Cerpen : Android Membutakan Mata



         “Woi... cepatlah pilih lagu tu, masa jalan kot. Kau ingat Redbox ni bapak kau punya?”. Arah Farid kepada aku yang masih terkial-terkial menekan skrin sesentuh set karaoke untuk memilih lagu untuk dinyanyikan.
            “Alaaaa... relaxlah bro, baru pukul 2.40, ada dua jam lagi kot.”, balas aku selamba.
            “Banyaklah kau, kalau kau seorang bayar tak pe la. Collect buat cara collect la bro.”
            “Yela... yela...”.
Aku kemudiannya bingkas mencalit-calit jari telunjukku di skrin sesentuh sistem karaoke itu untuk mencari lagu yang hendak dinyanyikan, Farid pula kembali menggesek-gesekkan jejarinya di permukaan skrin telefon pintarnya. Entah apa yang dia lekakan, aku pun tak tahu. “Facebook Twitter le tu...”, bisikku di dalam hati.
Beberapa ketika mencari lagu, akhirnya aku tertarik pada satu lagu yang dipopularkan oleh sebuah kugiran rock terkenal Malaysia dan aku lantas bersuara memberitahu Farid.
“Haaa... aku nak nyanyi lagu ni lah?”, ujarku sambil menunjukkan lagu tersebut kepada Farid.
“Humm... Silaturahim?, macam mana lagu tu? aku tak pernah dengar la. Ke lagu Islamik? kalau lagu Islamik bukan tempatnya di sini bro...”, balas Farid setelah melihat tajuk lagu itu di kaca televisyen pusat karaoke berjenama Redbox itu.
“Eh tak la. Bukan la, ni lagu rock la. Aku pun tak meroyan la nak nyanyi lagu nasyid kat tempat macam ni.”
“Hummm... tapi, tajuk dia macam bunyi-bunyi lagu yang ada unsur suara dari langit je.”
“Suara dari langit?, maksud kau?”
“Lagu berunsurkan dakwah...”
“Alaaa kau ni Farid, rock masuk untuk semua benda kot. Ideologi dia boleh masuk, doktrin dia boleh masuk, contoh A.C.A.B, dalam rock pun dia orang boleh masukkan unsur menentang pemerintah, ni kalau setakat nak masuk unsur suruhan tuhan yang sikit ni apa ada hal.”
Farid mengangkat keningnya dan hanya mengeluar sedikit verbal yang kalau dieja berbunyi “Hummm...”
“Kenapa?”
“Tak de apa la.”
“Haaaa... kalau macam tu, baik kau dengar aku nyanyi ni...”. Aku terus mencapai mikrofon dan memulakan nyanyian.
*****
Silaturahim - Bumi Putera Rockers

Aku sendirian di sini
Terbujur berdiri
Di tengah kota

Ramai manusia di sisi
Sombong dan tidak
Bertegur sapa

Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan tuhan
Sampai bila
Begini...

Jika kita hidup di perbatasan
Peluru tidak kenal kasihan
Sampai bila
Begini...

*****
“Hummm... not bad, penuh makna lagu ni. Aku suka.”, bicara Farid teruja setelah aku selesai menyanyi.
“Memanglah bro, tengok tajuk pun dah nampak bermakna bro.”
“Kan... tapi lagu ni rare kot. Bagi aku la.”
“Apasal pulak?”
“Ye la... biasanya jarang band-band rockers macam ni buat lagu berunsur begini. Selalunya kumpulan nasyid je yang selalu bawa lagu macam ni.”.
“Eh, ade la, Wali Band, Ungu...”
“Wali Band ngan Ungu lain bro, tu band Indon. Lagi pun Wali Band ngan Ungu tu tak rock mana pun. BPR; Bumi Putera Rockers ni baru gila kental rockers.
“Ohhh... okay, aku setuju dengan kau.”
“Setuju je? mana cukup bro. Dua tiga empat tuju la bro. Baru gempak.”, balas Farid sambil ketawa.
Aku turut ketawa. “Ye la, ye la, kalau ada seribu tuju, seribu tuju aku bagi.”
Aku dan Farid kemudiannya terus menyanyi untuk menghabis masa dua jam yang telah kami bayar kepada syarikat berjanama Redbox ini.
*****
            Selesai berkaraoke, aku dan Farid berjalan kaki menuju ke Stesen LRT Masjid Jamek. Suasana di Masjid Jamek pada hujung minggu memang sangat sesak, manusia berkerumun bagaikan semut berebut gula, aliran perjalanan tidak putus-putus ibarat air sungai Klang yang tak putus-putus mengalir di bawah stesen LRT itu.
