Elemen - elemen Kecerdasan Emosi : Minggu Keempat


Dalam subkomponen yang pertama ialah Kesedaran Emosi Kendiri dan Pengurusan Emosi Kendiri yang berteraskan Aspek Personal di bawah Kerangka Kompentensi Kecerdasan Emosi (ECI) Goleman & Boyatizs. Serba sedikit mengenai Konsep Kesedaran Emosi Kendiri yang merujuk kepada pengenalpastian emosi diri dan orang lain. Menurut kajian McPhail kesedaran emosi mengandungi empat tahap  disusun secra progresif bermula dari kompetensi mengenalpasti emosi diri dengan orang lain, aplikasi emosi, empati emosi dan akhir sekali ialah emosionaliti.

Kompetensi Kesedaran Emosi Kendiri seseorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan subkomponen-subkomponen seperti kesedaran emosi, kesedaran ketepatan kendiri, keyakinan diri,penghormatan diri dan kesejahteraan kendiri.

Manakala, kompetensi pengurusan emosi kendiri seseorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan eksperesi individu berdasarkan komponen seperti kawalam emosi kendiri, kebolehubahsuaian, kebolehpercayaan, ketekunan, inovatif, optimistik, inisiatif dan berorientasikan pencapaian


Seterusnya, komponen yang kedua di bawah Kecerdasan Emosi ini ialah Kompetensi Sosial yang turut dibahagikan kepada dua komponen utama. iaitu Komponen Kesedaran Sosial dan Komponen Kemahiran Sosial. Kompetensi Kesedaran Sosial seseorang individu boleh dikenalpasti melalui tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan kompetensi kecerdasan subkomponen-subkomponen yang merangkumi empati, membangunkan individu lain, kesedaran organisasi, berorientasikan perkhidmatan, dan melayani kepelbagaian. Manakala, Kompetensi Kemahiran Sosial boleh dikenalpasti melaui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran subkomponen-subkomponen seperti komunikasi pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, membina perhubungan, kepimpinan berinspirasi, dan kerja berpasukan dan kolaborasi.

Dengan itu, subkomponen-subkomponen Kompetensi Kesedaran Sosial dan Kompetensi Kemahiran Sosial adalah berlandaskan kepada Aspek Sosial di bawah kerangka Kompetensi Kecerdasan Emosi ( ECI) Goleman dan Boyatizs.

Sekian Dari Saya.

Oleh, Amir Asyraff Bin Jamin
Kecerdasan Emosi 2012. 

Kecerdasan Emosi : Video EQ

Assalamualaikum.

bertemu lagi dalam entry berkaitan kecerdasan emosi ini. Kali ini, saya dan kawan - kawan PPISMP 3A telah diminta untuk mengulas, menghurai, dan menulis berkaitan dengan satu video yang kami pilih untuk tugasan ini. Baiklah, bukan mudah untuk memilih video bagi tugasan ini, pelbagai usaha telah saya jalankan, saya cari di youtube, google, metacafe, blog - blog persenderian dan juga di tonton.my. Akhirnya setelah beberapa hari membuat tinjauan akhirnya saya menjumpai satu video untuk saya persembahkan pada tugasan ini. Video yang saya pilih adalah sebuah filem pendek yang bertajuk, SEMPAT


Baiklah, mari kita menjurus ke arah video ini. Video ini mengisahkan seorang wanita mengandung yang menggunakan pengangkutan awam iaitu LRT. Seperti kebiasaan, rakyat Malaysia memang memilik budi pekerti yang baik. Rakyat Malaysia memang prihatin. Biasanya bila kita melihat di tingkap kaca LRT, pasti ada pelekat "zone of priority". Zon ini mengutamakan golongan seperti orang mengandung, warga emas, dan orang kurang upaya. Seperti yang berlaku dalam video ini, Seorang lelaki yang sedang membaca senaskah surat khabar telah memberikan tempat duduknya kepada wanita mengandung yang lalu di situ. Inilah sifat simpati atau dalam bahasa Inggerisnya emphaty. Perasaan emphaty ini berkait rapat dengan EQ iaitu kecerdasan emosi. Insan yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi pasti akan dapat merasai kesusahan yang orang lain. Cuba kita bayangkan situasi ini, jika lelaki yang duduk itu tadi tidak mempunyai perasaan simpati, pasti dia akan lebih mementingkan dirinya sendiri dan tidak memberikan tempatnya kepada wanita mengandung tadi.

