Cerpen : Hanya Sekali

Hanya Sekali
oleh : Abang Asyraff

        Aku mengheret kerusi bilikku mendekati tingkap. Ku lihat pada hari itu langit cerah membiru. Angin bertiup sungguh mendamaikan. Aku membuka langsir seluas – luasnya, Aku duduk di kerusi sambil menghirup udara segar di tingkap bilikku. Ini merupakan hobiku. Aku memang suka memandang ke bawah. Aku suka akan permandangan kota Kuala lumpur, aku suka melihat keindahan langit pada waktu petang yang dihiasi burung – burung berterbangan. Bilikku memang stratergik untuk melihat permandangan Kuala Lumpur, letaknya pula di tingkat 7 dan di atas bukit pula, memang indah untuk menatap panorama kota ini.

Ku toleh ke tepi, roommate ku sedang asyik bermain game di komputer ribanya, aku pula sedang asyik melayani sms dari Nina. Ku pandang semula ke bawah, ku lihat rakan – rakan yang lain telah turun ke gelanggang futsal untuk bermain. Entah kenapa, hari ini aku bersemangat pula untuk bermain futsal. Mungkin kerana melihat ramai budak batch aku yang main, aku bersemangat. Pada minggu ini, rakan – rakan senior ramai yang tiada di asrama. Mereka sedang menjalani sesi pengalaman berasaskan sekolah dan juga sesi praktikum. Jadi padanlah gelanggang futsal itu dipenuhi dengan budak – budak batch aku. Aku pun mengajak teman sebilikku untuk bermain futsal. “Awi, jum kite main futsal” ajakku. Dia pun bangun dari kerusinya dan berkata padaku, “ramai ke yang main?” “ramai la, budak batch kite je pun yang main hari ni, ce kau tengok kat bawah tu” jawabku. Dia pun menghampiriku dan memandang ke bawah. “okay jum. Kita mainlah petang ni, aku pun boring gak main game ni.”

Kami pun bersiap. Hatiku nak main, tapi fikiranku nak ber sms dengan Nina. “Macam mana ni?” fikirku. “Ahhh.. bawa je la handset ni.” Aku dan Awi pun turun.

Di dalam lif, Awi hairan melihatku lalu berkata, “aii.. pelik kau hari ni, biasa kau main tak bawa telefon, kenapa hari ni kau bawa?” ujar Awi yang sengaja menyakatku. Dia tahu apa tujuanku membawa telefon adalah untuk ber sms dengan Nina. Aku pun menjawab sambil ketawa “suka hati aku lah, hahahahahaha.” Sampai ke gelanggang, aku pun bermain pada posisi pertahanan. Kalau aku main penyerang, aku tak boleh pula nak balas mesej nanti. Sebab itu aku pilih untuk bermain sebagai pertahanan. Kami pun bermainlah. 

Dalam asyik aku bermain dan ber sms , tiba – tiba Nina mengajakku keluar. Dia memintaku untuk menemaninya ke pasar raya kerana ingin membeli keperluan. Ku lihat pada jam, sekarang sudah pukul 7.10 minit, dah nak maghrib, fikirku. Aku pun membalas mesejnya, “Kita pergi lepas maghriblah ye, saya nak solat dulu.”. “Okay” jawab Nina. Aku pun balik ke bilikku, Awi dan rakan – rakan masih lagi bermain. Sampai dibilik aku pun mandi dan bersiap.

********************************************
Selesai solat maghrib, aku pun turun. Nina dan rakan karibnya Nora telah pun menanti di pondok pengawal. Aku pun berjalan ke sana dengan hati girang. Maklumlah, pertama kali Nina mengajakku keluar. Sebelum ini memang aku pernah mengajak Nina keluar tetapi belum ada kesempatan. Sampai sahaja di pondok pengawal, aku pun mengucapkan salam dan say hye. Nina menyambutnya dengan senyuman manis. Nora pun mencelah, “Hye Ashman.” Aku membalas, “Hye Nora”. Nina kulihat hanya tersenyum.

Aku suka melihat senyumannya. Manis sangat, dihiasi pula oleh lesung pipitnya yang membuatnya sangat comel dan ayu. Kerana itu aku jatuh cinta padanya. Aku pun bertanya pada Nina, “Ni kenapa ni, dari tadi asyik senyum je?” “Saje, nak bersedekah kat awak” jawabnya padaku. “Ohhh.. ye la” sambungku lagi dan dia terus tersenyum.

