Review ringkas untuk antologi #NORMASIA #BijiPress


Assalamualaikum,

Okay, aku nak habaq mai sikit kat hampa, hari ini (18 mei 2013), Antologi Normasia telah pun dengan rasminya dilancarkan di pasar buku #Boco8 yang berlangsung di Laman Budaya Shah Alam. Okay, enough for mukadimah ni dan kembali kepada fokus seperti yang tertulis pada tajuk entri aku di atas tu. 

Baiklah, ini review nya; review yang tak berapa nak review, aku copy dari Twitter aku je.

Okay, komen yang pertama, cerita , aku tak dapat nak feel, sebab watak2 tu macam aku tahu je dan berada dekat dengan aku. Haha

Komen kedua, cerita , agak rare dan mengetengahkan hudud. Aku suka sebab menimbulkan keinsafan tentang bahana mencuri.

Ketiga, cerita Musalmah Munira, agak klasik kerana ada unsur penyatuan jodoh di situ dan terbukti wanita boleh mengubah lelaki.

Keempat, cerita Kimi Jamai, sangat seram dan menimbulkan rasa takut. Dah la aku baca pukul 12 tgh malam. Apa2 pun best.

Kelima, cerita , berunsur 18SG yang diselangi dengan unsur seram dan sedikit menggairahkan. Tapi ending sangat lucu. Best!

Keenam, cerita Hasnizal Ehsan, mula2 agak complicated tapi ada pengajaran yang agak bererti pada penghujungnya.

Ketujuh,cerita aku sendiri , cerita ni aku biarkan orang lain yang komen.

Kelapan, cerita Nur Ain,menayangkan norma kehidupan yang agak rumit bagi seorang wanita dan rasanya cerita ini amat bagus dari segi nilainya

Kesembilan, cerita , menampilkan isu cinta tapi persahabatan juga yang kekal abadi.

Lastly, kesepuluh, cerita , medium yang membangkitkan isu keadilan dan kesamarataan hidup. Sesuai untuk golongan penguasa.

Itulah sekian review yang lebih bersifat komentar daripada aku. 

Apa-apa pun, kepada pembaca entri ini, jangan lupa dapatkan Antologi #NORMASIA dengan harga 20 RM setiap satu. Pembelian boleh dilakukan terus daripada saya atau melalui penulis-penulis yang lain atau terus melalui

Urusan pembelian daripada aku boleh dilakukan dengan menghubungi aku di talian-talian berikut:

Twitter :   
Instagram : @abangasyraff
Facebook : Amir Asyraff
 
Sekian. Selamat membeli dan selamat membaca. Semarakkan arena penulisan alternatif negara. ^.^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...