Aku Sayang Papa Mama.

Assalamualaikum...

Aku Sayang Papa Mama
sebuah bingkisan rindu dari anakmu...

Tanganku lincah menaip, mata meliar di sisian tingkap bilikku, terasa hening angin bertiup pada malam itu. Aku menjenguk sebentar, langit begitu kuning kemerah-merahan,anak bulan syaaban masih lagi tajam bentuknya. Indahnya ciptaan tuhan. Lagu yang aku mainkan di komputer bertukar silih berganti, tweet yang ditulis oleh rakan-rakan tweet ku kian memenuhi laman home. Aku terasa sunyi, kawan-kawanku pula seakan membisu di laman sosial itu, manakah perginya mereka? Aku tertanya dalam hati. Aku terus sahaja mematikan talian internetku. Tiada gunanya juga aku terus stay sedangkan tiada apa yang hendak dibincangkan atau yang menarik untukku jadikan status di twitter ku. Aku terus menyambungkan wayar external hard disk ku ke lubang USB pada komputerku, aku role butang tengah pada tetikus, aku cari apa yang menarik. Hatiku tergerak untuk melihat koleksi gambar-gambarku. Aku pun membukanya. Aku lihat banyak gambar, aku tenung kesemuanya, aku tersenyum sendiri. Aku semakin teruja, tiba-tiba aku terjumpa sebuah folder gambar-gambar keluargaku. Aku terus membukanya, hatiku tiba-tiba terasa rindu akan mereka yang berada jauh di kampung halaman, jauh di seberang sana, jauh dari pandangan mataku tapi tetap dekat dihatiku. Aku lihat gambar itu satu per satu, aku terjumpa gambarku semasa baru masuk tadika. Putihnya muka aku disitu, tapi sekarang sudah tidak seputih dahulu, kulit hitam manis telah melekat pada diriku. Aku tertawa keseorangan, entah bagaimana aku yang dahulunya putih tiba-tiba menjadi hitam seperti sekarang. Mungkin terlalu kuat bermain, atau mungkin terlalu aktif bersukan, maklumlah semasa aku berada di Sekolah Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak dahulu, memang setiap hari akan dijemur oleh jurulatih. Seawal jam 2.30 petang aku akan disuruh berlari mengelilingi trek 400 meter sebanyak 10 pusingan sehari. Mana tak jadi hitam begini. Aku tekan butang next, aku lihat lagi gambar-gambar ku bersama keluarga, aku tenung, aku teringat akan kenangan manisku bersama adik-adik dan sepupuku semasa kecil dahulu. Memang seronok. Aku terus ke gambar seterusnya, aku lihat gambar mak dan ayahku. Hatiku mula sedu, aku seperti tersentuh, sayu rasanya, dalam pada itu, playlist lagu komputerku pula memainkan lagu 1,2,3,4 nyanyian Aris Ariwatan. Memang aku tersentuh habis-habisan. Aku sedar, banyak jasa mak dan ayahku padaku. Jika hendak dikira dari kecil hinggalah aku bergelar sebagai seorang bakal pendidik ini, memang tak mampu untukku membalasnya, jika dikira dari segi wang ringgit, memang berjuta habis. Jika dikira dari tenaga, memang banyak keringat mereka curahkan untukku, jika dikira pengorbanan mereka, memang banyak untukku. Aku ingat lagi semasa aku dahulu, saat aku mula-mula masuk darjah satu, mak telah menghantar setiap pagi menggunakan basikal, aku duduk di belakang, dan mak ku memboncengku. Pada masa balik pula, mak akan mengambilku, sampai di pertengahan jalan, mak pasti akan singgah di kedai. Aku suka makan ais krim pada masa itu, aku dan mak akan makan ais krim setiap kali waktu balik. Bila hujan pula, aku dan mak akan menempuh hujan bersama-sama, aku ingat lagi, suatu hari, mak hanya membawa satu baju hujan sahaja, mak sanggup tidak memakai baju hujan kerana tidak mahu aku basah dan takut aku demam kerana hujan. Itulah kenangan manisku bersama mak. "Mak kamek sayang kitak". Bila ayah sudah ada rezeki lebih pula, ayah telah membeli motosikal, dan mak tidak lagi menghantar menggunakan basikal. Satu kenangan yang aku tidak lupakan hingga sekarang semasa bermotosikal bersama mak adalah semasa kami