Puisi : Jarak



Ya,
aku tahu.
kalau sudah jaraknya beratus kilometer  itu,
itu maknanya jarak itu sangatlah jauh,
jauh,
sungguh jauh,
bagaikan jauhnya selatan menuju utara.

Ya,
aku tahu,
kalau sudah jaraknya beratus kilometer itu,
itu maknanya sangat jauh,
dan;
tak akan nampak orang disana oleh orang disini,
jadinya jelas kita saling buta dalam situasi ini,
ya,
kita buta kerana mata terlindung dek jarak sejauh itu.

Ya.
aku tahu,
kalau sudah jaraknya beratus kilometer itu,
itu maknanya perlukan perjalanan yang panjang untuk ke situ,
dan;
agak mustahil untukku tujui tanpa ada tunjuk arah kesitu,
namun,
aku tidak takut untuk bermusafir pada jarak itu,
kerana bagi aku,
lingkungan yang dekat itu,
belum pasti menjanjikan bahagia.

Ya,
jika diizinkan Tuhan,
aku akan merantau ke sana,
merentas jarak beratus kilometer itu,
maka,
tunggulah aku wahai orang disana.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...