Kami pun berjalan menuju ke stesen LRT. Seperti biasa, fitrah manusia memang pemalu. Aku malu dan dia pun pemalu. Aku seperti susah untuk bercakap padanya. Sepanjang perjalanan itu, aku dan Nora yang lebih banyak bercakap sehinggalah sampai ke stesen LRT. 

********************************************
Kami pun sampai di pasar raya Giant. Aku berjalan bersama Nina sementara Nora berjalan di hadapan. Aku gembira sangat kerana dapat bersamanya pada malam itu. Aku merasa sangat gembira. Aku bertanya pada Nina, “Awak suka makan kek tak?”, dia senyum, “Mestilah suka” “Ohhhh... baguslah, saya pun suka, ada persamaanlah kita” jawabku dengan nada bergurau. “Eleh, awak tiru saya” jawab Nina Lagi. “ Mana ada, saya memang suka makan kek dari kecil la” sambungku, “Ye la tu” balasnya lagi. Aku pun ketawa. Aku cuba mempelawanya, “jum makan kek di secret recipy” Tapi malangnya Nina menolak. Katanya, “Tak payahlah, membazir je, baik awak simpan duit tu” , Aku pun akur dengan kata – katanya.

Nina pun menghampiri Nora, mereka mencapai troli dan pergi membeli barangan mereka. Aku follow mereka dari belakang. Aku hanya menemankan mereka. Tak tahu nak beli apa. Tiba – tiba terlintas di fikiranku untuk membeli coklat. Lagipun, coklat dalam bilikku pun dah habis. Aku pun berpecah dari mereka. Aku berjalan menuju ke arah tempat coklat. Aku mengambil 3 bar coklat Cadboury Diary Milk. Tiba – tiba aku teringat akan mesej Nina pada suatu ketika dahulu. Katanya dia suka coklat Cadboury Black Forest. Aku pun mengambil satu lagi. Aku ambil Black Foest untuk ku beri padanya. 

Dalam aku sibuk memilih coklat, Nina dan Nora pun datang padaku. Nora terlebih dahulu menyapaku, “Amboi Ashman, banyaknya kau beli coklat. Nak bagi kat Nina ke?” Nina pun tersipu malu. “Kau bagi malu aku lah Nora.” Nina berkata pada Nora. “Alaaa.. kalau orang nak bagi ambil je la.” Balas Nora pada Nina. “Pandailah kau bermadah” Jawab Nina pada Nora lagi. Aku Cuma tersenyum.

Kami pun berjalan lagi. Nora menyambar keropok yang ada di situ. Nora memborong banyak keropok disitu. Aku berkata pada Nora, “Amboi, kuatnya kau makan!” “Suka hati aku lah.” Jawab Nora. Nina menyambung, “Dia memang macam tu, kuat makan.” Aku ketawa mendengarnya. “Awak suka makan keropok?” Tanyaku pada Nina. “Suka, saya selalu belasah keropok Nora kat asrama” Jawabnya. Aku ketawa lagi.

Selesai membeli, kami pun membayar di kaunter.

********************************************
Setelah keluar dari pasar raya Giant, kami pun menuju ke pintu utama Amcorp Mall dan seterusnya berjalan menuju ke stesen LRT. Nora seakan – akan tidak member peluang untukku berjalan bersama Nina. Aku bersabar di belakang. “Takpe la” Bisikku dalam hati. Aku terus mengikut mereka dari belakang.

Sampai di stesen LRT. Tiba – tiba Nora menghilang, aku dan Nina tercari – cari. Nina bersuara, “Mak ai.. Nora buat perangai” , “Kenapa pulak” tanyaku. “Yela, dia tinggalkan kita” jawabnya. Aku menenangkan dia. “Tak pe la.”. Kami pun naik ke platform. Nina masih lagi mencari Nora. “Nak kena budak ni” Nina berkata sendirian. “Alaaa... relaxlah awak, dia tunggu juga tu. Tak berani juga dia nak jalan seorang diri ke asrama.” Nina pun tunduk. 

