Ya Allah, Kuatkan AKu.

Hari - hari berlalu laju, tanpa aku sedari sekarang aku sudah berada di bulan julai tahun 2012. Sedangkan aku rasa bulan januari baru semalam berlalu. Segala kenagan dan peristiwa yang aku lalui seperti baru semalam berlaku. Mengapa begini? Datik waktu seakan menambah kelajuannya, Adakah aku yang perlahan, atau aku sudah ketinggalan, atau aku yang tidak tahu apa yang berlaku. Ya Allah, beri aku petunjuk. Sesungguhnya aku lemah, aku tidak mampu untuk menghadapi duniamu ini berseorang, aku tak punya kekuatan, aku lemah, aku lemah, aku lemah. Tapi kenapa aku lemah??? Kenapa aku sering dapat apa yang aku tidak minta. TApi aku bersyukur kerana kau masih memberi padaku, meskipun kau beri apa yang aku tak perlukan, tapi aku tahu kau maha mengetahui, pasti ada tujuan kau berikan itu semua padaku. Aku tahu engkau rindukan rintihan hambamu, Ya Allah, jika telah kau tulis ini takdirku, aku terima. Mungkin itu yang terbaik untukku. Lagipun, itu janjiku juga. Meskipun aku tak tahu apa yang aku janjikan padamu saat kau tiupkan roh pada jasadku, tapi yang pasti, aku akan berjanji untuk menjadi hambamu yang taat kepadamu. Ya Allah, aku memang tidak kuat untuk mengubah takdirmu kerana kau maha kuat di cakerawala ini. Tapi aku mohon darimu pinjamkan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Kadangkala aku rasa seperti aku tidak faham akan dunia ini. Cikgu kata, kalau tak faham, rujuklah buku. Berpegang pada kata-kata itu, aku rujuk buku yang agung, aku tahu, semua firmanmu di situ adalah rujukan yang agung. Terima kasih ya Allah kerana tidak biarkan aku seorang terumbang-ambing di duniamu ini, kau berikan aku Al-Quran sebagai panduan. Aku juga ingat pesan si dia. Baca Al-Quran kalau rindu dia. Memang benar kata-kata itu. Bila aku baca kalammu, aku rasa aku tenang, aku mampu melupakan masalah dan rintangan hidupku. Aku syukur kerana menjadi hambamu. Ya Allah, Aku mohon kau kuatkan Aku. Berilah aku bahagia meskipun aku harus mengharungi duka.Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...