Perkataan Teater dikatakan berasal daripada
perkataan dalam bahasa Yunani purba iaitu theatron yang
membawa maksud tempat duduk penonton atau stage. Perkataan
drama pula dikatakan berasal dari perkataan dran yang bermaksud
aksi atau lakonan. Manakala persembahan teater pula dipercayai berasal dari
upacara yang berkembang menjadi natya dengan memasukkan
beberapa unsur lain seperti nyanyian, tarian dan lakonan dalam upacara
tersebut.
Mesir,
Yunani dan India merupakan tempat terawal bermulanya sejarah teater dunia.
Kemunculan teater berkait rapat dengan struktur kehidupan masyrakat setempat di
Mesir, Yunani dan India. Sebagai contoh, upacara persembahan Dewata Dionysus di
Greece lama-kelamaannya bertukar menjadi pesta drama. Begitu juga dengan
upacara nrtta di India yang mengandungi unsur tarian,
seterusnya berubah menjadi drama apabila dimasukkan gerak bebas yang membentuk
aksi berlambang.
Seni
teater merupakan suatu karya seni yang rumit dan kompleks, sehinggakan seni ini
dijolok dengan istilah collective art atau synthetic art. Teater
merupakan gabungan daripada pelbagai cabang seni seperti tarian, lakonan,
nyanyian dan sedikit unsur lawak. Dalam pada itu, seni teater juga
menggabungkan unsur-unsur audio, visual, dan kinestetik yang meliputi bunyi,
suara, muzik, gerak, bahasa badan serta seni rupa.
Seni
teater merupakan suatu gabungan seni yang dicipta oleh penulis, sutradara,
penata artistik, krew teknikal, dan seterusnya untuk diproduksikan. Sebagai
seni kolektif, seni teater perlu dilakukan dengan penuh kerjasama supaya
semuanya berjalan serentak dan seirama serta memerlukan harmonisasi dari
keseluruhan krew kumpulan.
No comments:
Post a Comment