Seterusnya, pada babak seterusnya iaitu di hadapan lif, kita dapat lihat orang ramai berpusu - pusu untuk menaiki lif. Seperti pada babak pertama tadi, pastinya orang yang mempunyai keutamaan dalam "Zone of Priority" akan mendapat kelebihan. Wanita mengandung tadi telah dapat menaiki lif meskipun lif telah penuh atas ihsan seorang lelaki yang sanggup keluar. Memang rakyat Malaysia memiliki Kecerdasan Emosi yang tinggi. 

Pada babak terakhir iaitu pada hari berikutnya, wanita mengandung tadi meneruskan rutinnya seperti biasa. Dia menaiki LRT untuk ke tempat kerja. Wanita tersebut berdiri di tiang bertahan di dalam LRT. Tujuannya adalah untuk meraih simpati orang - orang di dalam LRT. Wajahnya berkerut menunggu, tetapi masih juga dia berdiri. Akhirnya, satu perkara yang tak dijangka berlaku, bantal telah jatuhdi celah kaki wanita tadi. Penipuannya diketahui. Di sini kita dapat lihat, masih ada segelintir manusia yang sanggup menipu untuk mendapatkan keutamaan. Negatif sungguh. Persoalannya, mengapa masih berlaku perkara ini? Ini kerana `kecerdasan emosi masih lemah. Kerana masih gagal merasai apa yang orang lain rasa. 

Sekian. 

Oleh, Amir Asyraff Bin Jamin
Kecerdasan Emosi. 11.7.2012

Refleksi Kecerdasan Emosi : Minggu Ketiga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Merujuk kepada catatan semasa kuliah pada 3 julai 2012, saya seakan lupa apa yang dipelajari. Catatan amat sedikit. Saya kebingungan. Bagaimana nak menulis refleksi buat minggu ketiga ini. Saya cuba scan hard disk semula jadi saya iaitu otak, saya cuba ingat apa yang berlaku semasa kelas pada 3 julai yang lepas.

Baiklah, ini yang saya ingat. Pertamanya ialah tentang kemampuang kita memahami rasa orang lain. Its all about emphaty. Emphaty atau dalam bahasa Melayunya simpati ini merupakan satu rasa yang membuatkan kita seolah - olah merasakan apa yang orang lain rasa. Saya beri satu analogi disini, suatu hari anda menaiki train LRT, pada waktu yang sama, ada seorang warga emas yang berdiri bersama anda di sana. Anda lihat lututnya menggeletar, apakah yang anda rasa saat melihat perkara tersebut? Pasti ada perasaan kasihan dan simpati. Ini merukan satu elemen dalam Kecerdasan Emosi. Orang yang mempunyai emosi yang cerdas pasti akan memiliki seperti itu. Seperti juga kata pepatah, "cubit paha kiri, paha kanan juga terasa." Jika orang merasa kesengsaraan, pastinya pun merasanya. Itulah emphaty yang sebenarnya.

Seterusnya, berkenaan dengan IQ, IQ adalah satu perlakuan yang melibatkan otak. Otak yang cerdas merupakan tiket untuk kita mendapatkan IQ yang tinggi. Kita sering lihat iklan susu bayi di kaca televisyen, pastinya modal utama yang mereka letak dalam iklan adalah untuk meningkat IQ bayi. IQ ini perlu dibina sejak kecil lagi. Makanan yang baik dan berkhasiat juga perlu untuk mendapatkan IQ yang tinggi. Dalam Al _ Quran juga Allah ada menyeru supaya kita memakan makanan yang halal lagi baik. Di situ kita dapat melihat betapa pentingnya makanan dalam penbentukan IQ. Dalam pada itu, kita tidak boleh juga meletakkan faktor makanan 100% sebagai pembangun IQ, peranan diri sendiri juga penting untuk menjana IQ yang cerdas. Dalam kerancakkan membicarakan tentang IQ ini, harus diingat, ia tidaklah menjamin untuk mencapai kesejahteraan hidup. Lihat sahaja sekarang, ramai golongan berpendidikan tinggi yang terlibat dalam perkara yang tidak bermoral dan menjejaskan maruah diri. Justeru, manusia yang berjaya seharusnya mempunyai IQ, EQ dan SQ. Perkara ini harus seimbang dalam kehidupan. Ini kerana dengan adanya ketiga - tiga elemen ini, kita akan dapat mengusai semua bidang ilmu tak kira ilmu duniawi dan ukhrawi.