dikejar anjing, waktu itu sangat cemas, maklumlah mak belum begitu mahir menunggang motosikal, kami pun jatuh dari motosikal, entah bagaiman, mak tiba-tiba menjadi kuat setelah jatuh, mak telah membuatkan anjing yang mengejar kami tadi takut dan lagi. Setelah tenang suasana pada ketika itu, barulah aku mak menghampiriku, mak memeriksaku, aku cuma luka pada siku, aku lihat pula diri mak, sikunya luka teruk, lututnya pula berdarah, seluar jeans yang dipakai mak koyak akibat jatuh. Akhirnya aku dan mak pun balik ke rumah dengan berjalan kaki sambil mak menunda motosikal. Itu cerita aku bersama mak. Bersama ayah pula, ayah sangat banyak berkorban untuk kami adik beradik. Aku ingat lagi semasa hari raya, ayah lebih mengutamakan kami adik beradik semasa membeli baju raya. Setelah selesai kami membali barulah ayah membeli untuknya. Tidak cukup dengan itu, semasa aku baru mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, ayah telah menghadiahkan aku sebuah telefon bimbit canggih. Handphone touch screen yang ayah hadiahkan padaku sedangkan ayah sendiri menggunakan telefon Nokia yang skrin hitam putih. Aku hargai semua itu. Dan pengorbana ayah paling besar untukku adalah, ayah sanggup melupakan hasratnya untuk membeli kereta baharu, ayah lebih sanggup menggunakan duit simpanannya untuk aku melanjutkan pelajaran sekarang. Mungkin suatu hari aku boleh membalasnya. Aku ingin membeli sebuah kereta bahara untuk ayah. Aku ingin membayar semua wang yang ayah telah belanjakan untukku. Aku tahu, ayah juga memerlukan duit, tapi ayah lebih mengenangkan anaknya yang jauh di rantauan ini. Aku juga selalu menghubungi adikku di kampung, katanya, ayah bekerja keras di sana untuk menampung perbelanjaan kami adik-beradik. Saat itu hatiku cukup tersentuh. Hatiku sayu merindui mereka. Jika aku boleh pulang sekarang, pasti aku akan pulang untuk menemui mereka. Aku rindu akan ciuman mak dan ayah. Semasa cuti, setiap hari kami sekeluarga akan solat berjemaah maghrib dan isyak, setiap kali selepas solat, ayah dan mak pasti akan memeluk dan mencium kami adik-beradik. Sekarang mesti mak dan ayah kesunyian di rumah, maklumlah, aku sudah di negeri orang, adik keduaku pula tinggal di asrama, tinggallah dua orang adikku sahaja di rumah. Aku dapat bayangkan kehidupan mereka meskipun aku berada jauh di Kuala Lumpur. Aku tahu, mak dan ayah  sangat merinduiku. Setiap kali ayah telefon, ayah akan bertanya padaku sama ada aku rindu pada mereka. Sudah pastinya aku merindui mereka. Mak pula selalu menghantar mesej kepadaku, mak aku lain sikit, dia sering bertanya tentang pengajianku. Alhamdulillah mak, pengajianku baik-baik sahaja. Peperiksaan baru-baru ini pun aku lulus semuanya. Kalau mak nak tahu, aku memang bersungguh-sungguh belajar disini. Aku ingin hadiahkan kejayaanku ini untuk mak dan ayah. Aku ingin membalas semula pengorabanan mereka. Yang best nya mak aku ni, dia selalu bertanya juga tentang menantu. Aku selalu berkongsi dengan mak dengan siapa aku berkawan, mak juga menyuruhku mencari perempuan yang baik dan solehah supaya dapat membantuku menjaga meraka semasa mereka tua kelak. Kadang-kadang aku ya kan sahaja kata-kata mak ku itu. Mak ku tak kisah pun dari mana perempuan yang ku pilih berasal. Mak lagi suka kalau aku memilih orang jauh. Kalau boleh, aku nak mak ayahku merasa pendapatanku terlebih dahulu sebelum aku berkeluarga sendiri. Aku ingin membalas jasa mereka. Aku sayang Papa Mama. Mak, Ayah, terimalah lirik ini...


Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Mak dan ayahku. :)



Sekian, salam sayang buat ayah dan mak. Kamek rindu kitak bah! Kelak raya kamek balit. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...