Elemen - elemen Kecerdasan Emosi : Minggu Keempat


Dalam subkomponen yang pertama ialah Kesedaran Emosi Kendiri dan Pengurusan Emosi Kendiri yang berteraskan Aspek Personal di bawah Kerangka Kompentensi Kecerdasan Emosi (ECI) Goleman & Boyatizs. Serba sedikit mengenai Konsep Kesedaran Emosi Kendiri yang merujuk kepada pengenalpastian emosi diri dan orang lain. Menurut kajian McPhail kesedaran emosi mengandungi empat tahap  disusun secra progresif bermula dari kompetensi mengenalpasti emosi diri dengan orang lain, aplikasi emosi, empati emosi dan akhir sekali ialah emosionaliti.

Kompetensi Kesedaran Emosi Kendiri seseorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan subkomponen-subkomponen seperti kesedaran emosi, kesedaran ketepatan kendiri, keyakinan diri,penghormatan diri dan kesejahteraan kendiri.

Manakala, kompetensi pengurusan emosi kendiri seseorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan eksperesi individu berdasarkan komponen seperti kawalam emosi kendiri, kebolehubahsuaian, kebolehpercayaan, ketekunan, inovatif, optimistik, inisiatif dan berorientasikan pencapaian


Seterusnya, komponen yang kedua di bawah Kecerdasan Emosi ini ialah Kompetensi Sosial yang turut dibahagikan kepada dua komponen utama. iaitu Komponen Kesedaran Sosial dan Komponen Kemahiran Sosial. Kompetensi Kesedaran Sosial seseorang individu boleh dikenalpasti melalui tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan kompetensi kecerdasan subkomponen-subkomponen yang merangkumi empati, membangunkan individu lain, kesedaran organisasi, berorientasikan perkhidmatan, dan melayani kepelbagaian. Manakala, Kompetensi Kemahiran Sosial boleh dikenalpasti melaui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran subkomponen-subkomponen seperti komunikasi pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, membina perhubungan, kepimpinan berinspirasi, dan kerja berpasukan dan kolaborasi.

Dengan itu, subkomponen-subkomponen Kompetensi Kesedaran Sosial dan Kompetensi Kemahiran Sosial adalah berlandaskan kepada Aspek Sosial di bawah kerangka Kompetensi Kecerdasan Emosi ( ECI) Goleman dan Boyatizs.

Sekian Dari Saya.

Oleh, Amir Asyraff Bin Jamin
Kecerdasan Emosi 2012. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...