Tera Copy 2.27 : Menyalin Fail Dengan Pantas

Assalamualaikum...

Tera Copy 2.27


Tera Copy, mungkin anda pernah mendengar perkataan itu. Tapi tahukah anda apakah itu Tera Copy? Baiklah, di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang Tera Copy ini. Tera Copy merupakan sebuah perisian atau program yang direka khas untuk menyalin dan memindahkan ( cut & copy ) fail pada kelajuan maksimum sekali gus mengurangkan masa menunggu proses penyalinan fail. Tera Copy menggunakan dinamik yang diselaraskan dengan panampaan untuk mengurangkan tempoh masa penyalinan fail. Antara kelebihan Tera Copy ini adalah memendekkan masa  penyalinan fail. Tera Copy ini menggunakan penampaan dinamik untuk mengurangkan seek timer . Selain itu, Tera Copy ini juga membolehkan anda menghentikan ( pause ) dan meneruskan ( resume ) proses penyalinan fail. Dengan Tera Copy ini anda boleh menghentikan proses penyalinan pada bila - bila masa. Sebagai contoh, semasa anda menjalankan proses penyalinan, anda menghadapi masalah kekurangan kapasiti pemacu, jadi anda boleh pause untuk memadam fail lain untuk melengkapkan proses penyalinan anda. Seterusnya, dengan menggunakan Tera Copy ini, ia boleh membetulkan ralat ( error recovery ) semasa proses penyalinan. Disamping itu, Tera Copy juga boleh menyenaraikan fail interaktif. Tera Copy akan menunjukkan, pemindahan fail yang gagal dilaksanakan dan membolehkan anda membetulkan masalah tersebut dan menyalin semula hanya fail yang terdapat masalah padanya. Akhir sekali adalah Tera Copy mempunyai sokongan unicode penuh.

Baiklah, untuk memuat turun program Tera Copy ini anda boleh menekan pada ikon dibawah.

( klik untuk muat turun )

Seterusnya, setelah anda muat turun Installer , anda bolehlah memasang perisian ini ke komputer anda seperti biasa. 

Baiklah, ini pendapat Asyraff mengenai Tera Copy ini. Bagi Asyraff, program ini amat efisyen fungsinya dalam mempercepatkan proses penyalinan fail pada komputer. Bagi individu yang kaki download seperti Asyraff ni memang banyak melakukan penyalinan terhadap fail - fail sama ada pada komputer ataupun pada pemacu luaran. Mengikut pengalaman Asyraff yang telah menggunakan program ini selama 6 bulan, Tera Copy ini membantu menjimatkan kurang lebih 30% masa penyalinan berbanding dengan copy paste biasa yang terdapat pada OS Windows.

Di sini Asyraff sertakan sekali garis panduan pemasangan ( install ) Tera Copy pada komputer anda. Pertama sekali, double - click pada fail yang telah dimuat turun. Kemudiannya akan keluar antarmuka installer untuk program ini seperti di bawah :


Klik pada Next untuk meneruskan proses pemasangan. Seterusnya akan keluar licensed agreement untuk program ini. Anda perlu accept untuk meneruskan pemasangan program ini. 


Setelah anda accept the agreement , klik pada Next untuk ke langkah seterusnya.


Seterusnya, klik Next lagi untuk meneruskan pemasangan. Kemudiannya akan muncul lagi option untuk anda memilih lokasi folder untuk melakukan pemasangan. Sebagai contoh, seperti di bawah , C:\Program Files\TeraCopy.


Setelah memilih lokasi pemasangan yang anda kehendaki, klik Next. 


Kemudiannya, muncul pula option untuk menambah additional task kepada Tera Copy pada komputer anda. Anda boleh memilih sama ada mahu menggabung jalin Tera Copy anda dengan md5 files atau sfv files. Setelah selesai, klik Next dan proses pemasangan pun bermula.


Tunggu proses sehingga selesai. Setelah selesai, akan muncul pula informasi tentang pemasangan program ini seperti dalam rajah di bawah.


Berikut merupakan informasi penting pemasangan perisian ini. Saya mengesyorkan anda membaca untuk tujuan keselamatan. Setelah selesai membacanya, klik Next untuk menamatkan proses pemasangan.


Selesailah sudah proses pemasangan Tera Copy pada komputer anda. Akhir sekali klik pada Finish untuk keluar dari proses pemasangan tersebut. Semasa menamatkan pemasangan tersebut, anda boleh memilih untuk melancarkan Tera Copy terus sebaik sahaja tamat proses atau melancarkannya secara manual dan klik untuk mark pada launch Tera Copy.

Baiklah, Setelah selesai, anda bolehlah mengujinya dengan melakukan penyalinan fail di komputer anda. Selamat mencuba. Sekian *_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...