Suatu hari aku mengikuti rakan-rakanku melakukan kerja part time di sebuah majlis perkahwinan
sebagai pelayan tetamu dan juga pekerja katering. Kerjaku mudah, melakukan
pembersihan meja dan juga menghidangkan makan di atas meja. Pulangannya memang
agak lumayan, berbaloilah dengan kerja yang kami lakukan. Tujuanku hanyalah
untuk mendapatkan pendapatan sampingan atau dalam bahasa popularnya side income. Maklumlah, hidup di
kotaraya seperti Kuala Lumpur pastinya memerlukan kos yang tinggi lebih-lebih
lagi bagi golongan mahasiswa yang tidak mewmpunyai pendapatan seperti aku.
Hari itu aku diarahkan bertugas
bersama-sama kawan baik ku Nashrin di stesen yang sama. Orang baharu seperti
kami biasanya ditugaskan di tempat makan orang biasa. Maklumlah, kami masih
mentah dan tidak berpengalaman untuk menguruskan meja makan bagi orang kenamaan
atau lebih gemar dipanggil dengan gelaran VIP di Malaysia.
Aku menjalankan kerjaku seperti yang
ditaklimatkan oleh penyelia kami. Aku mengangkat dan mengemaskan meja setelah
tetamu yang hadir selesai makan. Setelah beberapa kali aku menyertai pekerjaan
ini, berbagai jenis dan ragam manusia yang telah aku temui. Ada antarnya yang
cerewet, ada antaranya yang demand seperti
dia orang besar, dan tidak kurangnya ada juga yang seperti dialah tuan rumah,
dalam kata lainnya, dia lebih over dari
tuan rumah. Kita sebagai pekerja terpaksalah menurut dan melayani kerenah
mereka itu. Kadangkala ada juga tersemat rasa marah dan geram dalam hatiku
terhadap mereka. Apa yang boleh aku buat hanyalah bersabar. Aku mendapat tips
dari abang Hafiz yang turut bersama-sama kami dalam profesion sampingan ini,
katanya, “Kalau orang yang datang tu pandang rendah kat kita, kita fikir je
macam ni, kuli kuli aku pun, aku ada ijazah, ada pendidikan.”. Kata-kata abang
Hafiz itu membuatkan aku lebih kental dalam menghadapi cabaran semasa bekerja.
Pekerjaanku pada hari itu
menambahkan lagi pengalaman diriku. Melaluinya aku dapat merasai betapa
susahnya hidup mencari wang lebih-lebih lagi pada zaman millennium seperti
sekarang, bak kata mat salleh, money not
everything, but everything need money. Pengalaman ini cukup mendewasakanku
dalam mengenal erti kehidupan.
Peristiwa yang ku lalui hari ini
sangat memberiku pengalaman dan pedoman. Dalam ketekunan aku melakukan
tugasanku, mataku tertarik kepada seorang gadis yang hadir pada majlis
tersebut. Gadis itu begitu ayu dan anggun ditambah lagi dengan baju kurung
berwarna ungu muda yang dipakainya. Pada mulanya, aku hanya memandang dari jauh
sahaja. Tiba-tiba Nashrin memegang sikuku dan berkata seraya mengusik, “Oi...
kau tengok apa? usha awek ey?”. Aku segera memandangnya lalu menafikan
kata-katanya itu, “Ish kau ni, mana ada, aku tengah tengok kalau-kalau ada meja
yang perlu dikemas.”. “Eleh, ye la tu, kau memang nak kemas meja hujung tu je
kan.” balas Nashrin lagi. Aku membidas, “Maksud kau?”. “Aku tahu kau asyik usha
meja tu je... aku perhatikan kau la dari tadi.” jawabnya padaku. Aku pun
memberitahunya perkara sebenar sambil mengangkat bahuku, “Yes... memang aku usha awek tu, tapi kite ni kerja Nash. Manalah
orang nak pandang kita yang jadi tukang angkat sisa makanan ni.”. Mendengar
kata-kataku, Nashrin pun menepuk bahuku dan berkata, “Kau ni lembab la, pergi
je la try... kau kan bijak mengayat.”
Aku memandangnya, “Manalah aku pandai...” jawabku. Nashrin pun mengiyakan
sahaja apa yang aku perkatakan dan kemudiannya beredar untuk melakukan
tugasnya. Aku pun turut beredar dan menjalankan tugasku.
