Libre Office : Alternatif Ganti Microsoft Office

Assalamualaikum...



Kali ini Asyraff kongsikan kepada anda semua satu produk yang mungkin memberi manfaat kepada anda. Produk yang Asyraff nak kongsikan dalam entri kali ini adalah Libre Office. Libre Office merupakan perisian pemproses generasi baru. Fungsinya sama seperti Microsoft Office namun ada sedikit perbezaan. Libre Office menggunakan lesen secara percuma dan boleh dimuat turun terus dari internet sahaja. Bagi pengguna komputer baharu dan kepada yang baru menjalankan proses formatting pada komputer anda, bolehlah menggunakan perisian ini jika menghadapi masalah untuk mendapatkan perisian Microsoft Office, maklumlah seperti yang kita tahu, perisian Microsoft Office yang asli adalah sangat mahal di pasaran. Jadi perisian Libre Office ini bolehlah dijadikan alternatif untuk menggantikannya.

Ciri - ciri perisian ini adalah kurang lebih sama dengan Microsoft Office. Jika Microsoft Office ada Microsoft Word, Powerpoint, Excel dan Access , Libre Office juga turut menawarkan ciri seperti berikut. Antara ciri yang terdapat dalam Libre Office adalah Text Document, Presentation, Spreadsheet, Database, Drawing, dan Formula. Text adalah sebagai Word jika dalam Microsoft, manakala Presentation sebagai Powerpint, Spreadsheet sebagai Excel, dan Database sebagai Access.



Baiklah, disini Asyraff pautkan pautan muat turun perisian Libre Office ini dan anda boleh memuat turunnya terus dari laman tersebut.


Baiklah, stelah selesai muat turun, anda bolehlah memasangkan perisian ini sendiri ke komputer anda. Setakat inilah perkongsian Asyraff buat kali ini. Selamat mencuba. *_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...