Selamatkan kandungan "Folder" dari virus "Shortcut"

Assalamualaikum...

Jari saya terdetik untuk berkongsikan sesuatu kepada anda semua. Iaitu cara mudah untuk menyelamatkan isi kandungan dalam folder anda jika drive anda sama ada pendrive, external drive mahupun komputer anda sendiri diserang virus shortcut . Virus ini menyerang dengan menukarkan semua folder yang terdapat dalam drive anda. Ia menukarkan folder tersebut ke bentuk shortcut dan kita tidak boleh mengakses isi kandungannya. Namun demikian, janganlah panik kerana setiap masalah ada penyelesaiannya.


folder yang telah diserang virus ini.

Seperti yang saya katakan tadi, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, disini saya ingin kongsikan caranya.

1) Langkah pertama, buka My Computer pada komputer anda.

2) Buka drive yang terkena virus tersebut. 

3) Setelah membuka drive tersebut, klik pada menu Organise pada drive tersebut.

menu Organise

4) Seterusnya, setelah klik pada menu Organise tadi, klik pada  folder and search option .

5) Setelah berada pada tetingkap folder option , klik pula pada menu View.

tetingkap folder option. klik pada menu view.

6) Setelah membuka menu View tersebut, sila klik pada show hidden file, folder and drive.


klik pada show hidden files, folder and drives tersebut.

7) Selepas selesai menanda show hidden file, folder and drive , anda pula perlu membuang / unmark semua tanda semak / tick pada opsyen  yang terdapat di menu View .


8) Akhir sekali, setelah semuanya di unmark , klik Apply seterusnya Ok.

9) Semua folder akan ada semula pada drive anda. Untuk menyelamatkannya, anda perlu cut and paste fail - fail yang terdapat dalam folder tersebut ke folder lain dan ke drive yang lain (Contoh : Jika folder tersebut berada di drive D , cut and paste isi folder tersebut ke folder lain di drive C atau drive yang berasingan). Setelah semuanya selesai du cut and paste ke folder lain, anda bolehlah mengembalikan semula setting folder option ke bentuk asal dengan menanda semula semuanya.

tandakan semua opsyen yang telah anda unmarked tadi

10 ) Formatkan drive yang terkena virus tadi untuk menghapuskan virus tersebut dari drive anda. Setelah selesai format, cut and paste semula folder yang dipindahkan ke drive berasingan tadi ke drive yang terkena virus tadi. Selepas selesai semuanya, anda akan mendapatkan semula fail - fail anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menangani masalah ini. "Malu bertanya sesat jalan", bertanyalah jika ada sebarang kemusykilan. Asyraff Benjamin sedia membantu selagi termampu :)

Sekian...





3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...