Dalam aku menjalankan tugasku, aku
terpandang gadis tadi duduk berseorangan. Pada masa yang sama aku teringat akan
kata-kata Nashrin tadi. Aku berfikir sejenak, “Patutkah aku menghampirinya?”.
Aku mulai berteka-teki dengan diriku. Beberapa ketika berfikir, aku pun
memutuskan untuk ke meja tersebut.
Kakiku melangkah yakin. “Boleh saya
angkat ni cik adik manis?” tegurku padanya. Dia tersenyum. “Boleh” jawabnya
kepadaku. Aku pun mengambil bekas cup
cake yang terdapat di atas mejanya dan kemudiannya beredar. Dua langkah aku
beredar, dia memanggilku semula, “Awak, mane nak dapat air mineral ye?”, aku pun menoleh ke belakang, “Air mineral ade kat tepi meja buffet tu cik. Cik nak saya ambil atau
cik sendiri yang ambil?”. Gadis itu pun ketawa. Aku bertanya, “Kenapa cik?”,
“Tak de pa-pe la, nanti saya ambil sendiri.” jawabnya padaku. Aku pun beredar
dari situ. Dalam hatiku berkata, “Huh... comelnya senyuman awek tu,...”.
Senyumannya itu mengingatkan aku pada Nina, sambil itu aku tersenyum sendiri
tatkala mengenangkannya.
Aku kemudiannya menyusun gelas di
meja buffet yang telah berkurangan.
Dalam aku sibuk menyusun gelas-gelas itu, datang seorang gadis kepadaku dan
meminta sebotol air mineral, “Awak, nak air mineral
satu boleh?”, aku pun menjawab tanpa menoleh, “Boleh”. “Eh, awak lagi?”
suaraku setelah mendongak dan melihat wajah gadis yang meminta air daripadaku
itu. Dia pun berkata, “Laaa... awak rupanya... nak air...”. Aku pun menjawab,
“Ye saya... jap ey, saya ambilkan untuk awak.”. Dia hanya tersenyum dan
menungguku mengambilkan air untuknya.
“Ni airnya cik...” bicaraku sambil
menghulurkan sebotol air mineral kepadanya. Dia mengucapkan terima kasih
kepada, “Thanks ye awak.”. Aku senyum
kepadanya dan berkata, “Sama-sama”. Dia bersuara lagi, “Lagi satu, awak ni
formal sangat la, tak payah la nak bercik-cik dengan saya. Saya orang biasa je.
Lagipun kite lebih kurang sebaya apa?”. Aku menjawabnya, “Saya ni bekerja, kena
lah hormat kat tetamu.” Dia pun ketawa mendengar kata-kataku itu, “Awak ni
kelakar lah.” Aku sekadar tersenyum. Dia berkata lagi, “By the way, nama saya Wani.” Aku senyum, “Oh, nice name... macam orangnya.” Dia ketawa mendengar kata-kataku,
“Oh, pandai bodek ey. Nama awak siapa?”.
Aku menyahutnya, “Mana ada bodek, saya Amir.”. Dia memberi respon, “Oh, nice... macam Vanilla Coklat.” Aku ketawa
mendengar kata-katanya itu dan berkata, “Rasanya awak lagi pandai membodek.
Manalah saya ni sekacak macam Amir dalam Vanilla Coklat tu.”, dia menjawab
lagi, “Haha... bukan itu maksud saya. Kalau awak nak tahu, fullname saya Nurzara Syazwani. Jadi Kena la kite.” Aku ketawa,
“Laa.. ye ke? Zara dengan Amir... how
sweet you” Aku dan dia pun terus berborak.
Dalam pada itu, ku lihat Abang Hafiz
mula menghampiriku, aku pun memberitahu Nurzara bahawa aku hendak menyambung
tugasku. Kemudiannya aku pun beredar dari situ dan Nurzara juga begitu.
Abang Hafiz menghampiriku, “Amboi,
juai minyak nampak...” bicaranya kepadaku dalam loghat utara. Aku menyahutnya,
“Mana ada... bagi air je lah.”. “Ye lah” jawabnya dengan nada seperti memerli.
Aku pun tidak menghiraukan dan meneruskan kerjaku.
Jam sudah menghampiri pukul 4.30
petang, kerja kami pun hampir selesai. Pada waktu inilah waktu yang paling
sibuk kerana perlu mengemaskan kesemua barangan. Kuali, periuk, pinggan, gelas,
semuanya perlu diangkat ke dalam lori untuk dibawa balik. Aku dan rakan-rakan
pun menjalankan kerja kami sehingga selesai. Setelah selesai, tibalah masa yang
ditunggu-tunggu iaitu masa pemberian gaji. Usai semuanya, kami pun berkemas
untuk balik.
