Pengertian Semantik



Secara literalnya, semantik berasal dari perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala, ataupun sesuatu yang bermakna. Semantik bermula dari perkataan sema yang merujuk kepada aspek makna, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain.

            Perkataan semantik yang digunakan pada hari ini adalah sebuah perkataan yang berasal dari bahasa Perancis iaitu semantique. Perkataan ini telah digunakan dalam bidang linguistic sejak abad ke-19 lagi. Dalam bahasa Inggeris pula, perkataan meaning, mean, meant, dan means merujuk kepada makna atau maksud yang dapat digunakan dalam pelbagai keadaan. Secara umumnya, kita mengetahui bahawa semantik merupakan bidang kajian teoritikal berkaitan makna dalam sistem tanda.

            Secara konseptualnya pula, semantik adalah bidang kajian tentang aspek makna . Semantik merupakan salah satu daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonoloi, morfologi dan sintaksis. Semantik merupakan komponen tatabahasa yang berkaitan perkara abstrak yang memerlukan penaakulan yang tinggi.
            Menurut Akmajian et al. dalam buku Linguistic : An Introduction to Language and Communication (1995:222), menyatakan bahawa semantik ialah kajian berkaitan makna dalam bahasa. Semantik adalah kajian yang mempunyai pautan dengan unit linguistik dan dan prinsip gabungannya. 

            Stalnaker dalam bukunya Pragmatics (1972:383) menjelaskan bahawa, semantik adalah peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan. Penyesuaian ini adalah berkaitan konteks ayat tersebut digunakan.


            Tuntasnya, semantik ialah kajian linguistik yang menganalisis makna yang merangkumi makna pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat, wacana dan hubungannya idea, konsep dan emosi. Semantik merupakan keadaan apabila penutur mengujarkan kata dan mendapat tindak balas. Makna sesuatu kata atau ayat tidak ditentukan oleh makna kata semata-mata, tetapi juga melibatkan unsur seperti intonasi, gaya pertuturan, tujuan, dan konteks pengucapan.
 


        

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...