"Extract" Fail RAR menggunakan WinRAR

Assalamualaikum...

Pernahkah anda mendengar atau melihat fail RAR pada komputer anda? Fail jenis ini biasanya kita jumpa apabila kita memuat turun sesuatu perisian. Fail RAR ini adalah merupakan fail bersaiz besar yang telah dimampatkan (compressed ) kandungannya. Tujuan fail ini di compress adalah untuk memudahkan perkongsiannya di laman perkongsian di internet. Antara laman perkongsian yang popular adalah 4Shared, Filesonic, Filehippo dan Mediafire. Laman ini membolehkan kita untuk berkongsi apa jua jenis format fail. Namun demikian, laman ini mempunyai had saiz bagi sesuatu fail. Oleh kerana itulah fail - fail yang ingin dimuat naik untuk dikongsikan perlu di compress. Ini kerana ia akan menjadikan fail tersebut menjadi lebih ringan / kecil saiznya.

Baiklah, ayuh kita menuju ke tujuan utama perkongsian ini. Fokus utama entri ini adalah menerangkan satu - persatu langkah untuk mengekstrak ( extract ) fail RAR yang telah kita muat turun dari internet.


Inilah fail RAR yang biasa kita temui semasa memuat turun fail dari laman perkongsian di internet.

Langkah pertama untuk memulakan proses extract fail ini adalah anda perlu ada perisian WinRaR. Jika tiada, anda bolehlah memuat turunnya di pautan di bawah.


Untuk memulakan proses tersebut, pergi pada fail yang telah dimuat turu dan double - click pada fail tersebut.

Setelah anda double - click pada fail tersebut, akan terpapar perisan WinRAR di skrin anda untuk proses extract file seperti di bawah.


Kemudian, anda klik untuk select fail mana yang hendak di extract seperti rajah di bawah dan klik "extract to" .


Setelah anda klik "extract to" akan muncul satu lagi antarmuka option untuk menentukan dimana penempatan fail yang akan di extract itu dipaparkan.


Klik pula pada "Display files in Explorer" dan klik "ok" supaya fail yang akan di extract akan muncul dalam bentuk folder. Langkahnya adalah seperti di bawah.


Setelah anda menekan pada "ok" , maka proses extracting pun bermula.


Setelah selesai proses tersebut. Fail yang asalnya dalam format RAR akan menjadi fail biasa seperti yang biasa kita lihat di kompter kita. 


Dan inilah hasilnya. Mudahkan nak extract fail ni kan. Baiklah, selamat mencuba. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...