********************************************
Aku pun sampai di bilik. Aku pun
memberi lebihan makanan yang aku bungkus dari majlis tadi kepada Awi. “Awi, ni
haa, ada lauk sikit, lebih katering tadi.”. Awi yang melihat bungkusan itu terus
mengambilnya, “Begini la roommate,
bawa makanan balik. Aku memang tengah lapar ni, tadi tengah hari aku tak
makan.”. Aku menjawab, “Ye tahu... sebab tu lah aku bawa ni untuk kau, tapi
tinggalkan untuk kita makan malam juga tau.”. “Okay bos...” jawab Awi lagi. Awi pun mengambil pinggan dan memakan
makanan yang ku bawa tadi. Aku pula mencapai tuala dan pergi membasuh baju yang
ku pakai tadi.
Sampai di bilik basuhan, aku pun
membasuh baju kameja putih dan seluar slack
yang ku pakai tadi. Ketika aku sibuk memberus, aku teringat akan peristiwa
yang berlaku semasa aku bekerja tadi. Aku ketawa sendiri. “Hai... luculah,
macam mana pula aku boleh kenal dengan awek tadi.” bisikku di dalam hati. Aku
pun terus tersenyum sambil membasuh pakaianku. Dalam pada itu aku terfikir,
“kenapa aku tak mintak nombor contact awek
tu tadi... aiyo... lembab lah kau ni.” Aku pun ketawa, hatiku berkata lagi,
“Tak apa lah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi.”. Aku pun meneruskan
basuhanku.
Selesai membasuh, aku pun ke tangga
keselamatan asrama untuk menyidai pakaianku. Sebelum itu aku singgah sebentar
di bilik untuk mengambil hanger.
Sesudah itu, aku pun menyidai pakaianku.
********************************************
Selepas
mandi, aku pun ke surau untuk melaksanakan tuntutan Allah iaitu menunaikan
solat maghrib dan isyak. Usai melaksanakannya, aku pun kembali ke bilikku
semula. Suasana pada malam itu sedikit dingin, anginnya pula bertiup sayu
melewati tingkap bilikku yang terbuka luas menghadap kota cinta yang indah lagi
bercahaya itu.
Aku membuka laman facebook ku untuk
mengisi kesunyian hatiku yang kini telah kosong tanpa berteman. Sementara itu,
aku buka juga laman youtube untuk mendengar lagu-lagu baharu masa kini.
maklumlah, bosan juga rasanya asyik mendengar lagu yang sama setiap hari, so aku pun memainkan beberapa lagu di
laman youtube sebagai penghiburku.
Aku pun beralih dari satu lagu ke
satu lagu, sambil mendengar alunan muzik dan lirik, aku juga menghayati setiap
naratif melalui video klip lagu-lagu yang ku dengar. Dalam keasyikan itu, aku
tertarik dengan satu lagu nyanyian Judika. Lagu yang bertajuk Aku Yang
Tersakiti itu sangat menyentuh hati dan sanubariku, aku merasakan seperti ada connection antara aku dan lagu itu.
Lihat sahaja pada liriknya, memang mirip dengan kisahku.
Aku pun memuat turun lagu tersebut
ke komputerku, kemudiannya aku pun memainkannya. Aku tetapkan mod repeat pada Windows Media Player.
Aku pun mendengar lagu tersebut berulang kali sehingga berjaya ku hafal pada
malam itu juga. Pada masa yang sama, aku terus melayari laman facebook ku.
Sedang aku asyik dengan facebook,
tiba-tiba aku teringat akan gadis Vanilla Coklat yang ku jumpa semasa part time katering siang tadi. “Ya,
kalau tak silap aku, budak tu ada sebut fullname
dia siang tadi. Ape ye nama dia?”, aku pun cuba mengingati nama gadis itu.
Beberapa ketika berfikir mengingati namanya, aku pun menemuinya, “Yes, baru aku ingat, Nurzara Syazwani,
memang tak salah lagi.”
Aku pun menaip nama Nurzara Syazwani
di ruangan carian untuk mencari facebook nya. Sebaik sahaja menaip namanya,
banyak nama-nama yang keluar, aku pun menjadi keliru melihat suasana itu. Aku
pun terus kembali ke home.
