Buku terbaharu Biji Press #NORMASIA #ARJUNI

Assalamualaikum.

Pertamanya aku ingin kongsikan kegembiraan aku kerana buku atau antologi #NORMASIA telah pun dikonfirmasikan keluar mulai 18 mei ini. Antologi ini merupakan hasil air tangan sebelas orang penulis dari seluruh Malaysia yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan latar depannya. Antalogi ini menghimpunkan karya-kayra atau cerpen yang bergenre sosial yang menekankan norma hidup manusia. Bak kata penyunting antologi ini, "Manusia dan norma hidup yang pelbagai berpisah tiada. Langsung tidak berpengkehujung. Dari baik hati minta dibelai sehingga berkelakuan syaiton meminta carut. Tapi sebenarnya itu yang mewarna. Kau boleh bayang kalau dunia ini semuanya sama dan palsu belaka? Yang kau akan nampak semua putih, Atau mungkin juga hitam semua. Pernyataan ini cukup menggambarkan warna-warni, haru-biru, huru-hara, suka-duka, senyum tawa, gelak ketawa, tangis sebak serta kebangangan yang ada dalam diri manusia yang cuba digambarkan dalam setiap cerpen yang digarap dalam antalogi ini.

Okay, itulah serba sedikit mengenai #NORMASIA secara keseluruhannya.

Antologi #Normasia

Jangan lupa dapatkan Antologi #NORMASIA bermula 18 mei ini di #Boco8 yang akan diadakan di Laman Budaya Shah Alam atau boleh beli secara terus atau secara dalam talian daripada saya.  Selain itu juga, antalogi ini juga boleh didapati secara online dari bijipress.blogspot.com atau dari penulis-penulis yang lain; seperti yang tertulis di belakang cover  buku tu.

Kalau nak beli dari aku, reach me here...

Twitter : @AbangAsyraff
Facebook : https://www.facebook.com/AbangAsyraff3101
Instagram : @abangasyraff

Dapatkan juga Antologi #ARJUNI juga mulai 18 mei ini di #Boco8. 

 Antalogi Arjuni

Antologi #Arjuni merupakan sebuah antologi cerpen yang digarap kemas oleh sembilan orang perempuan. Perempuan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa.

Okay lah, jangan lupa dapatkan kedua-dua antologi terbaharu terbitan Biji Press ini. Semarakkan arena penulisan alternatif negara. 

Sekian.     

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...