Hanya Pada Allah Ku Berharap

Assalamualaikum....

Adalah lebih sesuai rasanya untuk saya menggunakan kata ganti nama diri "AKU" untuk entri ini dek kerana konteks "AKU" itu lebih sesuai dengan sang pencipta.

Hmmm... Hari demi hari, pelbagai suka - duka aku tempuhi selama menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini. Pahit dan manis semuanya ku telan, tiada daya untukku menolak pahit itu kerana semuanya telah tertulis untukku dan ku terima kemanisan itu sebagai satu nikmat dari - Nya. Namun, harus diingat, nikmat yang datang itu juga mungkin untuk menguji. Segalanya telah diatur oleh-Nya, kita sebagai hamba seharusnya bersyukur dan redha dengan ketentuannya kerana itulah ciri orang beriman.  Telah tersebut bahawa salah satu rukun iman adalah beriman kepada qadak dan qadar. Oleh itu, segalanya harus kita terima dengan hati yang terbuka tanpa merungat kepada-Nya. Ingatlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Pada diriku pula, pelbagai masalah yang aku hadapi buat masa ini. Memang cukup mengusutkan fikiran dan merunsingkan hati. Ya Allah, aku bermohon padaMu supaya kau mengurniakan petunjuk kepada hambamu yang lemah ini. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini, sesungguhnya apalah daya yang mampu aku lakukan jika itu yang telah engkau janjikan untukku. Cuma kekuatan yang aku harapkan untuk menghadapi dugaan darimu.

Ya Allah, sesungguhnya pada aku bergantung harap. Ku bermohon kau perkenankanlah segala permohonanku. Kau kabulkanlah segala doa ku di tikar sujudku. Inilah ikhtiar terakhirku setelah mencuba sehabis baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...