Apple Safari Browser untuk Windows 7

Assalamualaikum...

Kepada semua pembaca Blog Asyraff Benjamin ni, hari ini Asyraff nak berkongsi lagi kepada anda satu lagi perisian yang boleh meningkatkan prestasi komputer windows 7 anda. Perisian yang Asyraff nak kongsikan kali ini adalah pelayar web Apple Safari 3.2.7  untuk windows 7. Bagi pengguna Apple pastinya sudah sinonim dengan nama Safari ni. Safari merupakan default browser untuk semua komputer keluaran Apple. Disamping itu, Safari menjanjikan kelainan baik dari segi pandangan, kelajuan dan grafiknya. Safari merupakan sebuah browser pintar dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti berita, product update , Wikipedia dan Google Maps pada toolbar dan Rss feed . Dalam erti kata mudahnya, penggunaan Safari ini adalah lebih mudah berbanding enjin carian yang lain seperti Firefox, Chrome, ThunderBirds, SeaMonkey dan Internet Explorer kerana ia menjalinkan beberapa ciri dari pelayar web tersebut bersama - sama dengan ciri dari Apple.

Baiklah, berbalik kepada topik perkongsian tadi, Asyraff telah pun memuat naik Installer Apple Safari ini ke laman 4shared Asyraff dan anda boleh memuat turun untuk kegunaan komputer anda. ( Klik pada pautan di bawah untuk muat turun )


Baiklah, setelah anda muat turun installer tersebut, anda boleh memansangnya mengikut garis panduan yang seperti di bawah.

Langkah pertama adalah, double - click pada fail yang telah dimuat turun tadi untuk memulakan pemasangan.


Setelah anda membuka installer perisian ini, Proses pemasangan pun bermula dan akan muncul antarmuka selamat datang untuk memulakannya.


 Antarmuka selamat datang ini menyediakan sedikit maklumat mengenai perisian Apple Safari ini. Jika rajin bacalah. Seterusnya klik pada Next untuk ke langkah seterusnya.


Seperti setiap perisian, pasti ada licensed agreement kan, perisian ini pun ada. Jadi anda perlu terima untuk meneruskan pemasagan. Klik pada I accept the terms in the licensed agreement untuk setuju.


Seterusnya adalah muncul pula antarmuka untuk memilih lokasi pemasangan serta pemasangan dua add - ons lain bersama dengan Safari ini iaitu Bonjour dan kemas kini automatik untuk Safari dan produk - produk Apple. Setelah memilih lokasi pemasangan, klik pada Install untuk memulakan proses.


Proses pemasangan pun bermula. Tunggu hingga selesai. Setelah selesai klik pada Next untuk menamatkan proses pemasangan.


Proses pemasangan pun selesai. Klik pada Finish untuk keluar dari proses pemasangan. Pemasangan pun selesai dan anda boleh menikmati dan melayari internet menggunakan Safari ini. Di bawah merupakan gambaran bagaimana pelayar web Safari ini.


Baiklah, sekian perkongsian dari Asyraff buat kali ini. Semoga ia akan membantu anda untuk menikmati internet lebih pantas. Sekian. Selamat mencuba. *_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...