardenia yang selalu saya makan, seperti trademark  Gardenia sendiri sungguh enak dimakan begitu saja rasanya memang cukup enak sehinggakan saya sendiri pun kadang - kadang memakannya begitu saja. Oleh kerana terlalu enak, ada kalanya saya boleh habiskan sebungkus dengan hanya sekali makan saja. Roti memang dah menjadi kegemaran saya semenjak tinggal di Institut Bahasa. Sekarang tinggal tiga minggu lebih lagi cuti hendak melabuhkan tirainya, jadi tak lama lagi saya akan balik semula ke Kuala Lumpur. Nak jumpa dan makan Gardenia...


Sekian cerita Gardenia dari saya....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...