Perubahan makna
merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa
didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah
kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta
faktor-faktor sosial seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan
ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan
perubahan makna.
Menurut Ullmann (1957),
menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab
linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan
untuk kata baharu. Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan
jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna
dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna,
metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi.
Sehubungan dengan itu menurut S. Nathesan lagi, didapati
sejak zaman dahulu lagi bahasa Melayu sebagai bahasa dinamik telah mengalami
perubahan dari segi struktur dan kosa katanya. Dalam kajian semantik leksikal
ini, kosa kata bahasa melayu ini ditinjau dari segi diakronik, iaitu
perkembangan leksikal dan makna kata tersebut dalam Bahasa melayu.
Selain itu, kajian semantik leksikal menurut Ullman
(1957:34), merupakan domain kajian makna perkataan akan meneliti makna
perkataan, kesignifikan imbuhan, perbezaan antara makna kata majmuk dengan
komponennya dan lain-lain. Kajian ini berusaha untuk meneliti perubahan dalam
semantik yang dialami oleh Bahasa Melayu. Justeru, untuk tujuan ini, kosa kata
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris disusun oleh Frank Swettenham pada tahun 1881
dijadikan asas kosa kata Bahasa Melayu untuk melihat perubahan makna pada kosa
kata tersebut, diteliti pula Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas yang
diterbitkan pada tahun 1995.
Menurut Stren ( 1965:
163) perubahan makna bagi suatu kata ialah “ apabila sesuatu kata digunakan untuk
menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi” Seterusnya, definisi perluasan makna menurut Mohd Ra’in
Shaari dan Abdullah Yusof (2008:240), diertikan sebagai proses meluaskan atau
memperbesar komponen makna suatu perkataan, manakala proses penyempitan pula
adalah proses mengecilkan atau mengurangkan komponen makna suatu perkataan.
Misalnya, contoh bagi perluasan makna kata taman, pada suatu masa dahulu hanya
digunakan untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’ atau ‘taman bunga’ sahaja, tetapi
maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti
‘kawasan perumahan’, kawasan perindustrian’ dan ‘kawasan alam semula jadi
seperti Taman Kinabalu’. Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953),
yang juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan
bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya,
atau dalam konteks penggunaannya.
Demikian juga, Ullmann telah berhujah bahawa, makna perkataan hanya
dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya sahaja.
Good job ^^
ReplyDelete