Kesimpulannya, kita harus mengimbangi kegiatan kita di dunia ini disamping perlu mengetahui potensi diri dan menjadi orang yang berjaya dan bahagia dunia akhirat. Ketiga - tiga elemen ini harus berjalan seiring, dan tidak boleh satu antaranya menduhului satu sama lain. Dengan itu, barulah hidup ini akan bahagia, ceria, gembira dan berjaya. InsyaAllah. Sekain refleksi saya untuk minggu ini.

Oleh, Amir Asyraff Bin Jamin.
Kecerdasan Emosi 2012. 3 Julai 2012.

Refleksi Kecerdasan Emosi : Minggu Kedua

Assalamualaikum dan Salam Sejatera

Coretan ini saya tulis pada 27 Jun sehari selepas selesai kelas Kecerdasan Emosi. Pada minggu ini berlaku sedikit perubahan. Pensyarah yang mengajar matapelajaran ini sebelumnya iaitu Puan Safinah telah ditukarkan dengan Puan Norihah Bachok. Sudah menjadi kebiasaan, pada awal semester pasti banyak berlaku pertukaran.

Baiklah, berbalik semula pada fokus penulisan, melalui kelas minggu kedua ini, pelbagai lagi ilmu baharu yang saya dapati.

Pertamanya, kami sekelas PPISMP 3A telah menjalani sesi perkenalan kali kedua. "Mengapa kali kedua???" Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Puan Norihah mengajar kami, kami sudah pun satu semester bersama beliau iaitu pada semester 1 yang lalu. Mungkin jodoh itu Allah sudah tentukan untuk kami bertemu lagi. Pada sesi perkenalan ini kami telah diterangkan terlebih dahulu tentang passion dalam hidup oleh Puan Norihah. Passion atau dalam bahasa ringkas kepuasan dalam hidup. Satu penerangan yang amat baik yang diberikan oleh Puan Norihah. I give you thumb up madam!!!. Menerusi penerangan yang padat dan penuh emosi itu, saya telah dapat mengenal diri saya sendiri dengan lebih mendalam. Sebelum ini tidak pernah pun saya terfikir akan apa yang boleh memberi kepuasan dalam hidup saya. Mengenal diri amat penting kerana jika kita tidak mengenal diri kita, nescaya kita tidak akan sayang pada diri kita sendiri. Sedangkan diri sendiri kita tidak sayang, masakan kita boleh menyayangi orang lain. Justeru saya bersyukur diketemukan dengan matapelajaran ini. Jadi benar pepatah Melayu mengatakan, tak kenal maka tak cinta. Jadi kenal - kenallah diri anda.

Seterusnya, satu penerangan yang lebih detail tentang Kecerdasan Emosi telah diberikan oleh Puan Norihah. Kecerdasan Emosi adalah kemampuan mental untuk memahami rasa dan perasaan. Dalam kata mudahnya, Kecerdasan Emosi adalah apa yang kita rasa, what do i feel. Apa yang kita rasa itulah emosi kita, jika kata ,arah, emosi kita akan turut marah manakala jika kita gembira, pastinya emosi kita akan turut gembira. Selain itu, kita juga akan dapat memahami rasa orang lain sekirnya kita memiliki kecerdasan emosi yang tinggi. Seperti yang biasa kita dengar, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.", mungkin anda biasa lihat atau terserempak dengan peminta sedekah di sekitar kota raya Kuala Lumpur ini, tidakkah ada rasa kasihan dan simpati dalam hati anda? Pasti ada kan. Sebenarnya perasaan itu adalah kecerdasan emosi. Anda dapat merasakan kesusahan yang mereka alami.