Aku masih tidak berputus asa, aku
pun mencuba mencarinya di laman google pula. Seperti di facebook tadi, banyak
nama yang keluar, aku pun meneliti satu per satu. Setelah meneliti satu
persatu, aku short list kan link-link blog yang ku klasifikasi mempunyai probability
yang tinggi sebagai dia. Aku pun membuka satu persatu link yang ku senaraikan itu. Blog pertama yang aku buka menghampakan, individu itu memang Nurzara
Syazwani, tetapi bila melihat pada usianya, ternyata bukan. Nurzara Syazwani
yang ku cari usianya hampir sebaya denganku, tetapi ini 31 tahun, jauh meleset.
“Okay, yang ni reject...”.
Tiba-tiba Awi menegurku, “Apa yang
kau reject tu?”. Aku ketawa,
“Hahaha... takde pa-pe lah...aku cari orang ni...”. Awi pun hanya mengangguk
mendengar penjelasanku itu dan meneruskan kerjanya kembali dan aku pun
meneruskan pencarianku.
Aku pun membuka link yang seterusnya, jawapannya masih sama. Jika tadi berusia 31
tahun, yang ini pula lain ceritanya, Nurzara Syazwani yang ini merupakan orang
Brunei. Dalam hatiku berkata, “Yang ni lagi impossible...”.
Aku pun membuka link blog yang
berikutnya. Blog itu sungguh menarik perhatianku dengan lagu Aku Yang Tersakiti
sebagai muzik latarnya. Aku pun melihat pada ruangan About Me pada blog
tersebut. Setelah menelitinya gambarnya, orangnya masih bukan Nurzara Syazwani
yang ku cari.
“Okay,
next blog”, monologku sendirian. Aku pun meneroka blog tersebut. Aku pun
membaca post nya yang seperti baru
sahaja di update beberapa minit yang
lalu. Tajuk post itu adalah Pertemuan
Seketika. Saat aku membaca penulisan yang seakan-akan cerpen itu, aku yakin itu
adalah Nurzara Syazwani yang kucari. Penulisannya yang berkisarkan pertemuan di
sebuah majlis perkahwinan membuatkan aku yakin itu adalah dia. Meskipun begitu,
aku masih tidak berpuas hati, aku pun membuka ruangan About Me blog tersebut
untuk menyelidiki dengan lebih lanjut. “Ya... ini memang dia.” bisikku di dalam
hati setelah meneliti data yang terdapat pada ruangan About Me nya.
Aku pun follow blog tersebut.
Sebaiknya sahaja aku mengikuti blog tersebut, muncul pula suggestion dari pihak google
mencadangkan untukku add Nurzara
Syazwani di laman Google Plus. Melihat suggestion
itu, aku tanpa berfikir panjang terus menambahnya sebagai kawan di Google
Plus dengan menekan pada butang add to
circle. Aku tersenyum gembira setelah berjaya menemui Nurzara Syazwani yang
ku cari. Dalam pada itu, roommate ku
menegurku, “Hoi... hoi... kau apesal? tersengih semacam je?”. Aku menoleh ke
arahnya dan menjawab, “Saje, nak happy pun
tak boleh ke?”. “Eleh budak ni, yelah tu...” jawabnya lagi. Aku pun ketawa dan
terus menghadap skrin komputer ku
semula.
Aku pun terfikir untuk menghantar inbox kepada Nurzara Syazwani. Aku
menekan button Message yang terdapat
pada laman Google Plus itu dan menaip mesej kepadanya. Sebaik sahaja aku
menghantar inbox kepadanya, dia terus
membalasnya. “Aik... tengah online rupanya...”,
fikirku setelah melihat mesej daripadanya. Kami pun terus berbalas mesej pada
malam itu.
********************************************
Aku : Assalamualaikum... Hai, best la cerita Pertemuan Seketika kat
blog awak tu. =)
Nurzara : Wassalam. Thanks, saje je tulis.
Aku : Ohh... by the way, macam hidup je watak dalam cerita awak tu.
Nurzara : Haha. :), tu bukan cerita la, itu
diari saya.
Aku : Humm... kalau dah masuk blog tu, kira
cerita la tu.
Nurzara : Mane ada. Suka-suka publish je tu.
Aku : Takde, saje ketawa. ;)
Nurzara : Peliknya bunyi ketawa awak. Hoho...
macam iklan Horlick pulak. Hihi. :P
Aku : Emmm... saje. Nak buat lain dari yang
lain. Lagipun Horlick sedap ape...
