Aku tunduk sendiri,
dalam suasana sepi dan sunyi,
dalam tundukku itu terselit bersama suatu tangisan,
tangisan kerana luka yang pedih yang perih,
Saat aku sedang mengesak,
kau hadir menyapaku,
aku mendongak dan melihat wajahmu,
namun kehadiranmu itu membuatku menjadi hairan,
kerana ku lihat dimatamu juga terkepil tangisan,
aku cuba bertanya mengapa kau juga menangis,
tapi kau tidak menjawab sebaliknya merahsiakan
kesedihanmu itu,
dan aku hanya tersenyum menghormati pendirianmu itu,
Aku pun membuka bicara,
tujuanku untuk menghiburkan hatiku dan mungkin jua
hatimu,
sambil itu aku titipkan sebatang gula-gula lilipop
buatmu,
dan engkau membalasnya dengan sebiji gula-gula,
saat itu aku tersenyum lagi,
sambil benak akalku berkata,
“Siapa tahu, dengan
hanya sebiji gula-gula dapat memberikan kemanisan yang berpanjangan...”
salam perkenalan buat dua insan yang sedang menangis.
Abang
Asyraff
Antalogi Insan
Dewan Kuliah Sri Pahang IPGKBM