Songlap

Assalamualaikum...

Hari ini saya berpeluang untuk menonton filem baru iaitu filem SONGLAP...bak kata Wyna yang turut bersama saya menonton filem ni di Kung's Trioplex, Sibu... "inilah kali pertama kita rasmi cerita baru".Mana tak nya, kebiasaan kami hanya menonton sesuatu filem baru selepas seminggu atau dua minggu filem tersebut dimainkan di panggung. Memang bertuah sedikitlah rasanya kerana dapat menyaksikan filem ini pada waktu tayangan pertamanya.

Tiket wayang King's Trioplex , Sibu

Poster filem Songlap


Emm...di sini saya ingin kongsikan sedikit mengenai jalan cerita filem Songlap ini. Filem ini yang dibintangi oleh Shahiezy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali sebagai pelakon utama menggambarkan tentang isu pemerdagangan manusia yang dillakukan oleh sindiket - sindiket yang tidak bertanggungjawab. Sam yang memegang watak sebagai Am dan Syafie sebagai Ad telah bekerja dengan sindiket penjualan bayi. Mereka bertindak memerangkap wanita - wanita yang hamil secara haram atau istilah wanita terlajak yang digunakan dalam filem tersebut. Kegiatan haram yang diketuai oleh Ah Keong itu memang menjanjikan pulangan yang lumayan. Dalam pada itu, Ad mempunyai seorang kawan baik iaitu Razak. Razak merupakan seorang penagih atau "Mat Pet" dalam istilah sosial. Razak telah meninggal dunia kerana overdoz . Razak merupakan abang kepada Hawa yang dilakonkan oleh Sara Ali. Hawa merupakan seorang wanita yang terlajak. Namun demikian, Hawa mengandung bukanlah kerana kemahuannya sendiri, sebaliknya mengandung kerana nafsu rakus ayahnya sendiri. Konflik bermula apabila Hawa melarikan diri dari rumah untuk mencari kakaknya di Kuantan. Semasa melarikan diri, Dompet Hawa telah terjatuh di dalam teksi milik kawan ayahnya. Akibat itu, Hawa tidak dapat untuk meneruskan perjalanannya ke Kuantan untuk mencari kakaknya kerana tidak mampu untuk membayar harga tiket. Kesulitan berlaku apabila Hawa berjumpa dengan Mama iaitu dalang sindiket pemerdagangan bayi. Mama telah memberi Hawa makan dan membawa Hawa ke klinik. Hawa telah dipelawa untuk tinggal di tempat Mama. Tempat tersebut merupakan tempat sindiket tersebut menempatkan wanita - wanita hamil untuk dijadikan mangsa penjualan bayi. Di sana mereka dijaga dengan baik, makan minum dijaga, ubat - ubatan diberi serta kandungan dijaga rapi. Namun demikian, sebaik saja melahirkan anak, anak mereka akan dijual dan mereka akan didagangkan. Setelah genap sembilan bulan Hawa mengandung, dia pun melahirkan anaknya. Adam yang telah mengetahui bahawa Hawa adik kepada Razak, telah cuba untuk menyelamatkan Hawa dan anaknya dengan melarikan Hawa dari Hospital. Sebaik sahaja Ah Keong mengetahui peristiwa tersebut, Am menjadi mangsa belasahan mereka, mereka marah terhadap tindakan Ad telah memburu Ad. Setelah 2 hari Ad dan Hawa bersembunyi di hotel murah, Ad pun membawa Hawa balik ke rumahnya dan mengajak Am untuk lari bersama mereka ke Kuantan. Pada mulanya Am bersetuju dan menyuruh Ad untuk membeli tiga tiket bas ke Kuantan. Namun demikian, semasa Ad masih membeli tiket, Am telah cuba untuk memulangkan Hawa kepada Ah keong, namun demikian, perkara tersebut telah diketahui oleh Ad. Ad yang mengetahui dimana Am menyimpan duit hasil songlapnya telah menggunakan duit tersebut untuk mengugut Am untuk mengembalikan Hawa kepadanya. Tindakan Ad berhasil dan berjaya mendapatkan Hawa. Semasa dalam perjalanan untuk ke stesen bas, Ad dan Hawa telah bertemu dengan ayah Hawa. Ayah Hawa menginginkan bayi Hawa , akan tetapi Hawa enggan melepaskan bayinya kepada ayahnya sebaliknya telah menikam perut ayahnya dengan pecahan botol kaca. Selepas melalui beberapa keperitan itu, mereka berjaya juga untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan. Dalam pada itu, Am yang menjadi buruan Ah Keong telah berjaya menewaskan Ah Keong dalam pertarungan namun gagal untuk mengejarkan Ad dan Hawa untuk mengikut mereka lari ke Kuantan.

Disini saya sempat juga merakam gambar adegan - adegan dalam filem songlap ini. Biarpun mengambil gambar di dalam show room  adalah dilarang, tapi saya ambil juga...sekadar untuk dikongsikan kepada anda semua...










Adegan - adegan dalam filem Songlap

Sekian perkongsian saya mengenai filem songlap, semoga memberi gambaran kepada anda. Jika ingin tahu lebih, tontonlah sendiri di pawagam terdekat. 

2 comments:

  1. best la...tp berbeza sikit dgn iklan dia...dlm iklan mcm filem aksi..tp tgk..sedih juga.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...