Nurzara : Lucu ler awak ni...
Aku : Haha. Kat dunia ni, tak boleh serius
sangat, sesekali kenalah kelakar juga.
Aku : Humm... boleh berkenalan? :)
Nurzara : Erkkkk, boleh.... :)
Nurzara : 20, peliklah awak ni, selalu orang
tanya nama dulu, awak tanya umur lak.
Aku : Saya dah tahu nama awak dah.
Nurzara : Aik... How’s you know?
Nurzara : Ummm... its okay, awak umur berapa?
Aku : Saya? sama dengan awak. Awak study lagi ke?
Nurzara : Ohh... ha ah. awak?
Aku : Saya pun masih belajar. Awak belajar
kat mana?
Nurzara : Universiti Malaya. Awak?
Aku : Laaa... tak jauh la kite, saya kat IPG
Kampus Bahasa Melayu.
Nurzara : Ohh.. patutlah sekejap je chat sampai. Emm... awak ni cikgu lah
ni. Hihi
Aku : Haha... Ye. Awak ambil course apa kat UM?
Nurzara : Pengajian Melayu dengan Pendidikan.
Awak course ape?
Aku : Humm... cikgu juga rupanya. Saya course BM, PJ dan Sejarah.
Aku : Mana ada, Biasa-biasa je lah. Awak lagi
hebat kot kat UM. Saya IPG je.
Nurzara : Tak la. IPG lagi hebat la.
Nurzara : Okay
lah, saya minta diri dulu, Dah lewat ni, nak tidur...
Aku : Wah. Bagusnya awak. Tidur awal. Okay.
Nurzara : :), Okay lah, Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumsalam. Jumpa lagi.
Nurzara : Selamat malam juga.
********************************************
Aku berasa sedikit senang hati pada
malam itu, lukaku seperti telah terubat. Aku pun tersenyum sendirian apabila
melihat kembali pebualanku bersama Nurzara Syazwani pada komputerku. Dalam pada
itu, tiba-tiba hatiku berpesan kepadaku, “Ingat Mir, jangan terlalu mengharap.
Sukailah dan cintailah sesuatu dengan sederhana, seperti cinta kayu kepada api
yang menjadikannya bara.”. Aku pun menggosok-gosokkan keningku, hatiku berkata
lagi. “Aku serahkan semuanya kepada Allah. Andai jodoh milik kita, InsyaAllah
cinta kita akan bersatu.” Aku berkata demikian kerana aku tidak mahu sejarah
cintaku yang lalu berulang kembali.
Aku yang tadinya seakan telah lupa,
kini teringat kembali akan Nina yang pernah mewarnai hidupku dahulu. Aku pun memejamkan
mataku sambil bermonolog sendiri, “Tak pernahkah kau sedari, akulah yang kau
sakiti, engkau pergi dengan janjimu yang telah engkau ingkari, oh Tuhan tolonglah
aku hapuskan rasa cintaku, aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia.”.
Saat itu aku turut sedar, memang
takkan mudah bagiku untuk lupakan semuanya, justeru aku serahkan semua kepada Allah. Andai
jodohku bersama Nina aku terima, dan andai jodohku bersama yang lain, aku juga
terima.
********************************************
Aku pergi berjogging sendirian di Tasik Cinta Universiti Malaya. Setelah
mengelilingi tasik beberapa kali, aku pun berehat sebentar di pondok yang
terdapat di sekitar tasik tersebut. Sambil itu, aku memerhatikan gelagat
manusia di sekelilingnya.
Aku kemudiannya memerhatikan
orang-orang yang sedang berjoging yang lalu dihadapanku. Tiba-tiba pandangan
seperti terlihat Nurzara Syazwani sedang berjoging bersama seorang lelaki
disebelahnya. Kelihatan mereka begitu mesra seolah-olah pasangan kekasih yang
sedang hangat bercinta. Aku pun tidak memperdulikannya, mungkin itu perasaanku
sahaja kataku di dalam hati.
Aku pun melakukan cooling down. Sedang aku melakukan cooling down, tiba-tiba aku ditegur oleh
seorang perempuan. “Eh, awak...” kedengaran lembut suara datang dari hadapanku.
Aku pun mendongak. “Aik... macam kenal lah?” jawabku yang sedang berpura-pura
seperti tidak ingat. “Alaa... tak kan tak ingat saya. Vanilla Coklat.”,
balasnya pula sambil tersenyum.” Aku berpura lagi, “Vanilla Coklat? Ohh...