Seterusnya, Penerangan tentang fungsi hati juga telah diberi semasa kelas ini. Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam menentukan emosi. Hal ini kerana, hati merupakan gerbang untuk menentukan emosi dan perasaan. Di sini saya ingin berkongsi satu pepatah melayu, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa". Pemikiran orang zaman lampau memang mengatasi pemikiran kita pada zaman sekaran. Orang zaman dahulu telah mendahului kita dalam perihal Kecerdasan Emosi ini. Mereka terlebih dahulu dapat mengklasifikasikan tentang fungsi hati terhadap perasaan dan sekali gus mengetahui apa kesannya. Insan yang profesional seharusnya dapat mengawal emosi dengan baik dan tidak mengikut rasa dan hati. Itulah pengurusan emosi yang terbaik. Dalam pada itu, satu lagi unsur yang sering mempengaruhi emosi manusia adalah nafsu. Nafsu... pasti sesuatu yang negatif kan. Tahu tak kenapa orang Islam difardhukan untuk berpuasa? jawapannya adalah untuk menundukkan nafsu. Hal ini kerana jika nafsu telah menguasai diri, pastinya kita tidak akan berfikir panjang untuk melakukan perkara yang negatif. Kesimpulannya, kita seharusnya bijak menguruskan emosi kita.

Sekian refleksi saya buat kali ini.

Oleh, Amir Asyraff Bin Jamin.
Kecerdasan Emosi 2012. 27 Jun 2012

Refleksi Kecerdasan Emosi : Minggu Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Semester 3 pengajian peringkat PPISMP telah pun bermula. Pada semester 3 ini, kami telah diperkenalkan lagi dengan satu lagi matapelajaran atau subjek baharu. Matapelajaran tersebut adalah matapelajaran Kecerdasan Emosi.

Seperti kebiasaan dan telah menjadi lumrah, tak kenal maka tak cinta. Melihat sahaja kepada jadual yang baru dikeluarkan pada hari pertama kuliah semester 3 ini, terdapat matapelajaran Kemahiran emosi. Pada mulanya berbagai tanggapan saya terhadap matapelajaran ini. "Susah ke?","Ape yang akan dipelajari dalam subjek ni?", "apa kaitannya dengan pengajian keguruan?". Itulah antara persoalan yang bermain di fikiranku.

Akhirnya pada 19 Jun 2012, kuliah pertama matapelajaran Kecerdasan Emosi pun bermula. Kami didatangi oleh Puah Safinah Mohamad yang telah ditugaskan untuk mengajar kami. Raut wajah Puan memang cukup menenangkan. Dalam erti kata lain, sejuk mata memandang. Akhirnya kami diperkenalkan dengan apa itu Kecerdasan Emosi. Meskipun dalam masa yang agak singkat, tapi pengisian yang diberikan memang memberi 1001 erti pada saya. Kini saya telah kenal akan Kecerdasan Emosi.

Rupa - rupanya, subjek ini mengajar bagaimana untuk menjaga, mengawal, mengurus, merawat dan mengenal emosi kita sendiri. Saya rasakan memang sesuai subjek ini diajar pada kursus PPISMP ini. Hal ini kerana, sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai emosi yang stadil disamping cerdas dan cergas. Perkara ini penting untuk kita kerana kita bakal mendidik dan mendisiplinkan manusia untuk menjadi manusia yang sebenar - benarnya manusia. Ingatkah anda pada satu slogan pada sambutan hari guru pada tahun 2010 iaitu "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA". Guru memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Cuba bayangkan jika seseorang guru itu tidak memiliki Kecerdasan Emosi yang baik, bagaimanakah dia hendak membangunkan negara kita yang tercinta ini?. Justeru saya berterima kasih kerana telah diberikan matapelajaran ini. Saya yakin dan pasti, saya akan dapat melatih diri untuk beremosi stabil selepas ini.

Dalam pada itu, saya juga telah diperkenalkan dengan IQ, EQ, dan SQ oleh pensyarah. Meskipun belum diterangkan dengan lebih lanjut, saya sedar itu adalah perkara penting untuk membentuk sebuah emosi yang cerdas. Seorang manusia perlu memilik IQ yang tinggi untuk mereka mengusai ilmu - ilmu yang ada di muka bumi tuhan ini. Tanpa IQ, mustahil untuk kita menguasainya. Menuntut ilmu merupakan satu perkarayang wajib bagi umat Islam sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul. Jadi disitulah kita lihat peri pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita.

Setakat itulah refleksi saya buat kali ini. Saya berharap agar matapelajaran ini dapat membantu saya untuk membentuk sebuah emosi yang cerdas. Sekian. Assalamualaikum.

Oleh, Amir Asyraff Bin Jamin.
Kecerdasan Emosi 2012. 19/6/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...