            Aku memandang ke arah Farid, kelihatan mimik muka dan bahasa badannya mengekspresikan rasa tidak selesa, resah, gelisah, rimas, semuanya aku nampak begitu jelas di wajahnya. Aku membuka mulut memulakan bicara, “Kau kenapa bro? ketat je muka kau aku tengok.”
            Farid terus menoleh ke arahku, “Aku rimas la, ramai sangat orang.”
            “Alaaaa... no wonder la, this is Masjid Jamek okay...
            “Ye... i know, tapi aku tak selesa la. Dah la panas.”
            “Eleh, ye la. Kau mana biasa kat tempat-tempat macam ni. Anak orang kaya la katakan, mana main beli barang kat tempat macam ni, paling-paling pun Pavi; Pavilion, KLCC, Mid Valley.”
            “Cis. Mana ada. Aku just rimas dengan orang yang terlalu ramai.”
            “Eleh, jangan nak tipu la bro, kalau rimas dengan orang ramai, aku rasa Pavi apa semua tu pun sama je ramai macam ni.”
            “Kau ni... betul la, sini panas. Sana tu sejuk, ada air-cond.”
            “Haaaa... kan, aku dah cakap dah, kau tak biasa shopping tempat-tempat macam ni.”
            “Errrrrr...” , balas Farid mudah.
            Aku mencebik bibirku ke arahnya, dan berkata,  “Jangan la ambil hati bro.”
            “Eh, tak la. Aku okay je ni.”
            “Betul ni?”
            “Betul laaaa...”
            “Tengok tu, dari nada kau tu pun dah nampak kau tak okay.”
            “Aku okay la.”
            “Hummm... aku nak cakap sikit boleh?”
            “Apa dia?”
            “Terus terang la. Aku nak nasihatkan kau ni, tapi kau jangan marah apa aku nak cakap ni.”
            “Haaa.. apa dia?”, jawab Farid sambil mengangguk tanda setuju tidak akan marah.
            “Kau perlu bersyukur tau, sebab masih diberi peluang berada di tempat yang macam ni.”
            “Eh, aku bersyukur apa.”
            “Ye tahu, tapi dari reaksi kau tadi, nampak kau ni tak biasa lagi dengan kehidupan yang sebenar.”
            “Aik, apa pulak?”
            “Ye la. Kau kena rasa kehidupan tu, baru kau faham apa erti kehidupan yang sebenar. Kau kena lalui apa yang majoriti orang rasa, it’s like keluarlah dari zon selesa, kau kena keluar bro.”
            “Hummm...”, reaksinya sugul.
            “Begini Farid, kita ni hidup bermasyarakat, berkomuniti, jadinya kau kena la boleh masuk dengan semua perkara, semua benda dan semua situasi. Tak de nye kau akan stay selamanya dalam zon selesa yang kau ada sekarang. Let say la, lepas kau habis belajar nanti, kau tak kan dah duduk ngan mak ayah kau, dan kau tak tahu di mana kau akan bekerja.”
            “Kau ni kadang-kadang macam Puan Aisyah kaunselor tu jugak eh.”
            “Ye la Farid, kita kena la berfikir di luar kotak, dalam exam pun kita ada HOTS; High Order Thinking Skills. Tak kan dalam kehidupan kita tak boleh nak aplikasikan.”
            Farid menggaru kepala. “Ye, i know...
            “Lagi satu, aku nak related sikit dengan lagu Silaturahim yang aku nyanyi kat Redbox tadi, kau janganlah jadi macam apa yang ada dalam lirik rangkap kedua lagu tu, sombong, tak bertegur sapa....”
            “Aku tak sombong okay, aku kawan je dengan semua orang.”
            “Ye, itu aku tahu. Aku just nasihat je.”
            “Ye la Nazmi, terima kasih sebab sudi jadi kaunselor peribadi aku. Opppssss... silap, kaunselor peribadi percuma aku.”
            “Eh, siapa cakap percuma? Kau kena belanja aku lepas ni.”
            “Aik, apa pulak nak kena belanja.”
            Aku ketawa kecil, “Aku gurau je la.”
            Kami pun meneruskan perjalanan kami menuju ke Stesen LRT Masjid Jamek untuk balik ke kampus.
*****
            Aku dan Farid menuruni tangga bergerak yang Mat Saleh beri nama escalator menuju ke platform tempat menunggu tren. Sambil itu mataku memandang ke arah panel LED; Light Emiting Diod yang tergantung di siling stesen. Tertera di situ mengatakan bahawa tren berikutnya akan tiba dalam masa lima minit.
            Aku bersuara memberi cadangan. “Farid, kita duduk dulu la. Lama lagi la tren nak sampai.”
            Farid tidak memberi respon, konsentrasinya tertumpu pada telefon pintar berjenama Samsung nya. Aku lantas menepuk bahunya sambil berkata, “Oiiiii...”
