Shortcut Virus Remover - Cara mudah membuang Virus Shortcut dalam pendrive dan komputer anda.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Kenaikan Harga Barang.

Ya, aku tahu. Masalah ni dari dulu lagi tak pernah selesai, dari dulu sampai sekarang ada je yang mengeluh sebab isi dalam laptop atau pendrive jadi Shortcut. Macam kawan aku yang seorang ni, elok-elok nak buat presentation kat kelas, tetiba bila sambung pendrive kat komputer lecturer, semua isi dalam pendrive dia jadi Shortcut. Abih teruh boh... semua folder, fail, gambar apa semua, semua jadi Shortcut. Mahu tak menangis kawan aku yang seorang tu, nak-nak lagi dia tu perempuan. Tahu je la kan, perempuan ni macam mana, lembut sangat hati mereka, sampai masalah kecil macam ni pun nak menangis. Eh, mungkin bagi aku tu masalah kecik, tapi bagi dia masalah besar kot, mana tak, penat-penat dia buat Power Point tetiba jadi cam tu, nak-nak pula presentation dia nak buat tu ada penilaian pula kan. 

Okay-lah, di sini, ya dini, di laman blog aku ni, aku ada penyelesaiannya. Kau orang cakap je kau orang nak cara yang mana. Cara manual yang lama ke atau cara yang mudah tak sampai seminit boleh settle. Cepat pilih.

Okay, dah agak dah, mesti kau orang nak cara yang mudah tak sampai seminit kan. 

Baiklah adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, Tuan-Tuan, Puan-Puan, atau mungkin Dato'-Dato', Tan Sri-Tan Sri, Dato' Seri-Dato Seri, Tun-Tun dan YM Sultan atau Raja.

Ini caranya, untuk cara yang mudah ini kita perlukan satu software. Nama software ni Shortcut Virus Remover 3.1. Kat bawah ni link untuk download. Just click kat bawah ni ye. Dah kau orang klik tu, akan terbukalah link download tu, then kau orang download-lah ye. Aku yakin kau orang pandai nye bab-bab download ni, kalau tak, tak de nye kau orang dapat virus Shortcut tu. Kan kan kan.

Klik untuk Muat turun


Okay, settle bab download. Aku akan ajar kau orang cara nak guna.

Firstly, buka software tu. Macam ni haaa... tengok arrow tu, nak buka dah tentu-tentu la kena double click kan.


Okay, dah buka dia akan jadi macam ni pulak. 


Lepas tu, klik la mana kau? Kalau nak clean pendrive klik pendrive, kalau nak clean computer, kliklah computer. Tapi kali ni aku nak bagi contoh clean pendrive. Sebenarnya, sama je cara dia either nak clean pendrive or computer tu. 


Dah kau klik pendrive tu, dia akan keluar macam ni haaa...


Okay... sampai part ni, kalau pilih la drive mana yang kau nak clean or scan tu. Tengok kat bulatan merah yang aku buat tu. Kau pilihlah mana satu kau nak scan. Kalau nak scan E: klik E:, kalau nak scan F: klik F:. Tapi benda ni tak tentu tau. Kadang-kadang boleh jadi E:, F:, atau G:. Depend kat mana kau cucuk pendrive kau tu.


Dah pilih tu, klik la scan untuk memulakan operasi pebersihan, Dan tunggu sampai selesai.


Haaa... bila dah scan tu, dia boleh jadi 2 option. Kat bawah ni aku ada contoh. 1 contoh pendrive yang bersih. Satu lagi contoh pendrive yang ada virus.

Pendrive yang bersih

Pendrive yang ada virus Shortcut

Okay, kembali kepada permasalahan kau orang yang ada virus Shortcut ni. Bila kau tengok ada virus selepas scan tu kan. Kau klik la OK macam kat bawah ni haaaa.... 


Dah tu, kau delete la virus-virus tu dengan klik pada button Delete tu. Tengok gambar bawah tu button Delete tu dok tang mana.


Lepas ni kalau apa-apa software ni tanya kau jawab YES je macam kat bawah ni.


Haaa... lepas kau jawas YES tu, maka selesailah proses clean virus tu. Bila software ni kata macam bawah ni, "Delete Complete", kau klik je OK tu. Then settle semuanya. 


 See... tak de dah kan virus kat pendrive kau.  Jangan risau, software takkan hilangkan fail-fail kau. Dia padam Virus tu je.


Okay-lah. Rasanya settle dah ni. Harap-harap ni dapat bantu kau orang semua la. 

Eh lupa pula, ni kalau kau orang nak tahu cara manual pula, buka entri aku yang sebelum ni. Nah, ambil ni link dia. 

Selamatkan kandungan "Folder" dari virus "Shortcut"


So bergembiralah kerana masalah anda sudah selesai. 


Sekian. Yang baik dari Allah. Yang kurang dari aku. 

Jangan lupa juga beli buku aku ya. Buku #Normasia dan buku #PelacurKata. Sokonglah penulisan alternatif negara.

 

5 comments:

  1. saya dh wt cmtu dah.. tp shortcut still ada... bila msokkn files,msty jd shortcut g...

    ReplyDelete
  2. Kalau nak buang virus kat komputer, cara dia sama jugak ye?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. bang...x leh pon nak download...ajar sikit

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...