StartOrbz Studio : Tukar Butang "Start Menu"

Assalamualaikum...

Seperti biasa, Asyraff suka melakukan blogwalking sesuai hobi saya dan juga fitrah seorang guru suka meneroka sesuatu yang baru untuk mendapatkan satu ilmu yang baru. Semasa saya melakukan rutin blogging saya pagi tadi semasa di dalam kelas, Asyraff telah menemui satu perisian yang menarik iaitu StartOrbz Studio. Perisian ini merupakan sejenis arts software. Perisian ini adalah untuk menukar atau dalam Bahasa Inggerisnya costumize start menu button. Baiklah, mari kita menjurus kepada fokus utama entri ini.

Fokus entri ini adalah untuk berkongsikan perisian ini dan berkongsi bagaimana penggunaan perisian ini.

Pertama sekali, anda boleh memuat turun perisian ini yang telah saya muat naik ke laman 4shared saya. Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun StartOrbz Studio.


Seterusnya, kita beralih kepada cara penggunaan dan cara menukar start menu button komputer anda mengikut imej yang anda kehendaki. Langkah pertama adalah, buka fail perisian yang telah dimuat turun. Setelah anda membuka perisian tersebut, akan keluar antarmuka seperti berikut :


Seterusnya, untuk menukar atau memilih imej yang anda kehendaki untuk dijadikan start menu button anda. Sedikit peringatan disini, imej yang digunakan perlulah dalam format PNG. Anda boleh mendapatkan dan memuat turun imej - imej PNG ini di Google atau mana - mana search engine yang anda gunakan. Jika anda mahir menggunakan Photoshop, anda boleh membuat sendiri imej yang anda kehendaki dan save dalam format PNG. Berbalik kepada fokus utama, setelah membuka perisian tersebut, klik pada Create New Start Orb. 

Creat New Start Orb 

Setelah anda menekan pada Creat New Start Orb, akan muncul antarmuka untuk memilih imej yang anda kehendaki untuk dijadikan start menu button. 


Untuk memilih imej, klik pula pada ikon yang berbentuk folder pada antarmuka tersebut. 


Setelah itu, anda bolehlah memilih imej yang anda ingini untuk dijadikan start menu button seperti dibawah.


Pilih imej yang anda suka dan klik pada open. kemudiannya akan muncul pula antarmuka untuk costumize imej tersebut dan klik yes untuk proceed.


Kemudiannya, anda perlu adjust imej tersebut untuk mendapatkan hasil yang cantik dan memuaskan. Anda boleh meletakkan shadow, bevel, glow, adjust opacity dan emboss imej tersebut ini akan menjadikan start menu button anda lebih menarik.  Untuk melakukan klik sahaja pada kategori seperti dalam rajah di bawah.


Baiklah, setelah berpuas hati dengan pemilihan dan rupa bentuk start menu button anda, berikan nama kepada design yang anda hasilkan pada ruangan tittle di bahagian atas antarmuka perisian.


Setelah memberi nama tersebut, save imej yang telah anda buat tadi seperti dalam rajah di bawah ini.


Setelah save, hanya tinggal satu langkah sahaja lagi untuk menukarkan start menu button anda iaitu apply imej yang telah dipilih tadi, untuk apply imej ini mudah sahaja, cuma klik pada apply pada imej yang anda pilih.

Setelah apply, anda akan mendapat hasilnya seperti berikut :


Baiklah, asyraff telah selesai menukarkan start menu button komputer Asyraff kepada logo Harimau Malaya. Cantik kan? hehe... baiklah, sekian perkongsian dari saya, selamat mencuba semua. 

 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...