Larian Guru IPG Kampus Bahasa melayu 2012

Assalamualaikum...

"Larian bersama generasi pendidik" Itulah tema Larian Guru peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu tahun 2012. Acara larian yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu melibatkan seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu. Acara yang dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta itu amat mendapat sambutan dari warga IPG Kampus Bahasa Melayu. Pada larian kali ini saya telah memakai nombor 405. Memang sengaja saya pilih nombor tersebut, maklumlah saya kan suka nombor 5. Sebaik selesai sesi pendaftaran, acara diteruskan dengan sesi senamrobik. Memang seronoklah senamrobik. Masa senamrobik ni, teringat pula kenangan semasa semester satu dahulu. Baiklah, teruskan pada acara kemuncak, iaitu acara larian. Pada larian ini saya telah bermula dari barisan kedua, barisan pertama biasalah, dipelopori oleh senior - senior. Alhamdulillah, syukur saya berjaya menamatkan larisan ini di tempat kedua. Memang satu kenangan manis bagi saya, pertama kali menyertai sudah mendapat tempat kedua. Pada sesi penutup pula, majlis itu telah dirasmikan oleh Dato, Marina Chin yang merupakan tokoh ikon sukan negara dan juga pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pingat yang dikalungkan beliau di leher ini amat bermakna bagi saya. Bukan senang nak jumpa orang macam tu. Dah tu, gimmick perasmian pun menarik kerana disajikan dengan formasi tulisan LARIAN GURU 2012 hasil gabungan pelajar PPISMP Semester3 bersama maskot Harimau serta maskot monyet berbasikal amat menyerikan majlis. Larian Guru 2012 adalah kenangan manis bagi saya di IPG Kampus Bahasa Melayu. Sekian. Itu Cerita saya.

Pingat yang  saya menangi pada larian ini.

Hamper. Biarpun tak seberapa, kenyang juga...

Koleksi pingat bertambah lagi.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...