            Farid terpinga sambil mengangkat bahunya, “Hah? apa dia?”
            “Ni lah orang zaman sekarang. Just because of phone, lupa semua benda.”
            “Elehh... relax la bro. Kecik punya hal maaaa...”
            Aku menghela nafas agak panjang sambil menggeleng kepala. “Mana tak kaya Mark Zuckerberg dan Jack Dorsey tu kalau kau asyik dua puluh empat jam online.”
            “Eleh, macam kau tak main FB; Facebook ngan Twitter...”, balasnya seraya mencebik.
            “Ye, memang aku ada FB, aku ada Twitter, tapi tak la macam kau, addicted!.”
            “Suka hati aku la.”
            “Ye Farid, memang suka hati kau, tapi berpada-padalah, jangan sampai Android membutakan mata.”
            “Maksudnya?”
            Tren pun tiba, perbualan kami yang rancak terus terhenti. Masing-masing sibuk untuk masuk ke dalam tren. Setelah semua penumpang yang keluar keluar, aku dan Farid terus melangkah ke dalam tren. Mujur juga pada hari itu tidak ramai manusia bermusafir di dalam tren dan kami dapat duduk pada hari itu.
            Aku duduk di kerusi, sambil-sambil itu aku memerhatikan kalau-kalau ada golongan berkeperluan di dalam tren. Setelah meninjau ke segenap ruang gerabak Transit Aliran Ringan itu, aku dapati tiada dan aku terus duduk. Farid pula duduk di kerusi yang berhadapan dengan kerusiku.
            Sambil duduk, aku memerhatikan sekeliling tren Transit Aliran Ringan itu, semuanya ku lihat sibuk mentelaah telefon pintar, tidak kira telefon yang bersistem operasi Android, Windows Phone mahupun Apple. Situasi ini memberi stimulus untuk akalku berfikir dan seterusnya kuzahirkan pemikiranku itu dalam bentuk monolog bisu. “Huhhh... Android membutakan mata.”
            Tren tiba di Stesen LRT Abdullah Hukum. Kelihatan seorang lelaki tua memasuki tren, lelaki tua itu kelihatan seperti tidak berdaya. Pandanganku beralih ke arah manusia-manusia yang menghuni kerusi yang berhampiran dengan lelaki tua itu, semuanya sibuk dengan telefon masing-masing sehingga lelaki tua yang tidak berdaya seperti itu tidak dihiraukan.
            Aku segera bangun dan merapati lelaki tua itu. “Pak cik, jemput duduk pak cik.”, bicaraku mempelawanya duduk di tempat dudukku.
            Lelaki tua itu senyum dengan senyuman yang tak bergigi. “Terima kasih nak.”
            Aku senyum, “Sama-sama pak cik.”
            Lelaki tua itu pun duduk di tempat dudukku tadi dan aku pula berdiri sambil berpaut pada tiang yang terdapat di dalam tren itu. Sambil itu, mindaku berfikir, “Kenapalah ada teknologi ni? Aku rasa lebih baik tak de langsung je, sebab teknologi la manusia lupa dan buta akan suruhan Tuhan, lupa akan suara dari langit yang Tuhan sampaikan kepada Nabi Muhammad.”
            Tidak lama selepas itu, tren tiba di Stesen LRT Universiti. Farid bangun merapatiku dan sebaik sahaja pintu terbuka, kami terus keluar.
“Amboi. Baiknya kau ni. Siap bagi kerusi kat orang tua tadi.”, bicara Farid menganjing.    
            “Kau buta ke? Kau tak tengok ke sticker yang terlekat kat cermin tren tu. Nak aku ejakan untuk kau ke apa dia tulis kat situ.”
            Farid terdiam.
            “Haaa... apasal kau diam? Dah tak de idea? Ni la, manusia yang buta sebab Android.”
            “Aku pulak?”
            “Ye lah, tadi aku nampak semua busy dengan handphone masa orang tua tu masuk, kesian aku tengok orang tua tu.”
            Farid terdiam sekali lagi. Aku juga begitu, sekali lagi kepalaku ligat mendendangkan lagu Silaturahim nyanyian BPR.
Ramai manusia di sisi
Sombong dan tidak
Bertegur sapa
Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan tuhan
            Lagu itu aku dendangkan di sepanjang jalan menuju ke Kampus Universiti Malaya.
            Sampai di pintu pagar, Farid cuba membuka bicara, “Bro, kau marah aku ke?”
            Aku menoleh, “Tak de la.”
            “Dah tu yang kau marah-marah tadi tu kenapa?”
            “Aku bengang sikit je tengok perangai manusia sekarang. Leka dengan teknologi.”
