Aku Menjadi Lebih Matang

Assalamualaikum...



Hari demi hari, umur kian bertambah, tahun ini umurku sudah menjangkau 19 tahun. Huh, hampir 2 abad sudah kehidupanku di dunia ini. Pelbagai dugaan, cabaran, kegembiraan,pahit manis telah ku lalui. Semua ini menjadikan aku lebih matang dan dewasa. Kini aku kenali erti sebuah kehidupan. Jika dahulu aku mempersoalkan mengapa Allah datangkan dugaan, jika dahulu aku bertanya mengapa ada duka, namun kini aku sedari, " langit tidak selalunya cerah" Allah mempunyai sebab mengapa dia menurunkan hujan tatkala panas menerik di pesada langit, kerana dia ingin mengurniakan kita pelangi indah. setiap yang berlakupasti ada hikmahnya. Justeru kita sebagai manusia seharusnya bersyukur dengan apa yang kita miliki di dunia ini. Sesungguhnya perjalanan di dunia ini masih lagi jauh, bak kata ilmuwan islam, " Kehidupan di dunia ibarat sebuah perjalanan yang jauh", perjalanan ini harus kita tempuh, jangan sesekali berpatah balik, kerana itu akan melambatkan perjalanan anda, jangan pernah menyesal kerana itu akan mematahkan semangat anda, jangan pernah ragu - ragu, kerana itu akan menjatuhkan keyakinan anda. Yakinlah akan apa pilihan kita, jika itu pilihan kita, teruskanlah tanpa ada rasa sesal, kerana sesalan itu akan membawa kita ke lembah kegagalan. jadi, tentukankan pilihan anda sebelum anda menyesal. Seperti pepatah melayu, " menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya " Tapi, persoalannya, adakah orang yang menyesal dahulu sebelum sesuatu perkara itu berlaku??? Jawapannya tidak, the point is kita seharusnya bijak dalam membuat pilihan agar tidak menyesal pada masa kelak. Kejayaan pada masa hadapan ditentukan dengan pilihan dan perancangan yang kita buat sekarang.

Sekian, itu cerita saya. ^^

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...