Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT 2012 : Tahniah IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Assalamualaikum...

Pada malam 18 Februari Asyraff berpeluang menyaksikan pertandingan Akhir Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT 2012 anjuran Kolej Antarabangsa Ibu Zain yang dilangsungkan di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan akhir itu menemukan pasukan Inistitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (A). Pertandingan akhir tersebut memang menemukan buku dan ruas apabila kedua - dua pasukan menampilkan pasukan terbaik masing - masing. Namun kemenangan lebih menyebelahi pasukan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Syabas dan tahniah Asyraff ucapkan kepada Puan Zawiah Abdul Shukor dan Pasukan Pantun IPG Kampus Bahasa Melayu atas kemenangan pada pesta pantun ini. Sekalung Tahniah juga Asyraff tujukan buat Tuan Hafizullah Tuan Yunnus atas anugerah pemantun terbaik yang telah dimenangi. Sekian dari Asyraff, semoga akan terus mengekalkan kejayaan pada masa akan datang.

Pasukan Pantun IPG Kampus Bahasa Melayu

Pentas Pantun Integrasi Budaya IPT 2012

Sekitar pertandiangan akhir antara IPG KBM dan UKM (A)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...