Tiba – tiba Nora muncul. “Weyy... aku salah platform, nasib baik aku tak naik train dulu tadi. Nina ketawa. “Tu lah kau, nak sangat kenakan aku kan” Aku ketawa sambil menyambung, “Hahahahaha.. jahatlah kau Nora” Nora menjawabku, “Jahat – jahat aku sebab nak bagi chance kat kau.” Nina memandang Nora, “ Banyaklah kau punya chance.” Aku pun ketawa. “Dah dah, mari kita balik. Train pun dah nak sampai ni.

Sesampainya train , kami pun masuk. Nina dan Nora duduk bersebelahan manakala aku duduk berhadapan dengan Nina. Aku cuba memandang Nina. Aku tenung matanya. Dia pun memandang pada, matanya berkelip, dia pun tunduk malu. Aku pun senyum padanya. Dia membalas senyumku dengan manis sekali. Dalam hati ku berkata, “cantiknya dia” . Aku sangat bahagia melihat raut wajahnya. Raut wajahnya mendamaikan hatiku. Membuat aku rasa terpesona. Membuat aku jatuh cinta. Saat itu aku teringat lagu Hafiz yang bertajuk Untuk Kamu. Lirik lagu itu seakan – akan menggambar apa yang ku lihat sekarang. Aku benar – benar merasa cinta pada ketika itu. Sesungguhnya, aku ingin memilikinya.

Dalam asyik aku melayani perasaanku, train pun telah sampai. Kami pun turun. Aku mencapai plastik pada tangan Nina. “ Biar saya bawakan untuk awak.” “Tak pe lah, saya boleh bawa sendiri.” Jawabnya padaku. Aku pun mengambil dari tangannya dan Nina tidak berkata apa – apa lagi. Nora pula mencelah, “Untunglah ada orang tolong bawakan barang.” Nina menjawab “Diamlah kau Nora!” Aku pun terus berjalan menuju ke arah teksi.

Sampai sahaja di hadapan pondok pengawal, aku pun mendahului mereka turun dari teksi. Aku membukakan pintu untuk Nina. Nina dan Nora pun turun. Teksi pun beredar. Aku memberikan semula barang Nina yang aku bawa tadi. Aku mencapai coklat Cadboury Black Forest yang aku beli tadi dan aku beri pada tangannya. Aku berkata pada Nina. “For you dear.” Nina terdiam seketika. “Terima Kasih awak”. Ujar Nina padaku. Aku senyum padanya. Nina dan Nora pun beredar menuju ke asrama mereka dan aku pun begitu. Aku berjalan sendirian dengan hati yang gembira.

********************************************
Sampai di bilik, Awi menegurku. “Amboi happy Nampak. Untunglah keluar dengan awek.” “Banyaklah kau punya awek.” Jawabku pada Awi. “Ye la tu” Balasnya lagi. Awi pun meneruskan rutin hariannya iaitu bermain game.

Aku baring sebentar. Aku seperti tidak dapat melupakan peristiwa hari ini. Pertama kalinya aku dapat keluar dengan Nina. Pertama kalinya juga aku dapat memandang matanya secara berdepan. Aku rasa sangat bahagia. Aku rasakan ruang kosong hidupku ini telah terisi. Aku mengelamun sendirian. Tiba – tiba Awi menepuk dadaku, “Oii.. kenapa dengan kau?” Aku tersentak, “Tak de pape.” Jawabku. Aku pun bangun dari katilku, Aku terus ke bilik air untuk berwudhuk. Aku tak solat Isyak lagi. Aku pun segera mengerjakannya.

Selesai solat, Aku menghantar sms padanya. “Terima kasih ye awak sebab sudi ajak saya keluar.” Beberapa minit kemudian, Nina pun membalas mesejku. “Sama – sama. Terima kasih juga sebab awak sudi dengan ajakan saya.” Aku tersenyum membaca mesejnya. Aku membalas lagi. “Kalau awak yang ajak, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.”. Nina hanya membalas dengan smiley mesejku itu. 

Pada masa yang sama, aku juga tengah online. Aku teringat peristiwa di dalam train tadi. Aku pun update status Facebook ku. Aku menulis lirik lagu Untuk Kamu sebagai statusku dan aku tag Nina disitu. Orang yang pertama like status tersebut adalah Nina. Aku suka melihatnya. Selepas itu kami pun terus berhubung menggunakan Yahoo Messenger. Kami berbicara seperti biasa di sana. Pelbagai cerita kami kongsikan. Kadangkala aku pun meluahkan perasaanku padanya. 