Nurzara Syazwani kan?”. “Haa... ingat pun. Awak buat apa kat sini.” balasnya
keriangan. “Saya jogging ler...”
terangku padanya. Dia bertanya lagi, “Humm... awak study sini juga ke?”. Aku ketawa, “Eh tak lah... saya study kat sebelah tu. Kat Institut Bahasa.”. Dia kehairanan dan bertanya,
“Institut Bahasa? Yang mana satu ye?”. Aku pun menerangkan kembali kepadanya,
“Alaa... IPG Kampus Bahasa Melayu tu.”. “Ohh... cakap lah IPG, kan senang.”
balasnya kembali. Aku ketawa lagi dan berkata, “Institut Bahasa tu sama la
dengan IPG Kampus Bahasa Melayu.”. Dia menjawabku pula, “Ye tahu lah sama.,
tapi saya tak tahu lorr...”. Aku pun memberitahunya, “Humm... sekarang dah tahu
kan...”.Dia kembali memberikan respon, “Ye... Humm, tak sangka pula awak ni
cikgu...” katanya sambil ketawa. Aku segera membalas, “Humm... mesti ingat saya
ni pelayan katering kan?”. “Ha ah...” jawabnya pula. Aku pun menerangkan
kepadanya, “Saya part time je lah,
biasalah kat KL ni... kena pandai cari duit.”. Dia pun mengangguk tanda faham,
“Ohh... i see, eh... lupa pula nak
kenalkan, ni Hadi boyfriend saya.”
katanya pula. Aku pun menghulurkan tangan dan bersalam dengan teman lelakinya.
Aku pun berborak-borak bersama Nurzara
Syazwani dan Hadi di situ sambil melakukan cooling
down bersama. Setelah selesai melakukan cooling
down, aku pun meminta diri daripada mereka untuk pulang.
********************************************
Aku pun berjalan menuju ke kampusku.
Dalam perjalanan, aku terkenangkan akan pertemuanku dengan Nurzara Syazwani
bersama boyfriend nya di Tasik Cinta
tadi. Dalam hatiku berkata, “Huh... standard
lah tu, perempuan cantik mesti dah ada yang punya.”. Aku ketawa sendirian
mengenangkan perkara itu, aku juga berfikir, “Nasib baiklah aku tak terjebak
dengan awek ni, kalau tak, dua kali kecewa aku dibuatnya.”.
Aku turut bernasib baik kerana Nurzara Syazwani tidak
tahu yang Asyraff Benjamin yang dia kenali di blog dan Google Plus itu adalah
aku. “Nasib baik aku tak cakap terus terang kat dia masa chat hari tu.” bisikku di dalam hati.
Aku berfikir lagi, “Segala yang berlaku ada hikmahnya”. Mungkin
Allah aturkan semua ini untuk memberitahuku bahawa jodoh pertemuan itu semuanya
terletak di tangan-Nya. Sesungguhnya ini semua petunjuk dari Allah untukku.
Aku pun meneruskan perjalananku. Sebaik sahaja memasuki
simpang menuju ke kampusku, aku ternampak Nina bersama-sama Nora dan Ashna
sedang berjalan menuju ke arahku. “Alamak, what
should i do?” fikirku di dalam kepala. Aku seperti kematian akal, aku pun
meneruskan sahaja perjalananku.
Aku pun bertembung dengan mereka, aku hanya tersenyum
pada Nina dan langsung tidak bersuara. Nina pula ku lihat hanya tersenyum padaku,
Nora dan Ashna pula sibuk berbual sesama mereka. Sebaik sahaja melalui mereka,
aku berasa lega. Entah mengapa, sekarang aku menjadi begitu segan dan malu
apabila berhadapan dengannya. Kekuatan untukku menatap wajahnya seakan
menghilang dan aku rasa aku telah kembali ke zaman sebelum aku mengenalinya
dahulu.
Aku pun melupakan tentang itu. Bagiku sekarang, jika
Allah menentukan jodoh itu milik kami, aku percaya suatu hari nanti kami akan
bersatu, bukan sekadar bersatu dalam hati, malahan bersatu dengan ikatan dan
pertalian yang diberkati dan direstui Allah. Sesungguhnya puncak tertinggi
penyatuan hati dua manusia adalah dengan ijab Kabul.
Aku pun meneruskan perjalananku balik ke kampus.