            “Ehem. Macam menyindir aku je ayat kau tu.”
            “Eh, apa pulak. Aku cakap secara umum okay, kalau kau terasa tu apa boleh buat.”
            “Ummmm...”
            “Siapa makan cili dia rasa pedas, siapa makan asam dia rasa masam, siapa makan garam, dia rasalah masin.”
            “Erkkk... sorry eh Nazmi.”, ucap Farid seraya memujuk.
            “Ye la.”
            “Aik, macam tak ikhlas je bunyi.”
            “Eh, sorry sikit eh, aku ni bukan jenis orang yang lupa suara dari langit okay. Tak de nye pasal benda-benda kecik macam ni aku nak putuskan silaturahim.”
            Farid senyum. “Alhamdulillah.”
            “Eh?”
            “Apa?”
            “Cuba ulang balik apa kau cakap tadi?”
            “Alhamdulillah. Kenapa?”
            “Tak de, saje.”
            “Perli aku la tu.”
            “Mana ada.”
            “Hummm... yela. Kau ni, sesekali kita pun perlu juga menyampaikan suara ke langit.”
            “Wah, ada perubahan!.”
            Farid ketawa, “Ni semua sebab kau juga bro. Kau yang banyak azankan aku dengan suara-suara dari langit tu.”
            “Eh, aku just menyampaikanlah.”
            “Ye.”
            Kami terus berjalan balik menuju ke kolej kediaman kami yang bernombor 10; Kolej Tun Ahmad Zaidi.
*****
Dua Bulan Kemudian
            “Bro aku rasa nak beli handset baru lah. Nak beli smartphone.”, bicaraku kepada Farid.
            “Aik, kau pun dah terkena hegemoni Anroid jugak? tak takut ke Android membutakan mata kau?”, respon Farid kepadaku.
            “Cis. Perli nampak. Aku bukan apa Farid. Smartphone sekarang ni dah jadi keperluan kau tahu tak. Lecturer kita, Dr. Lee pun cakap macam tu tau.”
            “Haaaa... kan. Benda ni memang dah jadi keperluan dah sekarang.”
            “Ye, tapi it’s depend on us, depend dengan cara kita guna jugak. Kalau salah guna, tu yang sampai jadi buta kerana Android tu.”
            “Amboi, macam aku pulak yang terasa!”
            “Eh, terasa ke?”, kataku sambil ketawa.
            “Ye la tu Nazmi.”
            “Jom teman aku pergi Digital Mall petang ni. Aku nak beli petang ni jugak.”
            “Amboi, tak sabar-sabar nampak.”
            “Aku excited ni.”.
*****
            “Berapa bang?” tanyaku kepada pemandu teksi yang membawa kami ke Gua Batu Moden yang bernama Digital Mall.
            “Enam ringgit lapan puluh sen dik.”, jawab pemandu teksi sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah meter.
            Aku pun menghulurkan wang kertas sepuluh ringgit kepada pemandu teksi itu sambil berkata, “Kira tujuh ringgit je lah bang.”
            Okay dik.”, pemandu teksi itu kemudiannya mengembalikan baki kepadaku.
            “Terima kasih bang.” ujarku serentak bersama Farid. Turun sahaja dari teksi itu, aku dan Farid terus masuk ke dalam Digital Mall. Kami meninjau ke seluruh pelosok Gua Batu Moden yang menempatkan pelbagai alat elektronik itu. Aku sedkit rambang mata dibuatnya, Farid pula seperti mahu menukarkan atau dalam bahasa antarabangsanya trade-in telefon pintarnya. Akan tetapi dia membatalkan niatnya setelah disabar dan dinasihatiku.
            Akirnya setelah tawaf di seluruh pelosok Gua Batu Moden bernama Digital Mall itu, hatiku terpikat dengan Sony Xperia. Aku memberitahu Farid.
            “Bajet kau berapa?” tanya Farid kepadaku.
            “Seribu.”
            “Cantik sangatlah tu. Kau nak phone apa?”
            “Aku macam minat Xperia.”
            Okay, jom kita pergi tanya kedai Sony.”
            Aku terus membontotinya, segala hal aku serahkan kepada Farid kerana lebih mahir dan arif tentang telefon pintar ni. Jadinya setelah berunding dan berbincang dengan si penjual telefon di situ, akhirnya telefon Sony Xperia L menjadi milikku.
            Biarpun telefonku itu tidaklah sepintar Samsung Galaxy Note 2 milik Farid, tapi aku bersyukur kerana keperluanku itu telah tertunai. Disamping itu aku berkata sepi, “Aku harap aku tak akan buta kerana peranti Android ini.”
*****
P/S: Biar buta android, jangan android membutakan kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...