Setelah selesai bersembang di Yahoo Messenger, aku pun shut down komputer ribaku. Aku mematikan lampu. Ku lihat Awi disebelah telah nyenyak melayari bahtera mimpinya. Aku pun baring dan cuba untuk tidur. Tiba – tiba sampai mesej dari Nina. Katanya padaku, dia tak boleh tidur. Aku pun membalas mesejnya. “Jadi, nak saya buat apa la?” Nina membalas, “Tak payah buat apa – apa, saya saja bagitahu awak.”. Aku tersenyum membaca mesej itu. Aku pun call Nina. Sedar tak sedar, jam sudah pukul 3 pagi, kami pun dah mula mengantuk. Seperti biasa, bila part nak letak call ni mesti kami akan berdolak dalih siapa yang akan letak dahulu. Macam tak nak letak sebenarnya. Rasa macam nak cakap sampai pagi rasanya.

Selepas calling, aku pun bersiap untuk tidur. Aku menghantar mesej lagi padanya, “Selamat Malam, Do take care and sweet dream. Jangan lupa baca doa tidur” . Dia pun membalas “Take care too.” Aku pun tidur. Entah mengapa, aku rasa macam susah nak tidur pula malam ini. Aku asyik terbayang dia. Aku cuba sedaya upaya juga untuk melelapkan mataku. 

********************************************
Pagi itu aku bangun untuk solat subuh seperti biasa. Selesai solat, aku duduk di atas katilku. Awi pula telah lena semula. Saat itu aku berfikir, Adakah kegembiraan sekarang akan kekal selamanya. Fikiranku terganggu seketika. Aku pun menenangkan fikiranku, aku memasang radio. Aku buka siaran Hot FM. Pada pagi ahad yang indah itu, segmen Hot FM AM Crew membicarakan tentang  topic cinta. Aku rasa teruja untuk mengikutinya. AKu dengar bermacam – macam perkongsian tentang cinta dalam segmen tersebut. Aku rasa senang. Tiba – tiba lagu Tentang Rasa nyanyian Astrid dimainkan. Liriknya sungguh menyentuh hatiku. Liriknya berkaitan pula dengan apa yang aku fikirkan tadi. “Dapatkah selamanya kita bersama, menyatukan perasaan kau dan aku, semoga cinta kita kekal abadi, sesampainya akhir nanti selamanya.” Itulah lirik yang buat aku touching. 

Sesungguhnya, setelah aku mencapai bahagia bersama Nina, aku tidak mahu kehilangannya meskipun antara kami tiada apa – apa hubungan pun. Aku pun tidak tahu kenapa aku berasa begitu. Aku terlalu sayang padanya. Mungkin rasa sayang itu telah bertukar menjadi cinta. 

Aku pun mencapai laptop di atas mejaku. Aku pun menghidupkannya dan membuka Facebook ku. Aku buka laman Youtube dan aku search lagu Tentang rasa tadi. Aku share di wall facebook ku. Aku harap dia akan dengar lagu itu. Dan aku harap dia akan faham maksudku disebalik lagu itu. Aku memang begini, aku sering meluahkan perasaanku di facebook. Lihat sahaja pada status facebook aku, semuanya jiwang – jiwang. Tapi semua penulisanku itu adalah untuk dia. Semua kata – kata itu dalah untuk dia. Aku tujukan khas untuk dia meskipun sukar untukknya memahami siratan maksud disebalik bahasaku. Aku bukanlah Sasterawan Negara, aku menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa. Aku harap dia akan mengerti.

Aku masih terkenang lagi dengan lagu Tentang Rasa. Ia mula meracuni fikiranku. Aku cuba menenangkan diri. Aku terfikir pula tentang roommate ku Awi, dia boleh pula kekal bersama girlfriend dia meskipun berada jauh. Aku ambil kisah Awi sebagai iktibar.

********************************************
Jam menunjukkan pukul 11.50 pagi, masyaAllah, lekanya aku, aku mengejutkan Awi. Aku mengajaknya makan. Awi hanya mengangguk dan menyambung kembali tidurnya. Aku menggeleng kepala. Aku membiarkan Awi. Aku pun mengemas mejaku. Selesai mengemas meja, aku mengejutkan Awi lagi, kali ini barulah Awi bangun. “Pukul berapa dah jam?” Tanyanya padaku. “Pukul 12.10 dah,kau kalau tidur memang nombor satu.” Jawabku. Awi hanya ketawa. Dia pun mencapai tuala dan pergi mandi.

Sementara menunggu Awi mandi, aku cuba sms Nina. Aku mengucapkan selamat hengah hari padanya. Aku menunggu dia membalasnya, tapi sudah sepuluh minit masih tiada. Awi pun sudah selesai mandi. Aku pun tak ambil kisahlah, mungkin Nina sibuk. Aku pun berkemaslah untuk pergi makan. Aku dan Awi memang selalu pergi makan bersama. Maklumlah, roommate kan. Aku dan Awi memang rapat. Jika kami ada masalah, kami pasti akan berkongsi masalah itu, lebih – lebih lagi masalah kewangan. Awilah yang banyak memberi nasihat padaku. Awi  tua setahun dariku. Dia lebih banyak pengalaman hidup berbanding aku. Jadi dialah salah satu sumber rujukanku, tak kira dalam bab cinta mahupun bab – bab lain. 

Aku juga selalu belajar bahasa Bajau dari Awi. Awi merupakan orang Sabah dan berbangsa Bajau. Kebetulan pula Nina juga berbangsa Bajau. Pelbagai istilah Bajau telah aku pelajari dari Awi dan aku praktikkannya pada Nina.

********************************************

Hari –hari terus berlalu, Aku dan Nina semakin akrab. Meskipun hanya kawan, aku merasa sangat bahagia bersamanya. Boleh dikatakan setiap detik dan saat kami berhubung tak kira sms mahupun call. Hari – hariku semakin berseri dengan kehadiranya. Setiap malam sebelum tidur kami pasti berhubung. Aku sungguh selesa. Terasa hati ini telah dimilikinya. 

“Indahnya rasa bila dicintai, hidup ini terasa di syurga” Itulah lirik lagu Terasa Di Syurga nyanyian Sofaz yang selalu aku dengari. Jika aku suka pada sesuatu, aku akan fokus pada benda tersebut, begitu juga pada lagu ini, aku suka dengar, dan aku akan mendengarnya berulang kali. Aku juga suka pada Nina, dan aku akan menyukai dan mencintainya setiap masa. Memang terasa seperti di syurga bila kita dicintai. Tapi adakah dia mencintaiku. Nina belum pun lagi memberi jawapan padaku. Aku umpama makan nasi tanpa lauk. Nasi boleh membuatkan kita kenyang, tapi tak dapat memenuhi kehendak lidah yang inginkan benda yang sedap. Begitu juga cintaku ini. Aku hanya merasa tapi belum tentu lagi ia sedap pada dirinya.

Saban hari aku mencuba untuk memikat hatinya. Aku cuba sedaya upayaku, usahaku tak putus – putus. Dalam aku mencuba, tak pula aku memaksa. Aku tak ingin cinta yang dipaksa. Aku ingin cinta yang tulus tanpa paksaan. 

Mungkin juga terlalu awal untuk kami melangkah ke gerbang percintaan. Mungkin juga Nina memerlukan masa untuk mengenaliku dengan lebih mendalam. Maklumlah, perkenalan kami pun baru setahun jagung. Aku juga mahu mengenali Nina dengan sepenuhnya. 

Pernah sekali Nina memberi jawapan kepadakku bahawa dia belum bersedia. Aku tidak sesekali merasa kecewa. Bahkan aku redha. Aku faham, bukan mudah untuk seorang wanita memilih teman hidupnya. Pasti mereka memilih yang terbaik. Allah juga ada berfirman dalam Surah Al – Imran, “Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.” . Aku tidak sesekali patah semangat, ini membuatkan aku lebih bersemangat dan berazam untuk meyakinkan Nina bahawa aku adalah pilihan yang tepat. Aku ingin menjadi pencinta terbaik dalam hidupnya. Sekali aku dah cinta, aku akan buat sehabis baik untuknya.




3 comments:

  1. Nina tu da berpunya..

    ReplyDelete
  2. Anonymous : Nina tu just watak khayalan saya je, tak kenal pun siapa nina tu. haha

    kak leeza : haha.. sebenarnya ni assignment BM la.. haha.:P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...